Sakit Perut:Ketahui 10 Simptom Radang Appendik

- 30 November 2012. Updated 23 September 2013Kesihatan

Assalamua’laikum.
Pernah anda sakit di bahagian abdomen/perut? Perut memulas nak buang air besar? Perut kembung sebab ada angin lebihan yang perlu dibebaskan segera? Sakit atau ketidakselesaan perut jenis ini memang normal dan biasanya kita tahu apa yang perlu dilakukan kerana saraf dan memori sudahpun menyimpan tindakan sususlan automatik yang akan terjadi. Bagaimana pula kalau sakit perut di bahagian abdomen yang berulang-ulang dan tidak hilang sakitnya?

Tanda gejala sakit perut appendik Rasa sakit di bahagian perut inilah yang perlu kita ambil berat. Pengalaman melihat isteri yang sakit perut selama hampir 2 minggu menyedarkan saya akan banyak perkara. Nyeri di bahagian bawah perut sebelah kanan yang sekejap ada, sekejap takde bak biskut chipsmore rupa-rupanya salah satu tanda gejala radang appendik. Penting rupanya untuk kita tahu tanda atau gejala sakit perut yang normal ataupun tidak.

Sebab itu, saya amat suka untuk berkongsi 9 simptom radang appendik atau simptom sakit perut yang luar biasa:

  1. Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Posisinya lebih kurang kalau kita letak tapak tangan kita di bawah hujung tulang rusuk kanan. Kat situlah yang kita akan rasa berdenyut-denyut.
  2. Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. Menurut isteri saya, rasa sakitnya tidak konsisten tapi rasa berdenyut tu memang berulang-ulang.
  3. Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
  4. Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi. Isteri saya memang hilang selera makan dan memang kena telan juga makanan berupa bubur untuk membekalkan tenaga, tapi berat badan memang susut hampir 2 kilo.
  5. Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. Ianya tidaklah lama sebab perut kita tidak terlalu padat dengan makanan. Maka, air besar juga kelihatan sedikit luar biasa. Penting untuk tahu, mana yang biasa dan luar biasa!
  6. Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar (tapi tidak pada isteri saya).
  7. Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat!
  8. Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
  9. Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya dan biasanya kita yang sakit perut tak demampun (berlaku pada isteri saya). Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor.
  10. Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.

Apa nak buat kalau ada tanda dan gejala sakit perut seperti di atas?

  1. Bertenang. Jangan panik. Periksa suhu badan dan kekerapan sakit perut anda. Catatkan bacaan dan selang masa sakit perut. Minta tolong ahli keluarga anda yer.
  2. Terus ke klinik atau hospital. Ceritakan segala-galanya kepada doktor bertugas. Contohnya berapa lama dah sakit, berak ok atau tak, air kencing warna apa. Kadang-kadang doktor tak akan bertanya kepada pesakit. Maka, bertanyalah dan berceritalah kepada mereka!
  3. Kalau doktor kata semuanya ok? Kalau anda sudah acap kali berulang ke klinik @ hospital yang sama, apa kata anda cuba ke klinik lain dan cuba jalani ujian yang lebih lanjut. Ujian apa yang sesuai untuk kita tahu yang kita bukan radang appendik?

Ujian apa yang perlu dijalani untuk penyakit appendik?

  1. Ujian ultrasound dapat menjelaskan kalau ada bengkak di bahagian bawah perut kanan. Kos ujian ultrasound sekitar RM90 (hospital swasta).
  2. Ujian darah yang lengkap akan memberikan petunjuk kepada serangan bakteria/virus dalam sistem pertahanan badan kita. Biasanya, bacaan sel darah putih dalam darah menunjukkan bacaan yang tinggi.
  3. Ujian air kencing juga diperlukan untuk mengesan kehadiran bakteria dalam urin kita. Kos ujian darah dan air kencing sekitar RM80 dan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam untuk mendapat keputusannya (hospital swasta).

Inilah senarai 10 gejala radang appendik/sakit perut. Jangan terkejut jika kanak-kanak seawal 3 tahun juga boleh mendapat sakit perut appendik ini. Kita yang dewasa apatah lagi. Jika appendik membengkak dan bernanah, ia memang di tahap yang serius sehingga ada kes yang membawa kepada kematian. Sentiasalah bertanya dan awasi kesihatan diri sendiri, isteri dan anak-anak kita supaya langkah pencegahan sakit perut mahupun radang appendik ini dapat dicegah lebih awal.

