Demam Raya & Piala Malaysia

Assalamua’laikum.
Masih beraya? Bagus. Itu tandanya kita masih lagi berjaya menunaikan sebahagian daripada tuntutan sesama seagama, saling berziarah dan bermaafan. Ambe baru saja sampai di Terengganu dari Penang selepas menempuh perjalanan hampir 13 jam. Sesak teruk menuju ke simpang Tanah Merah, Kelantan memang benar-benar menguji siapa pemandu yang bijak dan kurang bijak! Terbukti, masih ramai pemandu yang gagal aplikasi sebulan puasa Ramadhan. Penat, sedih, geram dan gembira. Semuanya ada.

Peminat bola sepak Malaysia pasti dah siap sedia untuk perlawanann pertama Piala Malaysia yang bermula malam ni. Ambe pasti menyokong kuat pasukan Penyu, Terengganu.

Kumpulan maut? Memang kumpulan B boleh ambe sifatkan kumpulan maut. Juara Liga Super, Kelantan dan Juara Liga Perdana, ATM diundi dalam satu kumpulan sama dengan Terengganu dan juga pasukan penuh dengan sejarah yang gah, Kedah.

Pada ambe, mana-mana pasukan yang mampu lepas dari kumpulan B akan berjaya menjadi calon juara Piala Malaysia 2012.

Keputusan terkini/penuh Terengganu vs Kelantan? Terengganu 2 Kelantan 0.

Ambe memang nak Terengganu menang dan layak ke akhir untuk menebus kegagalan dalam Liga Super, Piala FA, Piala AFC. Moga semangat raya cukup untuk memberi tonik terbaik untuk pasukan Terengganu kita!