Nak Kuruskan Badan? Jangan Culas Kira Kalori Harian

- 9 January 2014. Updated 3 July 2017Petua Kuruskan Badan

Assalamua’laikum.

Nak Kuruskan Badan? Kira kalori! Nak kuruskan badan bukannya mudah kalau tak kena caranya. Silap haribulan, bertambah berat badan. Lagi tertekan jadinya. Bila emosi tak berapa nak betul, mulalah menjadikan makanan sebagai terapi pengubat kecewa, badan tak kurus-kurus! Antara perkara penting kalau nak dapatkan bentuk badan langsing, perut tak boroi, peha tak berselulit, dan paling best dapat tunaikan ibadah dengan kualiti yang lebih tinggi ialah JUMLAH KALORI YANG KITA AMBIL SETIAP HARI.

Jadual Pemakanan Diet Seimbang Boleh Kuruskan Badan Tak?

Pemakanan seimbang maksudnya menu harian kita lengkap dengan pelbagai nutrien. Senang cerita, piramid makanan yang selalu korang tengok tu. Itulah asas jumlah pengambilan kalori seharian kita.

Berapa jumlah nilai kalori normal yang sesuai untuk lelaki dan wanita? Untuk wanita, pengambilan kalori sepatutnya lebih kurang 1500 kalori dan bagi lelaki sekitar 2000 kalori. Semuanya berbeza ikut berat badan kita dan gaya hidup kita juga.

1. Macam mana nak agih nilai kalori dalam menu harian kita?

Kalau nak kuruskan badan, penting tahu dan kawal jumlah kalori makanan yang kita ambil. Jadi, untuk panduan agihan nilai kalori harian, boleh rujuk jadual kat bawah ni.

kuruskan badan-jadual diet pemakanan seimbang

Jadual agihan kalori harian: Contoh keperluan 1800 kalori sehari. Korang boleh ubah ikut keperluan sendiri. Ini maintenance. Kalau nak kuruskan badan? Sambung baca lagi….

Kalau terlebih kalori masa sarapan pagi, kenalah kurangkan kalori masa makan tengahari. Senang jer kaedahnya untuk potong jumlah kalori harian.

2. Jadual waktu makan yang betul untuk kita capai misi kuruskan badan?

Dah faham serba tentang agihan kalori harian, kenalah bijak dalam soal pemakanan seimbang sebanyak 5 sajian bermula dengan sarapan pagi berakhir dengan makan malam. Kita kadang-kadang terlepas sarapan pagi. Terus gabung sarapan pagi dengan makan tengahari sekaligus. Ada yang panggil “brunch”kan? Tak bagus tu. Jadi, jom kita tengok jadual masa makan yang baik untuk kita lengkapkan jadual pemakanan seimbang kita dengan pengambilan nilai kalori yang betul.

  • Sarapan pagi: 7.00 – 8.30 pagi.
  • Minum pagi: 10.00 – 10.30 pagi
  • Makan tengahari: 12.00 – 2.00 petang
  • Minum petang: 4.30 – 5.30 petang
  • Makan malam: 6.30 – 8.30 malam

Nampak tak jadual pemakanan yang bagus untuk kita? Disiplin kena ada kalau ada hajat besar untuk kuruskan badan. Kalau tak, memang payah dan agak mustahil untuk turunkan berat badan.

3. Contoh jadual pemakanan seimbang mengikut jadual agihan kalori harian.

Nak cukupkan nilai kalori dalam setiap sajian makanan memang mencabar juga. Payah juga nak kira setiap makanan yang nak dimakan.

kuruskan badan-jadual pemakanan seimbang sehari

Contoh jadual pemakanan seimbang ikut keperluan kalori harian. Kalau nak KURANGKAN BERAT BADAN, kena KURANGKAN JUMLAH KALORI yang kita ambil di atas. BERSENAM wajib. Itu kaedahnya.

  • NOTA: Makan dalam kuantiti kecil setiap hidangan, tapi kerap iaitu 5 kali. Bukan 5 kali makan, 5 kalilah semuanya banyak! Mahunya tak bertambah berat badan!
  • NOTA: Jadual ni untuk kekalkan berat badan sedia ada (berdasarkan pengambilan kalori harian sekitar 1600-1700 kalori). Kalau nak turunkan berat badan, baca sampai habis. =)

4. Bagaimana nak kuruskan badan dengan adanya jadual kiraan kalori makanan seimbang?

Ok. Dah ada jadual kalori makanan dan waktu makan yang baik. Kita nak buat apa untuk membolehkan kita mulakan proses transformasi kuruskan badan?

Kaedahnya memang senang, tapi nak buat tu yang mencabar. Perlukan disiplin tinggi dan azam yang cukup kuat! Sebab? Sebabnya kita nak kena ‘POTONG’ JUMLAH KALORI yang kita ambil dalam jadual di atas!

1. Untuk turunkan berat badan, disyorkan cuba kurangkan pengambilan kalori harian sebanyak 500 kalori. Kurangkan kuantiti makanan. Contoh. Nasi ambil hanya segenggam, bukan dua pinggan! Lebihkan sayur dalam setiap hidangan. Ganti air manis dengan air kosong. Boleh sambung baca di sini –> 5 Cara Mudah ‘Potong’ Kalori Dalam Menu Harian

2. BERSENAM. Mana boleh nak kurus macam tu jer tanpa ada aktiviti senaman. Berlari, joging, menari, workout, dan macam-macam lagi jenis aktiviti yang boleh dibuat. Contoh: Baca entri ni –> 7 Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat

PERLUKAN BANTUAN PAKAR UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?

Saya sarankan untuk anda baca panduan Diet Atkins di bawah. Terbukti ramai yang berjaya turunkan berat badan dengan berkesan. Klik pautan di bawah:

KLIK SINI–> DAPATKAN PANDUAN PAKAR DIET ATKINS KURUSKAN BADAN

kurus diet atkins jadual makan seimbang

6kg turun tu!!!

Nota tambahan:

 - Kalau nak naikkan berat badan, tambah 500 kalori dalam kalori intake per day.

- Nak kira berapa keperluan kalori harian? Kira di sini –> Cara kira kalori harian

Jangan salah faham. Memang ada macam-macam jenis diet. Ada yang terus tak sentuh nasi berbulan. Memang boleh kurus, tapi rasanya kurang seimbang pula sebab kurang sumber karbohidrat. Terpulang. Kalau nak makan nasi, makan sekadar rasa. Segenggam cukup untuk kenyangkan perut kita. Bila dah tiap-tiap hari ajar makan sikit, insyaAllah perut pun tak reti nak minta makan lebih had! Itulah namanya SEDERHANA yang agama kita ajar.

@hafizmd – Nak kuruskan badan memang susah kalau tak kena gaya, tapi boleh jadi senang bila tahu ILMU yang tepat dan berkesan!

{ 44 comments… read them below or add one }

Mohd Hilmi January 9, 2014 at 11:29 pm

alhamdulillah.. tq bro.. penerangan yang bagus. kebetualn aku pun tengah nak berdiet cara malaysia ni. hehe. tq brooo

Reply

Hafizmd December 10, 2014 at 11:08 pm

bro boleh try cara kuruskan badan dengan diet atkins yg betul =)
Baca entri terkini Blogger Hafizmd´s: Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Reply

Mohd Shubhi January 9, 2014 at 11:42 pm

memang lengkap pedomannya…ikut menu tu dah mantap. Tapi nasi lemak satu senduk saja tu mencabar gak!
Baca entri terkini Blogger Mohd Shubhi´s: Tambah hasil jualan perniagaan

Reply

Hafizul January 10, 2014 at 2:41 am

Emm biasanya saya makan jer..rasa malas nak kira kalori ni..mungkin juga cara hidup sebelum ni tak alert menda ni..dan mungkin juga sebab perasan diri ni perut masih tak boroi lagi..haha..untuk mereka yang nak kurus, sila ikuti apa yang artikel ni sarankan..hehe
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Benci Dan Di Benci

Reply

Rina January 10, 2014 at 9:26 am

Lengkap sekali ulasannya, ditambah lagi ada ebook panduannya. Insya Allah akan sangat membantu mereka2 yang lagi berusaha untuk meng-kuruskan badan
Baca entri terkini Blogger Rina´s: How To Create Login & Logout Using MySQL Database And PHP Script

Reply

Hazmin Hamudin January 10, 2014 at 3:28 pm

Macam-macam teknik kurus ada. Kena tau apa target kita dan nak ikut diet yang mana. Ada diet yang tak ambik karbo, ada diet yang tak ambik kalori. Macam2. Kena tau diet mana dan target.
Baca entri terkini Blogger Hazmin Hamudin´s: Borong Coklat Di Langkawi

Reply

hafizmd January 10, 2014 at 5:10 pm

Betul tu. Ikut mana rasa yg boleh ‘pergi’.

