Akhir Euro 2012:Italy Benam Spain?

- 1 July 2012Sukan

Assalamua’laikum.

Bahang perlawanan akhir Euro 2012 awal pagi ni makin membara. Pasti ramai yang pilih Spain sebagai calon juara. Sama seperti catatan Denaihati di entri ini, Euro Final 2012: Spain vs Italy. Dalam banyak peserta, hanya tinggal 2 orang saja yang teka Italy iaitu saya sendiri dan blogger Faizul (Shipsailsmooth.blogspot.com). Italy bukanlah pasukan feveret saya, tapi feveret firasat saya untuk ke akhir Euro 2012. Kalau ikut pasukan pilihan ialah Portugal, Germany, Spain. Andai ikut rekod, pasukan mana yang ada kelebihan? Ataupun, apakah Euro 2012 tenggelam dalam bahang pertarungan Eyriqazz VS Denaihati? Jom kita pakat tengok statistik rekod perlawanan Italy vs Spain dulu.

Ada 7 rekod perlawanan besar antara Italy vs Spain. Spain hanya menang sekali, seri 3 kali dan kalah 3 kali.

  • Euro 2012 Peringkat Kumpulan; Italy 1 vs Spain 1
  • Euro 2008, Suku Akhir; Spain 0 vs Italy 0 (Spain menang penalti 4-2)
  • Piala Dunia 1994, Suku akhir; Italy 2 vs Spain 1
  • Euro 1988, Peringkat kumpulan; Italy 1 vs Spain 0
  • Euro 1980, Peringkat kumpulan; Italy 0 vs Spain 0
  • Piala Dunia 1934, 1 Jun 1934, Suku akhir; Italy 1 vs Spain 0
  • Pial Dunia 1934, 31 Mei 1934, Suku akhir; Italy 1 vs Spain 1

Itu rekod lampau. Kalau ikut rekod, memang nampak Italy ada kelebihan tersendiri. Rekod sebegini sama jugak menyebabkan Germany tersingkir. Harap, perlawanan awal pagi ni tak sebosan perlawanan Portugal vs Spain hari tu =)

Menariknya, penjaga gol Iker Casillas dan Buffon adalah kapten pasukan masing-masing dan ‘budak nakal’, Mario Balotelli pula berpeluang untuk muncul pemenang kasut emas untuk Euro 2012. Ini pulak rekod Spain dan Italy sepanjang Euro 2012.

Statistik perlawanan terkini Italy vs Spain

Tengok saja jumlah cubaan kedua-dua pasukan! Terbaik tu! Pasukan mana pilihan korang?

@ hafizmd -Harimau Malaya terus garang di pusingan kelayakan Piala Asia. Semalam menang 3-0 lawan Vietnam! Malaysia Boleh!!!

{ 32 comments… read them below or add one }

anif July 1, 2012 at 3:24 pm

Nampaknya Italy ada sedikit kelebihan :D

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:55 pm

Kelebihan yg tinggal kenangan =)

Reply

suri July 2, 2012 at 4:32 pm

siapa juara mmg terbaik…yg kalah jgn putus asa…

Reply

hafizmd July 3, 2012 at 11:48 am

@suri, itu yg terbaik…paling penting, semua hepi…hehe

Reply

cikgu naman July 1, 2012 at 4:57 pm

Persembahan Spain kurang mantap setakat ni..mungkin Italy lebih bersemngat setelah menyingkirkan Jerman?

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:55 pm

Mmg payah nak main ngn spain dan akhirnya terbukti spain pasukan terbaik dunia…

Reply

nurmisnan July 1, 2012 at 5:09 pm

Malam ni aku rasa Spain Vs Italy SEMI.. 0 – 0 atau 1 – 0

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:54 pm

Sekali Italy kena 4-0 daaa…huuu

Reply

suri July 2, 2012 at 4:43 pm

jgn sedih pas ni blh tgok lagi musim akan dtg heee

Reply

hafizmd July 3, 2012 at 11:48 am

@suri, tak sedih…cuma kecewa sikit ngn cara permainan tak menarik…hhohoho

Reply

titan July 1, 2012 at 8:16 pm

kita tengok keeper mana lagi kacak. cassilas ke buffon. cassilass nampak skema. buffon nampak jahat. soo..aku pilih yang jahat la..jahat lebih kacak. haha..

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:52 pm

Nampaknya, muka jahat saje tak cukup…

Serius, muka player Italy mmg ganas2…hehehe

Reply

Kulanzsalleh July 1, 2012 at 10:02 pm

Dua-dua pasukan terbaik.. tinggal tunggu keputusan saja nanti

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:50 pm

Itu pasti, kalah menang…dua2 pasti bangga

Reply

Jebeng Otai™ July 1, 2012 at 11:37 pm

benam spain dalam2..huhu

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:49 pm

sekali italy kena benam dlm2 da….hhuu

Reply

pipoq July 2, 2012 at 12:25 am

pasti la Spain tetap menjadi pilihan..hehehe..

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:49 pm

dan menang pagi tdi…huuuuh

Reply

eddie July 2, 2012 at 1:01 am

keputusan diatas kertas memihak kepad Italy…tapi dihatiku still Sapin..hu3

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:49 pm

Akhirnya spain juara euro 2012!

Reply

akubiomed July 2, 2012 at 2:30 am

Itali mampu menyerlah kerana kurang tekanan berbanding juara bertahan pasukan Sepanyol.

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:48 pm

Nampaknya, itu hanya tinggal kenangan jer…hehe

Reply

tehr July 2, 2012 at 6:16 am

nampaknya spain kekal status pasukan terbaik dunia bila menang 4-0
tahniah

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:46 pm

Itulah. Kekal sebagai mungkin satu2nya pasukan yg bermain dgn corak sedemikian. Tahniah spain!

Reply

Hafizul July 2, 2012 at 10:19 am

Hahahaha…spenayol dah menang..hehe

Reply

hafizmd July 2, 2012 at 12:45 pm

hehhe..italy kalah pulak dah…huuuuu

Reply

fiezaradzi July 2, 2012 at 3:54 pm

maaf, saya betul.. hehee..

tak pelah, yg ptg, 2-2 bukan pasukan fav kita. haha.. apa la..

Reply

hafizmd July 3, 2012 at 11:52 am

hahaha…ramai yg keliru ingat kita sokong..tp kita hanya pilih…sokong lain, pilih lain…hehe

Reply

cik tom July 3, 2012 at 6:53 pm

xsokong or pilih mana2…
tp team spain dh menang…

Reply

hafizmd July 4, 2012 at 2:45 pm

spain nak baham Italy…

Reply

chii July 5, 2012 at 12:52 am

hehehe..keputusan da pun diketahui..so xleh nak komen..ekekke

Reply

hafizmd July 5, 2012 at 12:21 pm

keh3..no komen jugaklah

p/s-ada yg kate spain main cam org main PS3… =)

Reply

Leave a Comment