May 20, 2011

Hikayat Malim Kondeng yang tragik…

Diceritakan seorang insan…bernama Malim Kondeng. Bukanlah sepupu sepapat kepada Malim Kundang, jauh sekali si Merong mahawangsa.

Ditakdirkan, Malim Kondeng hanyalah seorang pekerja bawahan di sebuah kilang pemprosesan ayam. Kerja sehariannya tak lain tak bukan, memungah ayam yang sudah siap diproses ke dalam bilik sejuk beku. Hidup sehariannya penuh dengan cabaran dan dugaan…semuanya Malim Kondeng lalui dengan tabah.

Namun, hari yang Malim Kondeng sangka mendung sampai ke petang, rupa-rupanya banjir kilat di tengahari. Hari itu, Malim Kondeng terkurung dalam bilik sejuk beku. Entah sindrom apa yang menyerang, Malim Kondeng tertidur dalam kedinginan bilik sejuk. Penat menjerit, melolong, berguling jurus tangan berapi ….tiada manusia yang dengar.

Kedinginan terus mencucuk sampai ke tulang sumsum Malim Kondeng. Malim Kondeng mulai putus asa. Hanya kematian saja yang berpusing dalam hati dan benaknya. Dia benar-benar putus asa. Tiada lagi usaha Malim Kondeng untuk keluar dari bilik sejuk beku itu. Wajah isteri dan anak-anak mula terbayang. Malim Kondeng yang dalam kesejukan mula menulis satu surat….bukan surat cinta tapi surat wasiat!

Semuanya diluahkan di atas sekeping kertas termasuk kesejukan yang dirasainya. Keesokan harinya, rakan sekerja yang membuka bilik sejuk beku terkejut bila melihat sekujur tubuh kaku tidak bernyawa. Di tangannya tersisip sehelai kertas. Punca kematian ditulis sendiri oleh Malim Kundang iaitu mati kesejukan! Rakan sekerja Malim Kondeng hairan, bagaimana Malim Kondeng boleh mati sedangkan suis penghawa dingin sudah dimatikan sejak semalam!

Pengajaran: Janganlah cepat putus asa sebab ramai manusia yang ‘mati’ sebelum mati. Malah ada yang ‘mati berkali-kali’ sebelum mati yang hakiki. HIDUPLAH SELAGI HIDUP. BERUSAHALAH & BERJUANGLAH WALAU HANYA PUNYA SATU HARAPAN!

® hafizmd – mencari kekuatan untuk terus bermotivasi….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

47 komen setakat ini

  • salam jumaat bro..

    sihat ker?

    huu..asal nama dia bgtu bro heee.. letak nama sedp ken best eheheeee…

    kena berusaha selagi terdaya sampi lebam mana thu dari stu kita akn mmpu mengutip kejayaan demi kejayaan…

    • as salam suri,

      huuu…nama komersial tuh…ehhehe

      itulah, kena berusaha selagi ada daya :D

  • He2 hairan macam mana malim kondeng boleh mati ,maybe takut sangat kot
    Blogger Razlan´s berkongsi entri terkininya ..Panduan Asas Temuduga

  • mati ingt suiz terpasang rupanya tak le..

    tapi pelik dri ceruk mana pula dia dpt pensel kertas heeeee

    • @suri,
      ada opis dalam biik sejuk tu ehhh.. utk ayam-ayam menulis :D
      he he.. sori ehh. biarlah penulis yg jwb.. kawe manda-mandai jer …
      Blogger Ismail N´s berkongsi entri terkininya ..Akaun Twitter Baru

      • @Ismail, hahahaha…lawak2…tp mungkin juga tuh…

        pssst…sebenarnya, Malik Kondeng mmg dah kerja dia memungah dan kena catat berapa ekor yg masuk dan keluar…tu yg siap ada pen kertas tuh…keh3

    • dia cepat sgt mengalah…

      dia mmg kerjanya pungah dan catit…tu yg ada pensel kertas tuh..ehehee

  • la..macam tu la pulakkk..
    Blogger ohcikgu´s berkongsi entri terkininya ..Sejarah dan evolusi Kad Pengenalan Malaysia

    • huuuu…dah mati akal dulu…terus putus asa

  • Err.. mati sesak nafas tu!
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Buzrr – A Google Buzz Counter

    • itulah…mati sesak nafas sebb cepat sgt mengalah…

  • Mesti mati sesak nafas kot,kan member sye kate suis tak pasang
    Blogger Rajdev´s berkongsi entri terkininya ..Panduan Buat Duit Dengan Video Blog

    • hehe…sesak nafas dgn cepat sbb dia dah putus asa cepat sgt…huuu

  • berusaha seperti akan hidup seribu tahun lagi,
    beramal seperti akan mati esok hari,

    bersabarlah dalam berusaha
    Blogger tengkorak emas´s berkongsi entri terkininya ..Senarai lanun yang dihukum

    • terbaik TE…

      tu yg nak dgr dan nak diamalkan tuh… :D

  • betul tu…usaha tangga kejayaan..
    Blogger nizam´s berkongsi entri terkininya ..Pagi Jumaat

    • yeah! berusaha selagi terdaya!

  • hahaah…
    mana kau dapat idea ni Fiz… Terbaik..
    Ps: Yang mati sebelum mati tu satuhal, yang lebih sedih bila mati sebelum Hidup…
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Pantai Bachok – Jom Ngularr cara aku

    • hehe..idea dtg bila aku baca satu buku tu…hehe :D

      pssst…tragik tu…belum hidup, dah mengalah…isk2…wanau’zubillah

  • aik..pelik..pelik…belum berperang dah mngekau kalah…
    Blogger MDHAFiZ.NET´s berkongsi entri terkininya ..Kuliah Jumaat Bersama MDHAFiZTK

    • haaaa…itulah pengajarannya :p

  • Macamana Malim Kundeng boleh merasakan kesejukkan ketika didalam bilik dingin sejuk kecuali mempunyai tanda-tanda menemui ajal

    • Bilik tu masih lagi sejuk…tp taklah sesejuk bila pendingin hawa dibuka…dia pula panik, mati akal, putus asa….itu yg terus mati…huuu

  • macam2 mati ada
    mati akal, mati kutu, mati langkah, mati pucuk
    pokoknya jangan mati sebelum mati
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Gelanggang Perlawanan Akhir Piala FA Kelantan Terengganu

    • itulah yg sebenarnya…

      si Malim Kondeng ni mati langkah dan cepat putus asa..panik sgt sampai terus mati betul2…isk2

  • Kesimpulannya jgn cepat mati akal/mengaku kalah. Kena berusaha dan berfikir.

    Kita selalu set dalam minda kita contohnya ” ish..aku x boleh buat la kerja yg bos suruh tu padahal kita tak usaha apa2 lagi dah kata tak boleh nak buat. hasilnya huh..memang tak de hasil ler.
    Blogger mekar´s berkongsi entri terkininya ..Terkenang Permainan Dulu-Dulu …

    • ye…setuju 100%..itulah apa yg saye nak sampaikan :D

      jgn cepat mengalah..kalau tak, kita dah ‘mati’ dulu sebelum mati…

  • Moral in this story :~

    “Utk membuahkan hasil dari setiap yg kita lakukan, perlulah berusaha bersungguh2. Bukannya menjadi mcm Mat Jenin yg dok sengih sorg2 sambil berangan tp takde usaha. Setiap usaha yg tlh dilakukan perlu berdoa kpd Allah & redha di atas segala apa yg Allah berikan. Bukannya terus redha mcm cerita kat ats tu. Usaha pun takde. Sudahnye………………………………… Makan hati & kesedihan melampau tu yg buat dia meninggal dunia”

    Ishhhh kesian sungguh! :-)
    Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Ilustri &amp Gambar Bak Irama &amp Lagu

    • terbaik bEe!

      tanpa usaha, manakah ada hasilnya…betul tak? malim kondeng asyik fikir jln mati…itu yg terus takut, meninggal dalam keadaan tragik

  • -ve thinking tu yg buat kita selalu mengalah. Cuba fikir yg +ve dahulu barulah semangat tu ada nak berusaha ye tak! :-)

    • betul3…malim kondeng dah terjerumus dalam -ve thinking saat tuh…tu yg terus mati mengejut… :p

  • memang best hikayat malim kondeng ni. sungguh bermotivasi
    Blogger wandisini´s berkongsi entri terkininya ..Kawasan Rukun Tetangga

  • bukan bilik sejuk de leh buka dari dalam ke? melainkan pesen lama, kena kunci dek org lain…

    malim. malim.. g duduk tanjung malim la.. mungkin leh lama sikit kot.. haha
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..TV Alhijrah dan Prima Sri Gombak

    • hehe…itu pesen baru..macam kat opis awak ek…hehhehe

      kesian malim…

  • jadi, kesimpulannya jangan berputus asa dulu kan.. jadi macam malim, susah hati.. huhuu
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..TV Alhijrah dan Prima Sri Gombak

    • haaaa…betul3…jgn cepat putus asa…hehe

  • Betul tu. Selagi hidup selagi itulah ada usaha. Mesti ada jalan penyelesaian. Mohon je pada Allah. Kalau tak mintak mcm mana mak dapat. Setakat pen dan kertas utk tulis wasiat tu boleh la dapat kot
    Blogger Norasikin´s berkongsi entri terkininya ..Hiasan Kek Harijadi Ben 10 Kek Coklat Moist

    • hehee….itulah usaha terakhir si Malim…

      terima kasih kak atas nasihat dan motivasi ni…terima kasih :D

  • blgowalking mas/mbak.kunjungi blogku juga ya.

    • terima kasih sablin kaos singgah sini…

      insyaAllah, ke sana nanti ;p

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri