Nak Ramping? Nak Buang Sikit Perut Boroi Tu? Ikut 3 Tips Ini Tanpa Banyak Songeh!

- 16 January 2014. Updated 14 March 2014Petua Kuruskan Badan

Assalamua’laikum.

Sape yang nak pinggang ramping? Sape yang nak kuruskan badan? Majoriti semuanya tak nak perut gelebeh sana-sini. Perut boroi tanpa kawalan. Tapi, mungkin juga ada suami/isteri yang tak nak pasangannya nampak ramping sangat. Takut katanya. Nanti ada mata-mata buaya juling dibuatnya! Bagi yang ada azam baru tahun 2014 ni untuk kuruskan badan mahupun turunkan berat badan, elok benar baca betul-betul 3 peraturan yang korang wajib ikut. Itupun kalau nak kurangkan berat badan sekilo dua.

Buat 3 Tips Kuruskan Badan ni tanpa banyak songeh!

Kalau takde azam untuk kempiskan sikit perut tu, tak mengapa. Ada orang kata, perut ‘muncit’ sikit tanda bahagia. Betul juga tu…hehehe. Janji kita jaga pemakanan (suci lagi halal) dan rajin-rajinlah bersenam paling kurangpun 2 kali seminggu. Kalau ada azam, moh baca 5 petua mudah nak kuruskan badan tanpa ubat, insyaAllah selamat!

1. Tulis azam korang nak kuruskan badan tu!

cara mudah kurangkan berat badan

Azam nak kuruskan badan? Tulis azam tu!

Apa jua benda nak buat, paling penting ialah FOKUS. Jadi, kalau dah niat nak kuruskan badan, kenalah tulis azam tu dalam diari korang. Tulislah kat dinding bilik sekalipun. Tulis kat tempat yang korang selalu lepak. Tapi, jangan conteng dalam train pulak! Sesi tulis-menulis ni membantu kita untuk kekal FOKUS dan berSEMANGAT!

  • Tulislah berapa kilo lemak yang nak dibakar dalam sehari/seminggu.
  • Tulis berapa kilometer nak joging hari ni.
  • Tulis kata-kata semangat untuk diri sendiri!
  • Tulislah apa saja yang boleh kasi semangat korang sentiasa tinggi.

2. Jangan mengelat untuk bersenam!

Mengelat? Iya. Jadikan bersenam ni macam kita gosok kita. Tiap-tiap hari kita gosok gigi tanpa gagal. Betul tak? Jadi, kita kena didik badan kita biasa dengan senaman. Bila tak bersenam, ibarat ‘pungguk rindukan bulan’ jadinya. Wajib bersenam paling kurang 2-3 kali seminggu. Nak bersenam tiap-tiap hari, mungkin tak logik jugakan? Lagipun, aktiviti naik tangga, turun tangga kat pejabat pun dah kira bakar kalori juga tu. Jadi, biasakan diri untuk lebih banyak bergerak! Bukan mulut yang banyak membebel! hohohoho….

3. Jujur semasa buat aktiviti bersenam.

Iya. Jujur. Kadang-kadang, bila kita bersenam, baru joging 2 minit, kita dah rasa macam joging 30 minit. Kita cuba sedapkan diri sendiri. “Ok dah kot ni. Cukuplah kot 2 minit joging. Bukan turunpun berat badan aku hari ni.” Tak salah untuk buat sikit demi sikit, tapi jangan cuba untuk lemahkan semangat diri sendiri dan ‘mengelat’ semasa bersenam. Buat sungguh-sungguh sampai berpeluh. Sekali kita dah buka ‘lubang peluh’ tu, insyaAllah senang kita nak berpeluh lagi!

Cukuplah 3 cara mudah kuruskan badan . Gunakan 3 perkara ni sebagai asas untuk kita mulakan transformasi dalam hidup kita. Macam biasa, mudah nak tulis tapi liat nak buat. Itu normal manusia. Nak berubah buat benda baik ni memang cabaran dia besar. Banyak halangan dan cubaan. Bukan senang nak tewaskan nafsu makan berlebihan dan bukan senang juga nak turun padang untuk bersenam. Macam-macam yang difikirkan. Betul tak?

Buang semua fikiran negatif tu. Yang nak lebih ramping, yang nak lebih kurus, yang nak lebih sihat lagi kacak bergaya tu korang. Bukan orang lain! Yang tanggung sakit lutut, yang tahan telinga kena perli tu kita. Bukan orang lain. Betul tak?

@hafizmd – Ayuh kita azam jadi lebih sihat dengan berusaha dengan cara yang betul. InsyaAllah, moga-moga kualiti ibadah kita juga semakin meningkat! Ameen.

{ 22 comments… read them below or add one }

anuar January 16, 2014 at 1:06 am

Saya setuju dengan perkara ke 3 iaitu jujur ketika bersenam. ..

Dulu kalau saya berjoging 10 pusingan dekat stadium, sebahagian besarnya berlari daripada berjalan. ..