Thanks bro berkongsi!
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Nak Kuruskan Badan? Jangan Culas Kira Kalori Harian

Reply

akubiomed January 10, 2014 at 5:00 pm

Ada alat elektronik yang boleh mengira kalori memudahkan keperluan kalori seharian.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Jangan jadikan anda mangsa seterusnya Demam Denggi Berdarah

Reply

blogger lelaki January 11, 2014 at 1:34 pm

hu3..anatar azam aku tuk tahun ni jugak tu..dh semakin maju kedepan perut ni
Baca entri terkini Blogger blogger lelaki´s: Mom Blogger Top Referral Contest

Reply

Mak lagenda January 13, 2014 at 11:17 am

Gituuuuuu..lengkap gila dgn segala perkiraan utk jaga diet ni!
Baca entri terkini Blogger Mak lagenda´s: 9TH YEARS OLD

Reply

hafizmd January 13, 2014 at 11:29 am

hoho..gitulah maknya…

senang utk ambe kira…kalau org lain nak guna…silakan..hehe =)

Reply

Farisya Anastasyia January 13, 2014 at 12:35 pm

alhamdulillah,ambe kurus lagi setakat ni..hehe
Baca entri terkini Blogger Farisya Anastasyia´s: Contest SEO Car Stickers Malaysia

Reply

hafizmd January 13, 2014 at 1:38 pm

deme ni syirah, mmg diet makan ni…heehe
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Reply

TehR January 14, 2014 at 9:45 pm

musim cuti sekolah lepas adalah musim tambah lemak
haha
sekarang nak kena kurangkan laa
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Kalau Payah Sangat, Tak Payah…

Reply

hafizmd January 15, 2014 at 8:49 am

hhaha..meme gitulah cikgunya..musim cuti sekolah, musim kenduri..mana nak tahan..haha

Reply

cik tom January 15, 2014 at 11:02 am

kena belajar kira kalori plk pasni..
br betul cara diet nak kurus ek..
Baca entri terkini Blogger cik tom´s: Tips Beli Hadiah untuk Si Dia (Lelaki)

Reply

hafizmd January 15, 2014 at 11:35 am

Dapat tahu yg kita selalu makan pun jadilah…senang nak agih =)

Reply

titan January 24, 2014 at 2:51 pm

1800 kcal sehari?

wahh..aku tengah maintain bawah 1500 kcal aje sekarang. haha..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Seminar Hartanah Abang Ensem.

Reply

hafizmd January 24, 2014 at 3:24 pm

kalau gitu…lagi cepat kurus…1800 ni kalau nak mantain…kalau nak kuruskan badan, kenalah macam yg lu buat tu..nak kasi extreme…cut lagi 200-300..hahahaha

Reply

zool February 3, 2014 at 11:43 pm

nak displin tu yg agak kurang rajin tu
Baca entri terkini Blogger zool´s: Review Majalah Niaga Edisi 27

Reply

hafizmd February 5, 2014 at 11:13 am

hohoo…nak kena paksa juge

Reply

Jamian Sarif February 4, 2014 at 7:10 am

niat nak turunkan berat badan asyik tak menjadi jer…rasanya guideline yang tuan kongsikan ni boleh saya ikut .in shaa allah…jom kurus.haha
Baca entri terkini Blogger Jamian Sarif´s: Makan Ketam di Crab Factory.

Reply

hafizmd February 5, 2014 at 10:47 am

Niat mesti kuat. Itu jer. Kalau tak, mmg makan jerlah apa yg ada…haha

jom lebih sihat!

Reply

anif February 4, 2014 at 10:06 am

Ilmu dan maklumat sudah ada.. Tapi jika mahu berjaya, perlu berdisplin. Jangan culas! :)
Baca entri terkini Blogger anif´s: Matematik Dari Perspektif Anak Kecil

Reply

hafizmd February 5, 2014 at 10:47 am

Disipilin. Ini yang ramai gagal termasuklah aku kadang2nye…hahaa

Reply

zie fauzi February 4, 2014 at 1:13 pm

sebelum ni cuba2 diet atkins tp x boleh.. lidah melayu ni mmg tak boleh lari dgn nasi.. tambah2 saya ni menyusukan anak lagi la terasa cepat laparnya.. apa yg saya buat.. mkn la nak mkn apa pun, janji exercise kena buat jg.. :)
Baca entri terkini Blogger zie fauzi´s: Hadiah Wang Tunai | Dah Join ke Belum?

Reply

hafizmd February 5, 2014 at 10:45 am

hohoho…ada yg sarankan, dua hari jer tak sentuh nasi…hari2 lain macam biasa (tak berlebihan)…

exercise tu wajib..hehe

Reply

dja@sishaza February 4, 2014 at 10:36 pm

Kalau refer jadual kalori tu dengan amalan saya sekarang, nampaknya nak kurus tu tinggal angan2 jer …hai tak boleh jadi ni :|
Baca entri terkini Blogger dja@sishaza´s: PANDUAN MEMASAK SEMASA BERDIET

Reply

hafizmd February 5, 2014 at 10:43 am

hoho..slow2 sis..mesti boleh punya..

paling mudah, ce try seminggu jgn minum air manis…minum air kosong jer =)

Reply

hazman aka species1980 February 6, 2014 at 11:12 am

Hurmmm….. kalau jadi foodblogger macam kawe nie jenuh la nak fikir kalori semua bagai…. cuma boleh bersenam je laaa
Baca entri terkini Blogger hazman aka species1980´s: HAZMAN vs FOOD – Restoran Dapur Sarawak

Reply

hafizmd February 6, 2014 at 11:22 am

Rasanya ok kot bro. Makan sikit2 utk dapat review jadilah.