@hafizmd – Perhatian: Kalau perlu, minta doktor lakukan ujian darah, ultrasound dan sebagainya sebab sudah banyak cerita yang ambe dengar, ramai yang ingat hanya sakit perut biasa tapi tersedar ianya radang appendik bila sudah pecah bengkaknya.

Rujukan: Klinik Mansurah

{ 186 comments… read them below or add one }

Ain December 6, 2014 at 7:15 pm

Saya skg merasakan sakit seperti ditusuk2 dibahagian perut sebelah kanan

Reply

Hafizmd December 6, 2014 at 8:51 pm

Cik Ain. Mungkin angin. Dah buat medical checkup?

Reply

Shafinaz December 26, 2014 at 8:59 pm

As Salam . Saya shafinaz . Berumur 18tahun . Bila saya baring , saya tekan perut saya untuk periksa . Dibahagian kanan perut saya sehingga di bahagian tengah perut saya , saya dapati ia berdenyut dengan laju dan bila saya tekan ia , ia akan rasa ditekak loya-loya . Tak keluar pulak muntah . Kemudian ditekak ada rasa seperti benda tersembut dan kesat kenapa ia ? adakah itu tanda awal saya nak dapat penyakit seperti anda terangkan diatas ?

Reply

Hafizmd December 26, 2014 at 10:36 pm

Assalam Shafinaz.
Terima kasih kerana berkongsi cerita.

Maaf Shafinaz, dgn tanda2 ini tak dpt saya nyatakan apakah ianya petanda sakit appendiks. Sya amat2 sarankan Shafinaz utk dapatkan pendapat doktor dgn segera. Jgn bertangguh ek.

Maaf xdpt membantu lebih lanjut.

Reply

siti February 14, 2015 at 9:57 am

Salam…dah 5 hari sy sakit perut bawah pusat belah kanan…kdg sakit kadang tidak..seblum ni sy ad mmbuang..then najis sy cair bercampur darah.theb lpas dri kjadian dh 3 hri sy x mmbuang..sy baru mgandung…satu saya rasa angin…sbb sy slalu kentut..sy dah pegi klinik…doc cek air kencing sy..die kata air kencing kotor…then doc bg ubat antibiotik.ubat thn sakit..dn ubat lawaskan kncing..cm ne to erk??

Reply

Hafizmd February 14, 2015 at 4:50 pm

Salam Siti.
Sepanjang yg saya tahu, air kencing kotor biasa berlaku kepada wanita mengandung. Siti bgtau kat doktor tak yg Siti pregnant?
Risau jugak ubat2 tu kpd kandungan. Saya doakan yg baik2 saje utk Siti.

InsyaAllah takde apa2. Mungkin sakit tu disebabkan air kencing kotor. Saluran kencing mungkin “tertekan”.

Kalau berlarutan, cepat2 jumpa doktor dan sentiasa berdoa yg terbaik utk diri dan anak. Ameen.

Reply

nabila February 27, 2015 at 6:16 am

Sy mengalami simptom2 sprti di atas,tp sakit berulang2 berlaku dlm 2 or 3 jam,lpas tu sy xde sakit2,cme tibe2 bdn mengigil mcm nk demam..adakah tu pertanda sy kne appendik?

Reply

Hafizmd March 1, 2015 at 4:46 pm

Nabila. Tak dpt saya beri jwpn tepat melainkan Nabila kena juga ke klinik atau hospital
untuk pemeriksaan lanjut. Kemungkinan bukan atau Ya byk bergantung kepada pemeriksaan lanjutan.
Jngn bertangguh yer.

Reply

nurulshajannah March 24, 2015 at 6:36 pm

hi smua, sy Nak tnya pda yg arif. Bulan ni je 2 kali dah sy kna serang mcm ni.mulanya demam panas,cirit birit,perut mencucuk berulang ulang slg dlm 5 atau 10 minit.yg xtahan skit perut ni,slra makan sy pn hilang,Bila lapar rasa Nak mkn tp Bila Nak mkn rsa Loya mcm Nak mntah. first week kna dmam tu sy ada jmpa doctor.dia tekan perut tp dia xckp apa2.dia just ckp panas demam tinggi snggat kna suntik dan bgi m.c. dah 2 Hari sy dmam sjk kmrin.tkutnya klu kna apendix..

Reply

Hafizmd March 26, 2015 at 9:31 pm

Hi Nurul.

Hanya 1 nasihat saya, Baik nurul jumpa pakar perut. mereka akan nasihat dan buat pemeriksaan lebih tepat utk nurul.

cepat2 yer.

Reply

nur farhanah abdul rahim March 26, 2015 at 9:40 pm

saya nk tanya..sekiranya sakit dibahagian perut pada belah kiri adakah itu juga apendik

Reply

Hafizmd March 31, 2015 at 7:25 pm

Kalau belah kiri..bukan appendik..sbb appendik kedudukannya sebelah kanan.

apapun, saya nasihatkan Nur Farhanah buat pemeriksaan lanjutan kalau tak selesa ek.

Reply

Suhada March 28, 2015 at 1:12 am

Assalammualaikum, nak tanye, sy prnah memegang bahagian bawah rangka tulang bdn bahagian dpn, sy mendapati di seblah kiri seprti biasa, lembut, tapi kat seblah kanan agak sedikit keras dn boleh dikatakan seperti ketulan, adakah itu appendix? Ditekan tidak ada rasa, sakit nya hanya dilua, dn jarang brlaku, sakit hanya waktu trtentu.

Reply

Hafizmd March 31, 2015 at 7:24 pm

Waa’laikumussalam.
Jika appendik bengkak, biasanya akan alami simptom2 yg saya tulis dlam entri ni secara kerap dan berterusan. Ada juga yg tak sedar appendiknya bengkak.

Maka, saya sarankan Cik Suhada utk buat pemeriksaan lanjut. Jgan biar ek.

Reply

Mawar September 5, 2015 at 10:02 pm

Saya menjalani pbedahan appendix april 2015 yg lalu.. simtom cuma sakit di bawah perut bhgian kanan.. x demam, x muntah, x loya, x plk hilang slera mkn.. cuma sakit. x syak ape pon. Sbb nk mintak mc, sy pergi klinik swasta..& sy dnasihatkn rujuk hosp utk pmeriksaan lnjut scepat mgkin. Pihak hosp sarankn sy dimasukkn ke wad.. so surprise.. rasa sakit sikit ja.. ttiba je terima berita sy kena wat pmbedahan.. sampai skrg sy masih blur~

Reply

Hafizmd September 20, 2015 at 3:25 pm

Byk juga kes macam ni. Takde apa2 tanda sakit appendik sehinggalah tiba2 rasa sakit yg lain macam.

Apapun, saya doakan mawar cepat sembuh luka2nya, moga kembali sihat. ameen

Reply

MohdNazrinAbdulGhani September 21, 2015 at 10:08 pm

Salam, Sabtu yg lepas saya pergi ke klinik dan doktor sahkan kene gastrik. Masalah sakit perut saya dah lama kene, dari tahun 2013 tp x brapa teruk. Tp waktu praktikal dah tambah kerap. mcm seminggu tu skali kene. tp skang 2015 bulan ni seminggu dah byk kali kene. biasa kene time hjg minggu. doktor ckp gastrik, tp saya ada rasa sakit kt belah kanan. smpai skang saya rasa sakit lg smpai menggangu tumpuan keje, emosi, serta waktu tido.

Reply

Hafizmd October 4, 2015 at 12:25 pm

Salam.

Bro Nazri, kalau camtu..saya sarankan apa kata bro cuba buat medical check up dgn pakar perut yg lain pula. Minta pandangan kedua doktor lain (bukan doktor yg bro selalu pergi).

Kalau boleh, cuba tanya doktor, perlu tak buat ujian ultrasound.

Saya doakan bro makin sihat.. ameen

Reply

Azwan Jerr :) September 28, 2015 at 3:42 pm

Salam bro Hafiz… Saya ada kemusykilan yg telah hampir seminggu menghantui saya… Bawah perut saya selalu berdenyut 2-3 kali selang 5-10 minit… Tak pasti bawah perut atau atas abdomen…

Reply

Hafizmd October 4, 2015 at 12:20 pm

Salam bro Azwan. Sorry lmbt reply.

So, skrg still perut berdenyut2 lagi ke?

Otot perut mungkin jugak..ada buat kerja2 berat ke?

Reply

Azwan Jerr :) October 7, 2015 at 6:31 pm

Salam bro Hafiz… Perut dah tak berdenyut2 lagi… 2 hari lepas comment sini dah hilang hehe… Tak buat kerja berat pun bro, cuma perut saya ni yoyot sikit, pastu asyik duduk depan pc je :(

Reply

Hafizmd October 9, 2015 at 8:47 pm

Salam bro Azwan.
Alhamdulillah. Lega dengar. Moga2 terus sihat.

Sayepun jenis kerja depan pc jugak..tanganlah jadi mangsa dan mata.
Ingatan utk saya dan bro jugak..setiap jam paling kurang…kena bangun..gerakkan anggota2 utk legakan urat2 dan postur badan.. =)

Reply

souffe September 28, 2015 at 10:37 pm

askum..sy sakit perut sebelah kanan bawah ni dah 2 minggu..sakit dtg & pergi..bile sakit rase x selesa..kadang2 dkt pinggang pun ade rase sakit..sinptom ape ye bro..risau jgk ni..

Reply

Hafizmd October 4, 2015 at 12:14 pm

W’salam.

Dah 2 minggu. Souffe ade gi klinik tak? Kalau belum..saye nasihatkan utk ke klinik. 2 minggu tu..

Souffe ade sejarah gastrik tak?

Reply

ieda October 5, 2015 at 9:33 pm

Saya ada masalah sakit perut belah kanan. Tp saya dah takde appendix. Saya jarang kena sakit kt tpt ni tp sekali kena 2 or 3 minggu baru ilang.

Reply

ieda October 5, 2015 at 9:40 pm

Saya ada masalah sakit perut belah kanan. Tp saya dah takde appendix sbb dah buang taun 2011.tp saya jarang kena sakit kt tpt ni tp sekali kena 2 or 3 minggu baru ilang.tp bila kena saya akn hilang selera makan. Lain dr tu ok je.. Apa pendapat en hafizmd

Reply

Hafizmd October 6, 2015 at 10:09 pm

Maaf yer Ieda. Tak dapat saya nak berikan pendapat mendalam.

Mungkin salah makan, mungkin sebab luka dalam masih berbekas? Apapun, saya sarankan ieda jumpa doktor yer.

Saya doakan ieda makin sihat. ameen

Reply

hariz October 14, 2015 at 3:20 pm

Saya mengalami sakit perut di kanan tapi bukan di bawah perut adakah bahaya

Reply

Hafizmd October 17, 2015 at 2:08 pm

Bahaya atau tidak, saya amat syorkan utk en hariz jumpa doktor utk pengesahan. Jgn tangguh2 yer

Reply

hariz October 14, 2015 at 3:22 pm

Adakah boleh bersukan sekiranya apendiks dibuang

Reply

Hafizmd October 17, 2015 at 2:07 pm

InsyaAllah boleh, tapi memang kene berehat dulu selepas pembedahan. Kene kurangkan kerja2 berat.

Reply

hariz October 14, 2015 at 3:23 pm

Kalau kentut boleh tapi masih sakit mohon pendapat

Reply

Hafizmd October 17, 2015 at 2:06 pm

Mohon en hariz jumpa doktor yer. sebab simptom2 sakit appendik boleh jadi berbeza antara satu sama lain.

saya doakan anda cepat2 sembuh

Reply

nad October 31, 2015 at 8:18 pm

Saya mengalami bbrapa simptom di ats …tp bla pgi hosptl biasa dia just kta angin and miss mkn…skit sbelah knan…dia bg ubt than skit jer..so klau skit just mkn ubt than skit jer..mcm mna yew? Sya nk kna pg hosptl swasta plk ke? Skit nih kdang2 jer dlam sminggu 2 kli..2 blan dh cmni..

Reply

Hafizmd November 3, 2015 at 8:31 pm

Bukan nak kata..tp isteri saya itulah jugak yg hospital berikan masa bawak ke icu jam 4pg.

Saya amat2 sarankan awak utk buat ultrasound di mana2 yg boleh..tak mahal..dalam rm80-90 jer rasanya..

saya doakan awak takde pe2 sakit yg kronik..tp please buat checkup yg lebih details yer

Reply

Adib Site November 10, 2015 at 2:59 am

Baru tahu pasal radang appendik ni. Terima kasih sebab berkongsi.
Baca entri terkini Blogger Adib Site´s: Contest Review Lynk.My 2015

Reply

Hafizmd November 15, 2015 at 6:42 pm

Sama2. Sakit appendik ni makin menjadi2 plak sekarang.

Reply

Hamba Allah November 11, 2015 at 1:15 pm

Selain drpd apendiks, ada tak penyakit lain yg lebih kurang gejalanya seperti apendiks?

Reply

Hafizmd November 15, 2015 at 6:41 pm

Saya tak berani nak cakap.

Entri saye ni berdasarkan pemerhatian masa isteri saya kene appendik dan pembacaan juga.