Sekarang ini daripada 10 pusingan, adalah dalam 2 pusingan sahaja yang saya berlari, yang lainnya berjalan. .. hehehe. ..
Baca entri terkini Blogger anuar´s: Jawatan Kosong : Juruteknik TNB di Seluruh Malaysia

Reply

mancai January 16, 2014 at 5:20 am

yup bersenam adalah jalan terbaik…
Baca entri terkini Blogger mancai´s: cara memberi jawapan ketika ditemuduga

Reply

fyna January 16, 2014 at 10:10 am

sesuai untuk fyna sekarang nih.hehehe.asyik makan je.
Baca entri terkini Blogger fyna´s: Jadual Liga Super Malaysia 2014

Reply

akubiomed January 16, 2014 at 5:16 pm

Nak dapat bentuk badan ideal perlu ada keazaman.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Belajar bahasa Inggeris mudah

Reply

Mohd Shubhi January 16, 2014 at 11:42 am

Dah tak jogging sekarang ini. Hanya berjalan kaki setiap pagi keliling taman…masih belum gemuk
Baca entri terkini Blogger Mohd Shubhi´s: Ilmu penting yang perlu ada untuk mudah berniaga

Reply

chii January 16, 2014 at 1:28 pm

nak wat senaman tu mmg mudah..tp nak konsisten tu yg agak berat sikit.chii kadang2 buat ikut mood…kalo rajin..mmg 30 minit sehari.tp bila da tiba time malas…mmg sebulan sekali… :p
Baca entri terkini Blogger chii´s: Kelahiran Baru

Reply

hafizmd January 16, 2014 at 1:38 pm

hahaha…biasalah…nak2 kalau hujan, terus makin malas jadinya..hahhaa

Reply

TehR January 16, 2014 at 4:32 pm

hasil yang bagus suka pada orang yang rajin je
siapa malas tolak tepi
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Legenda Atau Lagenda

Reply

akubiomed January 16, 2014 at 5:15 pm

Disiplin dan konsisten. Kalau tidak jadi hangat-hangat tahi ayam sahaja. :-)
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: BookUp ringan beban buku rujukan mahasiswa

Reply

Hafizul January 17, 2014 at 1:45 am

Bila tuliskan azam tu, kena disiplinkan dirilah buat sepertimana yang azam tu nak kan..hehe
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Pendapatan Ke 26 Dari Jobdirumah

Reply

titan January 17, 2014 at 2:57 am

ya. kena jujur. jangan mengelat.
Baca entri terkini Blogger titan´s: Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Reply

suri January 17, 2014 at 10:41 am

nak kururs jangan main tipu eh sila catat heee
Baca entri terkini Blogger suri´s: Doa Niat, Sebelum Dan Selepas Mengambil Wuduk

Reply

hazman aka species1980 January 18, 2014 at 8:15 pm

yeahhhh…. kalau bersenam tu lebih efektif kalau nak turun berat badan berbanding kawal pemakanan atau diet
Baca entri terkini Blogger hazman aka species1980´s: Malaysia Social Media Week 2014 kembali lagi !!!

Reply

ajumohit January 24, 2014 at 9:23 pm

syukurla kat opis tempt parking tu jauh, kira senaman juga kan ;)
Baca entri terkini Blogger ajumohit´s: Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Reply

Bahrain January 28, 2014 at 3:11 am

nak kuruskan badan ni bukannya senang. Sengsara…hahaha
Baca entri terkini Blogger Bahrain´s: Ketahui Tempat Makan Menarik Melalui Saji.my

Reply

hafizmd January 30, 2014 at 1:39 pm

betul jugaklah…hilang sekilo, tambah dua kilo..hahaha

Reply

onlajer January 29, 2014 at 3:51 pm

masalahnya hanya rajin tulis matlamat ,tapi tak rajin nak berjoging hehe
Baca entri terkini Blogger onlajer´s: Berapa Sebenarnya Tanga Gaji Melayu!

Reply

hafizmd January 30, 2014 at 1:29 pm

tu masalah gak tuh…hehe

Reply

wazy February 1, 2014 at 9:47 pm

Senang je nak kurus,kena rajin buat kerja-kerja rumah dan bersenam
Baca entri terkini Blogger wazy´s: Fenomena M-Commerce Dan Pembelian Dalam Talian

Reply

hafizmd February 5, 2014 at 11:26 am

Itu pun betul. Jgn culas

Reply

Myra Jay February 26, 2014 at 1:59 pm

Azam ni setiap masa ada, cuma kekadang tak terbuat..hehee
Baca entri terkini Blogger Myra Jay´s: Mega Giveaway di blog Celoteh MJ

Reply

hafizmd February 26, 2014 at 3:12 pm

Azam mmg nak kena kuat…tak terbuat tu, mmg biasa…tak sempat nak buat tiap2 hari..3 kali seminggu pun ok

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }