Pisang dan Timun

Assalamua’laikum.

khasiat sebenar pisang dan timun untuk wanitaTak kisah anggun ke tak, cantik atau tidak, korang tetap wanita yang punya kelebihan dan kehebatan tersendiri. Tak kisah jugak, korang penyokong Belanda mahupun Greece, korang tetap hebat sebab tetap boleh bangun pagi macam biasa untuk selesaikan kerja-kerja rutin. Hebat bukan? Untuk itu, saya kongsikan rahsia khasiat timun dan pisang untuk wanita-wanita supaya lebih bertenaga dan anggun. Untuk lelaki terutamanya suami, silalah ambil perhatian. Korang jugak yang nantinya tersenyum bangga dengan ke’cunnan’ isteri masing-masing.

Baiklah. Apa yang saya nak kongsikan kali ni ialah pasal khasiat timun dan pisang untuk para wanita sekalian. Kenapa untuk wanita? Maklumlah, disebalik kehebatan seorang lelaki mesti ada seorang wanita. Tak betul? Korang tengok sajalah, macam Titan ada Yaya. Silap, itu dulu. Sekarang Ain Maisarah…hehehe. Silap lagi? Ok. Titan ada cendol! hohohoho

Ok-ok. Jadi, Korang baca sajalah tips-tips ni. Lelakipun boleh makan daaa….jangan risau jangan takut, korang tetap kekal hensem malah lebih segak kalau amalkan makan buah-buahan ni. Nak-nak kalau korang tolong suapkan untuk isteri =)

Khasiat Pisang

  • Rendah karbohidrat dan rendah lemak. Memang bagus sangat kalau kita sedang diet.
  • Bagus untuk buat alas perut. Boleh kasi kenyang.
  • Kalau ada masalah pencernaan ataupun sakit perut, inilah buahnya untuk melegakan perut korang.
  • Kalium. Penting untuk jaga keseimbangan air dalam tubuh, membantu metabolisma sel, menjaga degupan jantung dan tekanan darah serta mencegah berlakunya strok.
  • Bahan kosmetik semulajadi. Isinya bagus sebagai pelembab dan boleh kecilkan pori-pori. Jadi, boleh saja tempek isi tu kat muka masing-masing yer.

Khasiat Timun

  • Asid malonat. Boleh tolong untuk kurangkan berat badan kita kerana ia boleh elak gula dari berubah jadi lemak.
  • Tinggi serat. Bagus untuk melancarkan proses buang air besar, turunkan kolesterol dan neutralkan toksin dalam tubuh.
  • Fosfor, vitamin C & asid folik. Susah nak buang air kecil? Makan timun je. Nanti lajulah tuh. Juga bagus untuk hilangkan ketegangan dan ubat anti stres.
  • Vitamin E. Lambatkan proses penuaan tapi tidak umur korang yer dan boleh kurangkan kedutan kat kulit tapi tak dijamin selembut kulit bayi. Patutnya ramai yang letak hirisan timun kat mata. Rupanya nak ‘tarik’ kedut.

Timun dan pisang. Murah dan senang nak cari kat pasar. Tak perlu kita beli benda-benda yang pelik, mahal dan belum sahih kesegaran, khasiatnya dan kesuciannya.

Apa yang lebih serasi dengan kita kalau bukan makanan semulajadi?

@hafizmd – Elok sangat pakat makan pisang, boleh tajamkan minda jugak!