Aug 30, 2010

Esok cuti! Apa maknanya?

Esok 31 Ogos

Satu hari yang dulunya penuh pengertian buat nenek moyang kita

Di bumi bertuah yang dulunya Malaya

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos

Satu hari yang dulunya pejuang nusa agama dan bangsa

Bersatu sehati melaung MERDEKA tanda suatu kebebasan

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos

Satu hari yang pasti terus terbenam kukuh di sanubari nenek moyang kita

Satu hari yang mampu menerbitkan sejuta cerita suka duka

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos 2010

Satu hari penuh makna buat kita

Di bumi bertuah Malaysia

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos 2010

Satu hari yang tak semua tahu apa erti sebenarnya MERDEKA itu

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos 2010

Satu hari yang mungkin tak diendah oleh kita yang lebih suka bertelagah sesama sendiri

Satu hari yang tiada beza dengan hari-hari lain

Satu hari yang langsung tiada penyesalan atas sebarang kekusutan ummah yang membelit leher saudara sendiri

Satu hari yang tiada bezanya andai hanya dipenuhi dengan teriakan kosong tanpa roh sejati di sanubari

Esok 31 Ogos 2010

Satu hari yang mesti kita hargai

Satu hari yang tak mungkin lagi kita kecapi andai tiada jati diri

Satu hari yang tiada maknanya andai diri sendiri tiada mengerti jerit perih pejuang pertiwi

Satu hari yang akan dihabis sepi andai tiada pengisian beerti

Esok 31 Ogos 2010

Biarlah ia menjadi satu hari yang penuh beerti

Walau tiada Jalur Gemilang megah di sisi

Ia tetap terpahat kukuh di hati

Kerna di mana bumi dipijak

Di situ langitnya kita junjung

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

® hafizmd – Salam Merdeka buat korang semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 Comments

  • salam kemerdekaan bro..
    semoga negara kita ni tak di “cop” lagi dari negara sebelah..hehe
    .-= syahrilhafiz´s last blog ..Blogger Kita- Penulisan Rojak =-.

    • Salam Merdeka bro..
      Harapnye camtuhlah..negara sebelah tuh..kite biarkan jerlah..kalau dilayan..nanti kita pun sama2 jadik ‘giler meroyan’..huhu

  • Merdekalah kita dari penjajahan…
    Merdekalah kita dari penaklukan…
    Merdekalah kita dari pemalsuan…
    Ideologi dan dasar bekas penjajah.
    Runtun dan luluh hatiku kerana terkadang melihat anak-anak Malaysia yang terus terjajah minda mereka kerana mereka…masih belum MERDEKA!

    • Terima kasih zam..
      Itu yg sedihnya bile melihat generasi pewaris negara..seakan hidup dalam dunia sendiri yg tiada batas agama dan budaya..moge erti Merdeka itu lebih dihayati bersama..insyaAllah

  • Salam Kemerdekaan negara
    kita-53..semoga anda selalu sihat
    untuk menikmati dan menghayati
    makna kemerdekaan sebenar..
    جزاك اللهُ خير
    .-= zulkbo´s last blog ..Ketupat Daun Palas =-.

    • selamat hari merdeka..moge zulkbo sekeluarga juga sihat dan sejahtera jua..ameen

  • eso cuti maknanya… boleh siapkan kerja2 bertangguh nie… hehe.. merdeka bro…
    .-= zik´s last blog ..Mengapa sahur itu penting =-.

    • itupun ada maknanya tuh..merdekakan dri dari kerje tertangguh..hehe..selamat hari merdeka!

  • Adakah kita betul betul dah merdeka?
    .-= zezebel´s last blog ..Happy 53rd Merdeka Malaysia =-.

    • itu..kite sendiri yg boleh jawab dgn tepatnye..tepuk dada..tanye diri sendiri..

      thanks zezebel..

  • selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia.. selamat bercuti

    • Selamat Hari Merdeka bro..dan selamat kembali dari bercuti..harap mood merdeka yg membara terus buat kite lbih semangat nk keje..yeahh

  • selamat hari merdeka bro….aku belum ada apa-apa plan lagi ni hehe :D
    .-= etomyam´s last blog ..Beginilah Rasanya =-.

    • Selamat Hari Merdeka bro..akupun takde plan..tapi dah beli bendera 2-3 helai..sangkut kt rumah ngn motor aku..pastu bagi kat anak satu..hehe

  • Salam Merdeka bro
    KEMERDEKAAN!!??
    Banyak pengertiannya…
    Semoga negara kita akan kekal MERDEKA untuk selama2nya…
    Sama2lah kita menjaga nilai kemerdekaan ini..
    .-= aktechpage.com´s last blog ..Salam Merdeka 2010!!! =-.

    • Salam Merdeka Bro…

      Mmg byk ertinya..bergantung pada tahap mane kita kenal diri dan negara bertuah kita ni..insyaAllah..moge belenggu penjajah mental dan fizikal dibuang jauh2..

      Selamat Hari Merdeka!

  • Tiap orang ‘merdeka’ mengikut level masing² – Selamat Hari Merdeka!
    .-= Kujie´s last blog ..Hidup Biar Sedap – Teman Merdeka Paling Hot! =-.

    • setuju tuh Kak Jie..merdeka dgn level masing2..tp harapnye level ‘merdeka’ tu berada pade tahp yg memuaskan..

      Selamat Hari Merdeka!

  • mungkin satu hari nanti, orang hanya mahukan cuti sahaja pada 31Ogos. renung2kan lah!
    .-= donha´s last blog ..Permainan orang kafir =-.

    • betul tu donha..tu yg ditakuti..nak cuti tanpa tahu ape maknanya cuti tu..huhu..terima kasih donha..

  • MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!

    smoga aman dan harmoni negaraku selalu. Amin..

    selamat hari raya bro hafiz dan keluarga.. bro lgu slmat hari raya surdiman tu besh kan heee..

    • insyaAllah..moge terus aman makmur dan dalam rahmat Allah..ameen..

      psstt..lagu raye sudirman mmg best! syahdu jer..

  • kita sambut merdeka, negara jiran tu kita tu sibuk plak nak berperang
    .-= x-po´s last blog ..TERUKKAH HIDUP SEBAGAI SEORANG BLOGGER =-.

    • itulah psal…tu yg kalau fikir2..hangin juge kite..suke dioranglah..kita jgn jadik macam mereka sudah…

  • salam kemerdekaan bro..

    cuti2 gak, kita kena juga fahami pengertian merdeka ni.. :)
    .-= Mr.Z´s last blog ..Kenapa Model MacBook Terlalu Mahal =-.

    • salam merdeka bro..

      betul tuh..setuju sgt.jgn kite jenis yg pandai cuti jer, tapi tak tau makne cuti tu utk pe :D

  • rasanya tak terlambat lagi untuk ucap selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan..
    suka sangat dengan lagu tu.. sungguh berkesan di jiwa
    .-= kulanz´s last blog ..Klip Video Malaikat Turun Kaabah Karut! =-.

    • Belum terlambat lagi bro..hehe..mmg lagu ni cukup sebatilah kirenye..dari kecik dgr..mmg best!

  • Selamat Menyambut Kemerdekaan bro,semoga Malaysia trus maju dan dirahmati ..
    .-= hanif´s last blog ..I’m Not Feeling Lucky =-.

    • Selamat Hari Merdeka! Moge negara kita terus aman makmur.

      Salam sukses juge utk bro hanif :D

  • bro tak buat ke pasal budah idiot tu.. kes dia kat youtube heee..

    mamad tu bkin panas jer buat isu bgtu..tak melaysia langsunglah..

    malu…suri malu oh…sb msh ada org yang sbgtu di era kemerdekaan kita skrg nie..

    • malas nak layan si nawamee tu..nampak semacam terlampau berani…mmg dia makin berani..entahlah…malas nak glamerkan dia..baik tulis pasal ramadhan…lagi bagus..hehe

Leave a comment

CommentLuv badge

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • tehr: Wah, dapat tempat ketiga la :-) Tahniah kepada semua dan kepada tuan...
  • akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
  • Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
  • anif: :D Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai!
  • HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...

1 Papan Iklan


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin