Jun 23, 2011

Oh! Lelaki – Tips waktu si dia PMS…

Assalamua’laikum.

Moga semuanya senyum ceria dan gembira. Pada kawan-kawan yang mana ada masalah, harap jangan tertekan sangat dan kuatkan hati yer :D

Kali ni, aku nak kongsi pula tips untuk lelaki khasnya dan umumnya untuk wanita…walaupun tajuk kat atas camtu, mesti ada yang dah faham yang PMS memangnya khas untuk wanita. Tapi takpe, aku khaskan juga untuk para lelaki kerana disebalik seorang wanita, pastinya ada lelaki (maksud aku tepatnya ialah seorang suami).

Jadi, kalau lepas ni, aku harap, mana-mana suami (khasnya aku@ mungkin juga tunang anda) tak faham juga saat-saat ‘istimewa’ PMS (Pre Menstruation Syndrome) pada seorang wanita, silalah ketuk dengan senduk tembaga tegur mereka-mereka ini. Sila beri link tajuk entri ini. supaya naik sikit trafik blog ni whoooo~

Aku dapati, ada lelaki yang suka ‘salahkan’ wanita bila mereka sedang PMS (masa-masa sebegini, mereka lebih sensitif, muncung lebih luar biasa dari biasa, cepat merajuk dan sebagainya). Jadi, para suami jangan kita tumpang muncung saat camni, kita bantu isteri untuk lebih ceria. Setuju tak?

Tips ni penting untuk kita, para suami khasnya faham dan lebih peka dengan isteri yang alami menstruasi@haid. Ada yang masih ingat-ingat lupa ke? Mesti pernah belajarkan masa Tingkatan 3 pasal kitaran haid.

Ok. Ayuh kita tengok sama-sama tips makanan yang boleh buat isteri kita lebih ceria & semangat ketika mereka menstruasi@haid.

Hari 1 – 5

  • Keadaan wanita: Sangat sensitif
  • Tips: Makan makanan yang kaya asid lemak omega-3 (ikan salmon, sardin) & magnesium (bayam, biji-bijian).

Hari 6 – 13

  • Keadaan wanita: Cepat tertekan
  • Tips: Makan makanan yang segar (buah-buahan, sayur-sayuran yang segar).

Hari 14 – 17

  • Keadaan wanita: Anggota lebih peka (termasuk deria rasa)
  • Tips: Makan makanan yang memberi lebih keriangan (manjakan dirilah ni…cth: udang galah, pizza keju, anggur).

Hari 18 – 23

  • Keadaan wanita: Usus lambat bekerja —> mudah sembelit (puncak hormon progesteron dihasilkan)
  • Tips: Makan makanan kaya serat (beras merah, barli, sayuran segar)

Hari 24 – 28

  • Keadaan wanita: Alami PMS
  • Tips: Makan makanan yang kaya karbohidrat & protein (penting untuk stabilkan gula dalam darah) —> Aiskrim pun boleh!

Akhirnya, kita (khasnya akulah tu…) jangan hanya pandai berkata-kata yang mereka sengaja nak muncung@buat muka, sebaiknya kita fahami dan beri galakan. InsyaAllah, mesti mereka lebih sayang dan CINTA sama kita!

® hafizmd – tak sangka, ada yang sampai terpaksa ambil cuti sakit akibat PMS…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 komen setakat ini

  • Seronoknya info harini :-)
    bEe minta copy eh…. nak bg kat E.Papa (sbb asyik komen aje manjang!) Hihihi :-P

  • wah..bagus2…memang boleh ikut ni..memang susah perempuan nak kawal emosi waktu PMS (^-^)

    p/s: memang menakutkan bila terjadi bersekedudukan dengan bukan muhrim…setahun tu,,,bukan jangka masa pendek..dan kawasan tu pula mmg kswn kaum cina, tu yg susah nak dibendung agaknya.
    Blogger dilot´s berkongsi entri terkininya ..salah siapa agaknya

    • baguslah kalau ada yg boleh jd tips…hehe :D

      hanya yg merasa saje tau apa rasanye.. :p

      pssst…itu sudah pasti, tpkan dilot, sekarang dah ada dah budak2 perempuan yg berani ajak jantan dtg rumah, kawasan perumahan melayu islam lagi..mmg panas jer dgr…

  • :D Memang lelaki perlu tahu akan hal ini.. ada gunanya.
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Public Ittikal – Fund Not Open For Investment!

    • mmg perlu sgt2…lebih2 lagi kalau nak isteri syg…hehehe

  • patutlah my wife marah2 kat caller dr bank aritu. Salah hari dia pilih nak call my wie buat peringatan pasal payment. Hahahaha!!
    Blogger faizul´s berkongsi entri terkininya ..Jangan Sokong Kalau Bawa Rebah

    • hahaha…mmg silaplah…nak2 lagi kalau yg tanya tu tak berapa pandai cakap…mmg kenalah…hhohoho

  • Dah lama kawin… sendiri2 paham ehhh.. :wink:
    Blogger Dulu Lain Sekarang Lain´s berkongsi entri terkininya ..Teh Tarik Shangri-La’s

    • hehe…tp ade juga yg buat2 tak faham ;p

  • Kalau ada yang datang denga Sengugut lagi lah

    • hadoi…itu mmg lg lain macam…

  • Rasia penting yang selalu diabaikan…
    Ps : kau memang Suami mithali la Fiz
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Datuk Ambiga – Siapakah Datuk Ambiga Pengasas Perhimpunan bersih ?

  • time PMS ni..janganlah cari pasal yang bkan-bukan..
    Blogger sayacomel´s berkongsi entri terkininya ..Comel Sangat – Kucing Penat.

    • hoho…memang susah nak kawal emosi waktu ni ek? :D

  • siapa lagi nak urutkan kepala time berdenyut, kalau bukan suami,,
    Blogger zik´s berkongsi entri terkininya ..Keputusan terkini malaysia vs Taiwan 29 june 2011 (bukit Jalil)

  • kdg2 ke laut juga lau time macam ni.. tapi still syukur, sebab de org lagi dahsyat penangannya.. siap tak leh bangun..

    kdg2 pompuan tak sedar tu buat sebegitu, sebab emosi tak stabil. lelaki kena tegur baik2 kot, supaya pompuan leh blajar kontrol..saya baut perangai gak ek..?hehee..
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Jangan Pandang Rendah Pada Mereka

    • @fiezaradzi,
      kalu pikir2 balik, kesian sungguh kpd sesiapa yg mjadi mangsa si wanita itu. huhu
      Blogger mekar´s berkongsi entri terkininya ..Pengajaran dan Peristiwa Israk Mikraj

      • @mekar..hehe..jadi sila awas dgn ambil langkah berjaga-jaga…hehe

    • hehe…ke laut takpe…jgn kejap ke laut, kejap ke darat…tu yg lebih payah tuh…hheee

      agaknya sbb tak tahu cara nak kawal kot..tu yg jadi emo sikit tu..biasalah

      psst..awak ek? kagum, payah nak tgk emo walau dalam PMS… :D

  • masa kejadian spt ini, sbgai seorg pempuan xtau nak ceritakan rasa sakit itu spt mcmana. rasa gelisah & murung aje. Dulu2 zaman muda remaja selalu sgt sakit. skrg sya amalkan vitamin yg namanya “prime rose oil”. insyaAllah ada lega sikit
    Blogger mekar´s berkongsi entri terkininya ..Jangan Asyik “Ter” saja !

    • hanya yg merasa faham apa yg dirasai…

      lelaki@suami hanya boleh tolong kasi semangat@kalau perlu diam….diamlah sekejap…hehe

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri