Peraduan Tulis & Menang anjuran si Mawar Merah

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Dapat juga sertai Peraduan Tulis, Teka dan Menang anjuran rakan blogger Kak Long si Mawar Merah.

Hadiahnya bukan mainan
3 hari 2 malam hadiah pemenang
Wang tunai, tiket wayang, topup tak ketinggalan
Semuanya tersedia menanti si pemenang
 
Kalah menang adat peraduan
Kalau nak menang ikutlah aturan
Kak Long ada hulur soalan
Hamba sudi memberi jawapan

Ni jawapannya wahai Kak Long: Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena  Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke-10 pada bulan Jun dan Ulang Tahun ke- 2 mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.

Peraduan Kak Long bukan sembarangan
Gendang dipalu menarik perhatian
Peraduan Kak Long mencari cadangan
Cadangan dilontar sekadar panduan

Cadangan perkara yang patut dikekalkan;

  1. Nama domain: Walaupun ada nombor dibelakang nama domain, mula-mula memang rasa kurang selesa, tapi saya yakin ada sesuatu di sebalik nombor 2008 yang Kak Long abadikan. Jadi, kekalkan ia dan ia pasti akan jadi ‘trademark’ blog ni.
  2. Gaya bahasa: Gaya bahasa dan lenggoknya amat serasi sekali. Memang sesuai dengan status seorang pendidik selain ianya cukup bagus untuk menaikkan nilai blog di sesungut enjin carian.
  3. Isi kandungan: Kepelbagaian isi terutamanya hal-hal kekeluargaan amatlah terasa dekat dan memberi input. Jadi, kekalkan isi bergenre ini untuk panduan kami yang muda-muda ni (perasan muda jer….hahaha).
  4. Themes: Kekalkan themes yang mudah dan ringkas seperti ni. Janji Kak Long semangat untuk berblogging dan berkongsi pengalaman seorang pendidik.

Cadangan apa yang perlu diperkemas;

  1. Kak Long dahpun letak widget Arkib. Namun saya cadangkan dipasang Site Map (menggunakan plugin Dagon Design Sitemap Generator) untuk lebih mudah menggamit pembaca membaca entri lama-lama.
  2. Gunakan plugin WP-Minify untuk meng’kuruskan’ CSS seterusnya meningkatkan kelajuan blog.

Akhirnya, ayuh sama-sama rebut peluang untuk asah bakat menulis, mengeratkan ukhwah dan menggamatkan contest ni. Untuk lebih lanjut, boleh terus terjah ke entri ni: Kontest anjuran Kak Long Mawar Merah

® hafizmd – Mana yang baik, boleh bawak balik, mana yang hampes, sila tinggalkan dan tolong tegur yer…