Siri 5:Seloka Budi dan Ubi
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Genap sudah sepurnama.
Tiba masanya hamba menghulur dulang pelanda.
Bukan meminta bahkan hamba menerima.
Walau kita tak pernah bersua.
Bukan sepurnama dua tuan hamba berkelana
Memecah ruyung tidak mengharap sagunya
Puteri Suri ampuh di singgahsana
Ditemani setia Bendahara Hafizul yang bijaksana
Jua Temenggung Pipoq menjaga keamanan kota.
Jangan dilupa puteri juga punya dua saudara cantik jelita
Keduanya molek bertiara intan permata
Puteri Chii yang masih belum berpunya
Entah milik siapa gerangan hatinya
Jua Puteri Fieza yang punya sepasang cahayamata.
Apa guna mahkota dan kota tanpa laksamana
Tajam senjata musuh undur tak sempat berkata
Lima panglima bersaudara gagah tiada tara
Panglima Maza abang seguru paling utama
Panglima Daddydee pantang undur walau musuh di depan mata
Panglima Akubiomed setia menjaga kota walau berkorban nyawa
Panglima Jebengotai ampuh strateginya sentiasa siap siaga
Panglima Titan kekal sasa bersama tentera-tentera kecilnya
Semuanya gagah perkasa berhati mulia menggertak masuk seperti kuda.
Sekian dulu seloka hamba sempena purnama yang lama
Andai ada yang terasa, maafkan diri hamba.
Banyak ubi perkara ubi
Ubi Daik saya tanamkan
Banyak budi perkara budi
Budi baik saya kenangkan
@hafizmd – terima kasih semua. Boleh belanja Nom Nom Snek kalau mau!
fuh..hebat berseloka ni bro hafiz 😉
boleh jemput ke sekolah?
sikit2 jer cikgu naman…ambe belajar ngn cikgu tehr..
nak belanja kat kantin sekolah ke?hahahha
nk ikut gak la..haha
@JO, meh3…hehe
siap ada seloka lagi tu..
terima kasih kembali kepada tuan hamba..hehehe
Utk rakan2 blogger =)
Terima kasih kembali cikgu pipoq
wahhh berpantun seloka dan syair pula…. puteri hang li po tak termasuk ker 😀
puteri hang li po naik kapal sekali ngn puteri santubong…lambat sikit sampainya =)
Pantun top komentator ke tuh.ewah..ewah siap berpantun sekarang.
yup..saje buat seloka utk rakan2 =)
aikkkk.. puteri santubong nurmisnan tak masyukk ker.. har3
Puteri Santubong belum naik kapal lagi…hehehehe
Hahahaha..sedap giler seloka ni bro..memang kreatif rekaan nya..ayat disusun kemaas..wauu…tabik springggg..hahaha
Terima kasih Bendahara =)
Ni kalau bendahara tak selalu datang lepak sini, takdenye ambe nak berseloka…hehe
Bukan senang nak buat seloka macam ni.., syabas bro… 🙂
Terima kasih MC 😀
Syair ke ni?
Agaknya seloka kot?
molek sangat ni, bro
aku suka baca ni 😀
tahniah kepada semua
Terima kasih cikgu =)
wah..pandai sungguh berseloka.
sikit2 jer…asah bakat =)
tak berapa nok reti berseloka ni
berseloroh boleh la he3x
selorohpun ok bro…hehe
Tanniah kepada Suri. 🙂
tahniah pada bro AB jugak
wah… pandai2…. hehee
boleh dah tu sikit2 folo bro Tehr
sikit2 bolehlah cikgu =)
pantun kometar tegar la ni??? terbaik ehhh…
yup…seloka utk mereka seperti bro yg selalu singgah sini
Mak aihhh..berseloka la plak en hafiz kita! Heibat..
sikit jer maknya…mak lagi hebat!
carta bulan ini siap pantun seloka
buat lain sikit..hehe
hebak sungguh, dah 2 3 orang blogger ni nampak pandai berpantun..
sikit jer…tak reti nak lebih2…hoho
kreatif amat….terima kasih tuan…
terima kasih kembali sbb sentiasa singgah sini sokmo =)
wahh..sejak bila aku ada tentera kecil haa???
eh…ko kan bela tentera semut…kan?
tidak terjawab seloka tersebut sbb x reti,, hehehe
hoho…takpe sop, takyah jawab…komen jer…hehe
wah pandainya berseloka…..ciktom xtersenarai plk..tahniah pd yg tersenarai!
Sikit2 bolehlah… =)
Cik tom sibuk yer?
Berseloka eh?