Bola Sepak & Lelaki Kacak: Malaysia & Antarabangsa

Assalamua’laikum.

Lelaki kacak memang tak boleh lari dari sukan bola sepak. Walaupun aku yakin 110%, ada jugak lelaki yang tak layan langsung bola sepak. Aku tak hairan, malah aku kagum dengan lelaki kacak sebegini. Mampu menahan gelodak ‘hawa nafsu’ melayan sukan yang kejar bola sebijik ni. Aku jugak yakin, ramai wanita anggun yang hairan, kenapalah laki diorang suka sangat layan bola. Sanggup tahan mata dengan lidi demi bola sepak. Aku tak ada jawapan yang spesifik, cuma aku boleh beri analogi ringkas ini. Ia ibarat wanita dan shopping ataupun coklat dan strawberi. Ok tak?

Apa yang meriahnya bola sepak tempatan & antarabangsa. Kenapa pulak ada terma lelaki kacak di situ? Adakah mereka yang tak layan bola itu tidak kacak? Ataupun kacakkah mereka yang layan bola sepak?

Liga Super & Separuh Akhir Piala FA

1. Bagi aku, berita yang paling ‘best’ ialah kuasa yang mula ditunjukkan oleh wakil Singapura, Lions XII dalam Liga Super. Walaupun main 3 perlawanan lebih berbanding pasukan lain, rentak kemenangan dan corak permainan yang lebih tersusun seolah-olah meletakkan mereka dalam kelas tersendiri.

2. Kebangkitan semula Selangor dengan 2 kemenangan berturut-turut. Sekarang, di tangga ke-4. Apa yang aku nampak, jurulatih Irfan Bakti makin serasi dengan pemain-pemain Selangor. Mampu ke Selangor pintas Terengganu, Kelantan dan Lions XII?

3. Malam esok, separuh akhir Terengganu vs Sime Darby. Atas kertas, memang nampak Terengganu pasukan pilihan, tapi bagi aku, kalau pasukan Terengganu main macam 2-3 perlawanan yang lepas. Jangan mimpi nak menang malam esok. Aku harap sangat, jurulatih Mat Zan buat sesuatu kat bahagian tengah yang nampak takde idea! Jangan lupa, Kelantan lawan Kedah. Korang sokong mana?

BPL & Liga Juara-Juara Eropah

1. BPL. Hanya tinggal lagi 4 perlawanan. Juara BPL antara Manchester United @ Manchester City. Esok, Manu vs Everton, Man. City vs Wolves. Minggu depan Manu vs Man.City pulak. Mungkin game ni dapat tentukan siapa juara BPL? Jangan lupa jugak game Chelsea vs Arsenal malam esok!

2. Jagoan Liga Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid kalah pulak dalam separuh akhir pertama. Real kalah 2-1 dengan Bayern. Chelsea bergaya membenam Barcelona 1-0 walaupun possession Chelsea hanyalah 29%! Aku rasa Barceloba akan bangkit di Nou Camp, tapi kalau final dapat temukan Real Madrid vs Chelsea. Ok jugak. Mourinho bakal bertemu bekas anak didiknya! Pasukan pilihan korang?

Aku tanya lagi sekali. Kacak ke lelaki yang suka tengok bola sepak ni? Agaknya;

– Kalau tanya wanita anggun yang sukakan sukan, mesti kata kacak punyalah!

– Kalau tanya yang biasa-biasa jer, depa ni sukakan pemain bola sepak tu! Hensem katanya!

– Kalau tanya yang tak suka, depa mungkin ‘nyampah’ dengan lelaki yang suka bola sepak. Bola, bola dan bola!

@hafizmd – Lelaki yang dapat teman isteri pergi shopping lagi kacak kot? Malamnya, isteri teman suami pulak tengok bola. Barulah lelaki kacak yang sejati!