Saya doakan Hamba Allah sihat2 sahaja. Ameen.

Reply

saadah azman November 27, 2015 at 9:29 pm

Saya pun ade simptom tu juga tp sukar kentut tu x delah pulak agk2 itu appendix ke

Reply

Hafizmd November 29, 2015 at 6:53 pm

Kalau tak de selera makan, ada rase sakit perut belah kanan..kene hati2 Puan.

Saya nasihatkan Puan utk buat medical checkup. Moga puan sihat2 ajer. Ameen

Reply

Muhammad faizal December 16, 2015 at 3:42 pm

Saya bila lepas makan muntah2 .. Kadang2 tu terasa Bahagian perut seperti berdenyut denyut belah kanan ..

Reply

jonathan December 31, 2015 at 3:48 am

aku pun ade sakit perut jga ni…bila lapar time subuh² perut aku mcm ade sakit dn lpar plk….ape msalah aku ni??…umur aku 14thn…

Reply

jonathan December 31, 2015 at 3:52 am

hrp dibalas ye…

Reply

Hafizmd December 31, 2015 at 1:26 pm

Ada masalah gastrik ke bro jonathan sebelum2 ni?

Reply

San July 8, 2017 at 9:23 am

Isteri saya sakit bahagian perut sebelah kanan dua minggu yg lepas dan demam panas.Lepas dibawa ke klinik, syukur bukan appendik. Tapi result darah menunjukkan ada kuman pada sel darah putih. Esoknya sakit tersebut hilang dan tiada sakit lagi selepas makan ubat.
Semalam dia sakit dibahagian payudara.Bila dibawa jumpa doktor,buat x-ray semua ok pulak. Doktor cakap mungkin disebabkan salah position tidur plak. Bini saya ada juga cakap pasal sakit perut dia yang dua minggu lepas. That why,next week doktor plan hendak buat satu ujian lagi,nak teropong dalam perut…kawan2 yg lain ada masalah begini tak?

Reply

Hafizmd July 22, 2017 at 11:07 pm

Saya daoakan isteri tuan akan kembali sihat seperti sediakala. Jika bukan appendik, moga2 bukan juga penyakit2 lain. InsyaAllah. Moga sihat.

Reply

fadhilah July 12, 2017 at 7:26 am

Saya br tiga hari jlni pembedahan. Padahal semua simptom tu ada..sy xsangka rupanya appendik… Doktor kt dh pecah… Allahu Akbar
Sakit lbhkrg 2 mggu.. Du ingat gastrik

Reply

Hafizmd July 22, 2017 at 11:05 pm

Allahuakbar. Moga cepat sembuh yer.

Reply

Harith azizul July 24, 2017 at 11:31 pm

Assalamualaikum…

Saya ingin bertanye.. tunang saya selalu sakit perut… hampir setiap hari.. sebelum ni ada pernah berjumpa doktor, dan doktor mendapati apenddix.. setelah makan ubat yg d berikan.. masih tiada kesan sampai sekarang.. jadi saya ingin bertanya apakah sebenarnya sakit beliau dan apakah langkah yang harus saya lakukan..??

Sekian

Reply

Hafizmd July 31, 2017 at 4:44 pm

Waalaikumussalam.

Jika masih lagi sakit yg sama, saya amat2 sarankan untuk terus ke hospital.Jika berkemampuan, boleh ke klinik pakar. Saya doakan tunang tuan cepat sembuh. Jangan bertangguh yer

Reply

nur July 27, 2017 at 4:45 pm

Sy pun sakit perut belah knan bwh..n slalu kdg2 sakit..kdg2 reda..sakit brdenyut2..pnah g hspital kerajaan, tp doc ckp xde apa2.tp geram juga..nk g hspital swasta kosnya mhal pula.

Reply

Hafizmd July 31, 2017 at 4:42 pm

Betul tu. Kos di swasta mmg agak mahal…huhu..

apapun, saya harap nur tidak putus asa dan jika sakit dan berat badan turun tanpa sebab..baik cpt2 ke hospital yer

Reply

ira August 2, 2017 at 8:12 am

takut bila memikirkan masalah dalaman terutamanya masalh berkaitan perut. semoga kita semua dijauhkan dari penyakit itu. namun, tiap-tiap penyakit tu adalah ujian dan ada penawarnya. usahalah cari jalan terbaik untuk merawat dan mencegah.
Baca entri terkini Blogger ira´s: Faktor Yang Menurunkan Kesuburan Lelaki Dan Wanita

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 3 trackbacks }