Selamat Datang IdeadanLampu.com…
Salam maaf pembuka kata kepada pemilik blog IdeadanLampu.com atas kelewatan aku membuat penampilan istimewa (hohohoho…) dalam pertandingan anjuran beliau.
Usaha aku untuk turut sama memberi sokongan kepada beliau nampaknya telahpun berjaya walaupun entri ini sudahpun terlewat diterbitkan. Harapnya, walaupun lewat, sokongan aku kepada teman blogger ini menjadi satu tanda bahawa kita semua saling memberi sokongan dan bantuan. Aku tetap ‘turun padang’…hehehe
Dah terjah belum blog baru hasil air tangan saudara Anwar Osman ni?
Nampak gayanya, beberapa hari ini, blog pertama bermediumkan Bahasa Melayu ini kelihatan sedikit sunyi.
Jadi, aku tertanya-tanya “Apa khabar IdeadanLampu.com? Tumbuhmu bak cendawan selepas hujan, namun….”
….sudahpun mula menunjukkan belangnya. Cocok sekali kalau aku ibaratkan “Besar jangan disangka bapa, kecil jangan disangka anak”. Bermotokan “Blog bisnes dan lampu”, aku cukup pasti yang Saudara Anwar Osman sudahpun punya beberapa idea yang hendak dikongsikan bersama. Buktinya? Tengok saja deretan episod perkongsian beliau dalam entri-entri yang telahpun diterbitkan seperti:
- Rahsia Penggunaan Gambar Gimik Dalam Artikel Blog
- Perkara Penting Selepas Install WordPress EP3
Dua contoh entri yang 100% informatif dan jelas manfaatnya.
Maka, aku memang cukup kagum dengan kesungguhan dan semangat yang beliau curahkan dalam memastikan kelangsungan blog ini.
Sudah pasti juga, blog IdeadanLampu.com ini menjadi satu lagi tempat untuk para blogger Malaysia mendapatkan ilmu dan juga merempit!hehehe…
Selamat datang IdeadanLampu.com. Moga kehadiran blog ini mengisi ruang blogging yang semakin meriah!
® hafizmd – maaf Saudara Anwar Osman, terlewat sudah…..
oohh…
blog nie eh Anwar Osman punyer ker…
nice2…
betul3…ini bro anwar yang punya…hehe
@hafizmd, tu pasal tgok cam kenal..rupanaya org yg sama laa..
cayalah dah ada blog baru 🙂 harap akan terus mantap!
dah lama x nmpk bro Anwar..cptlah tgok entri bro Hafiz ni 😀
@adele, Sibuk kot lama dia tidak datang singgah komen
Dia balik kampung tu…kita tunggu dia balik…hehe
dia balik kampung tu…mesti dia datang nanti bila dah kembali…hehe
Selamat Datang… 🙂
Selamat datang kepada bro anwar versi bahasa melayu… 😀
moga sukses…
bertambah meriah dunia blogger..
psst: maza suka lantun-lantun jer.. hehehe
moga semuanya sukses…
lantun pun seronok juga…hehe
aku pernah ke sana
tips bro anuar memang best
Memang terbaik tips2 perkongsian bro anwar…
@tehr, tapi takleh lawan entri2 kat tehramuan.com yang memang mantop.
dua2 blog memang mantap dan berinformasi…tahniah!
Salam. Lama tak datang sini.
Nampaknya saudara anwar dah ada blog baru, bahasa malaysia.
makin meriah lah dunia blog malaysia.
As salam.
Terima kasih singgah sini..
Mmg makin meriah dunia blogging Malaysia ni…
@hafizmd, ya.bahasa malaysia harus di martabatkan 🙂
@suri, Ada kisah disebalik keteringinan saya memiliki blog berbahasa melayu bermula oktober 2010 yang lepas. Huhu.. tapi rahsia.
haaa..rupanya ada rahsia disebaliknya…hehe
Tinggal lampu je agaknya bila idea tak datang
kita tunggu bro anwar balik dari kelantan…mesti ada cerita baru…hehe
@hafizmd, Ada cerita gambar takdak, x best lah nak masuk dalam blog. Huhu..
hehe…mmg, kalau ada gambar…lagi syok bercerita… 😀
Salam bro,
Seronok bila tengok mereka yang benar-benar konsisten dalam menulis di blog.Tambahan kepada mereka yang memilik lebih dari satu blog.
Salam ziarah, dah jengah berkali2 ke entri nie sebenarnya tapi masa tak mengizinkan saya lepak lama2 maka sebarang komen x ditinggalkan pada hari semalam dan sebelumnya. Terima kasih di atas sokongan saudara hafiz. Semoga blog saudara juga semakin sukses dan mendapat berganda2 lebih sokongan daripada rakan2 blogger sama seperti yang ditunjukkan saudara. Amin.
As salam kembali.
Terima kasih bro anwar atas sokongan dan doa…ameen
Sama2 kita meriahkan dunia blogging dan sama membantu…itulah yg seronoknya komuniti kita ni…hehe