Review Januari sambil jaga anak isteri…

Lokasi: Sungai Sintok, Pulau Pinang

Review ringkas ini dibuat sambil mata melirik-lirik kepada Hariz yang baru saja dicukur rambutnya pagi tadi. Kesempatan masa yang ada harus digunakan sebaik mungkin. Anak kecil yang baru berusia 12 hari sedang nyenyak tidur. Kakaknya pula sudahpun di’angkut’ oleh adik ipar dibawa berjalan-jalan. Tinggallah saya dan isteri (yang juga sedang leka dengan laptop kesayangannya…hehe).

Jumlah pengunjung unik ke blog ini pada bulan Januari hanyalah 3,256 sahaja. Tidaklah begitu ramai memandangkan tuan empunya blog tidaklah begitu pandai bermain SEO dan bermain kata. Dengan jumlah yang sedikit ini, saya masih lagi bersyukur sebab masih ada teman-teman blogger yang sudi singgah dan meninggalkan komen sepatah dua. Itu sudah cukup menghibur dan memotivasikan diri.

Okay, seperti biasa, 20 teman blogger paling mesra untuk permulaan bulan Januari 2011 ialah;

  1. Suri cahayacinta
  2. Redboys
  3. Dnobiz
  4. Ali Ridha
  5. Anwar Osman
  6. Akubiomed
  7. Fiezaradzi
  8. Ladfe Amir
  9. Adele
  10. Intankuterpilih
  11. Maza
  12. Tehr
  13. Zik
  14. Amry
  15. Syahrilhafiz
  16. Affan
  17. deCrewz
  18. Norasikin
  19. ohcikgu
  20. Idea Lampu

Nampak gayanya, 3 pengomen paling mesra masih lagi diterajui oleh Puan Suri, Saudara Redboys dan Saudara Dnobiz. Maka, banner untuk bulan Januari sama seperti bulan Disember. Tahniah!

Jutaan terima kasih kepada semua yang terus sudi singgah, tinggalkan komen mahupun menjadi silent reader. Anda semua amatlah saya hargai.

Terima kasih juga kepada beberapa blogger yang baru menerjah blog ini seperti Bro Syahrilhafiz, Cikgu ohcikgu, pakar memasak Puan Norasikin, Bro Amry dan tauke teh Tehr.

® hafizmd – ter’bujang’ mulai minggu depan…