Moh kita bersenam =)
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: 5 Cara Mudah Bakar Kalori Untuk Suami!

Reply

eyriqazz February 6, 2014 at 11:18 am

Huhuhuh..memang culass…
Baca entri terkini Blogger eyriqazz´s: Tajaan Tiket Sepetang Bersama Bloggers 2014

Reply

hafizmd February 6, 2014 at 11:23 am

Ambe pun culasss jugak…ada masa rajin…hhoho

Reply

geri February 20, 2014 at 12:17 am

Mcm mn bg ibu yg breastfeeding? ?

Reply

hafizmd February 20, 2014 at 7:06 am

Bagi ibu yg menyusu baby, biasanya penyusuan berterusan kepada bayi mampu mengembalikan bentuk badan ibu.

Ada juga yang sarankan ambil supplemen tertentu ut bantu ibu lepas pantang kembali langsing =)

Reply

Norazah September 30, 2014 at 11:14 am

Slm perkenalan..perkongsian yg menarik!
Jom follow my blog utk perkongsian suplemen & vitamin pula ye! tq :)
http://www.shazdeshoppe.blogspot.com
Baca entri terkini Blogger Norazah´s: PROMOSI MEALSHAKE & COLLAGEN POWDER 2 HARI LAGI!!!

Reply

zaty December 18, 2014 at 9:50 pm

salam perkenalan..terima kasih dengan perkongsian di atas..
kadang2 kita tak sedar kan sihat ke menu seharian kita..

jemput singgah blog zaty ye..
zatytiey.blogspot.com

Reply

shahrul January 7, 2015 at 11:39 pm

Assalam…Tengah ada selera xpe. Xde selera besok nelan ayor lior jee le. Air lior kata dek deme bleh bwat ubat. Cuba Produk Fiber Estetica berasaskan serat buah-buahan, drpd testimonial pengguna Alhamdulillah ‘lost weight after pregnant’. Gmail hamba» » bima.onlinebiz@gmail.com

Reply

shahrul January 7, 2015 at 11:52 pm

Banyakkan minum air suam. Perut Manusia kan ke 1/3 je bleh diisi dgn makanan. Lain-lain tu akan jadi hampas je. Jadi hampas xpe, takut jadi penyakit. Xpe, Dr. Asmadi ada.

Reply

aina April 8, 2015 at 5:22 pm

Menarik!~ terima kasih kerana berkongsi

Reply

kempiskanperutbuncit June 2, 2015 at 6:54 pm

nasi lemak yang saya tahu bukan penyebab untuk peningkatan berat badan, saya ada terbaca artikel pasal kalori vs nasi lemak untuk sarapan pagi..

Reply

Imam August 19, 2015 at 4:03 pm

untuk menurunkan berat bedan melakukan diet sihat dengan menjaga asupan kalori dan jadwal makan yang teratur memang cara paling ampuh, tentunya harus pula diimbangi exercise yang cukup. thanks for share
Baca entri terkini Blogger Imam´s: 7 fungsi lemak sekaligus jenis-jenis lemak

Reply

Rizal November 15, 2015 at 11:24 am

Assalam tuan Hafiz. :)

Terima kasih atas sharing. Mmg superbb bro.
Ok. Saya dah kira kalori utk body ni.

Berat skrg 91.4 kg, tinggi 177 cm. Perut dah maju ke depan (saiz pinggang 35 inci)
Kiraan kalkulator kalori:
Maintain = 2204 kcal
Fat Loss = 1763 kcal
Extreme Fat Loss = 1602 kcal.

Mohon opinion tuan,
1. apa jadual menu utk 1500 kcal?
2. apa jadual senaman yg sesuai setiap hari?

Tq bro. Semoga Allah permudahkan segala urusan bro.

Reply

Hafizmd November 15, 2015 at 6:40 pm

Waalaikumussalam Tuan.
Alhamdulillah jika dpt membantu bro Rizal walaupun sedikit.

Untuk jadual menu 1500kcal sehari, tuan boleh adjust jadual pemakanan seimbang yg saya sertakan dalam entri ini/emel yg akan saya hantar kat inbox tuan nanti. senang nak tengok hari2 (buat permulaan).

Senaman pula, kalau nak pergi gym macam payahkan. Paling senang utk permulaan ialah joging setiap petang. 3 kali seminggu dah memadai rasanya utk permulaan.

Saya akan emel tuan nanti. Tunggu yer.

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 5 trackbacks }