Review Ringkas Blog Daddydee

Assalamua’laikum.

Mentang-mentang puasa, blog ambepun kena paksa ‘puasa’ juga. Bukan setakat ambe yang semakin slim (hahaha), blog juga sikit kurus tanpa entri baru. Tapi takpe, bak kata orang tua-tua, “Biar badan kurus, jangan hati kurus”. Ok? Baiklah. Kali ni ambe nak buat review ringkas blog daddydee.net. Sebelum ambe meng’review’i blog beliau, ambe susun sepuluh jari tangan termasuk jari kaki sekali, maafkan ambe kalau review ambe ni tak bagus, takleh guna, dan tak serupa bikin. Ambe bapak budak baru belajar, kalau salah tolong jentikkan. Meh baca review ringkas untuk blog daddydee.

Pandangan pertama blog Daddydee.net

Pertama kali pandang, ambe terus tertangkap banner kuning blog daddydee. Memang cukup menyerlah dengan tagline tersendiri. Ambe rasa, dalam satu-satu blog, memang kena ada spot yang bersifat magnet untuk menarik pengunjung. Jadi, banner kuning daddydee ni boleh menjadi antara spot penting untuk blog ni. Samada ok atau tak, ianya adalah subjektif. Macam cantiknya seorang gadis juga. Subjektif.

Sidebar blog Daddydee.net

Semua dah terletak cantik. Cukup perasanya. Cuma ada beberapa gambar iklan yang tak dapat dipaparkan sepenuhnya. Mungkin ada masalah dengan server tempat daddydee letak gambar iklan tu. Kalau betul, mungkin Daddydee boleh cuba letak gambar di photobucket yang terbukti jarang sangat ada masalah.

Apa yang ambe faham, makin banyak kita letak link kat muka depan blog, makin lambatlah masa loading blog. Jadi, ambe sarankan mungkin Daddydee boleh pilih antara “geng cari pasal” atau “geng busuk” untuk ruang sidebar. Lagi satu boleh letak bawah entri di single page.

Tambah Plugin?

Ambe perasan yang blog Daddydee.net belum lagi pasang sitemap. Kalau berminat, kawan kita si Pondok Kecil ada buat tutorial cara pasang sitemap di entri ini, Cara Membuat Sitemap Blog. Senang bila ada yang nak godek-godek entri lama. Satu lagi, mungkin juga Daddydee boleh guna plugin Contact Form Plugin untuk memudahkan sebarang urusan melalui email (di ruangan About Me). Kalau plugin dah banyak, terpaksalah fikir mana yang paling utama untuk blog =)

Analisis GT Metrix

Ambepun gagal juga dalam analisis GT Metrix ni. Apa yang ambe dapat simpulkan, masalah dalam specify image dimensions dan optimize images antara penyumbang kegagalan blog kita untuk dapat markah A macam blog Jebengotai.com. Nampaknya, ambepun nak tanya Bro Jebeng nanti pasal ni.

Ambe rasa lain-lain cukup mantap. Ambepun malu bila buat review blog kawan-kawan ni, tapi demi sebuah ilmu, malu kena buang jauh-jauh. Baru kita boleh tambah ilmu dan amalkan ilmu tu. Mana yang kurang tu, memang salah ambe. Mana yang lebih dan bagus tu, memang hak milik Allah jua.

Karangan entri ambe ni khas untuk Giveaway Pertama daddydee.net tajaan bersama pondokkecil.com.

@hafizmd – lepas ni, mungkin akan muncul entri untuk sokong kontest kawan-kawan lain pulak =)