Cara Kurangkan Berat Badan Dengan Cepat. Jangan Makan Nasi?
Assalamua’laikum.
Fakta atau auta? Boleh tak kita kurangkan berat badan dengan cepat kalau tak makan nasi? Faktanya, nasi tak menggemukkan, tapi kalau kita melantak nasi melebihi jumlah karbo yang diperlukan badan kita, secara automatik glukosa tadi (bentuk asal nasi) akan disimpan dalam tapak simpanan glukosa dalam hati. Bila tapak simpanan ni dah penuh, automatik juga glukosa tadi ditukar menjadi lemak. Maka, bermulalah era kita membela lemak sana dan sini.
Cara berkesan kurangkan berat badan dengan cepat?
1. Teknik bakar lemak dengan betul antara cara nak kuruskan badan. Lemak yang degil macam kat perut kita ni perlukan teknik yang betul untuk dibakar. Kalau kita tak makan nasi, secara logiknya kita kurangkan jumlah pengambilan sumber karbohidrat. Lebih kurang kita amalkan diet rendah karbo gitu. Memang boleh kurangkan berat badan tapi ianya mungkin bersifat sementara.
2. Makan makanan yang rendah GI (glycemix index). Contohnya roti whole meal, spageti, beras perang, yogurt rendah lemak. GI bawah nilai 55 dikira rendah dan bagus untuk melambatkan perembesan insulin. Bila kadar gula dalam darah tinggi, insulin pun dirembes dengan banyak untuk turunkan kadar gula dalam darah, tapi gula tadi ditukar menjadi lemak dan disimpan. Jika berterusan, ni yang kita jadi banyak lemak. Kolesterol tinggi.
3. Periksa label makanan. Sebelum beli, tengok label dulu. Nak tengok apa? Tengok jumlah karbohidrat per hidangan. Periksa juga jumlah kalori per hidangan. Pilihlah makanan yang rendah kalori jika ada angan-angan nak kurangkan berat badan dengan cepat dan berkesan. Jangan pilih makanan yang terang nyata nilai kalorinya tinggi. Kalau nak kurangkan risiko stroke & sakit jantung, pilih makanan yang rendah lemak tepu (saturated fat) & lemak trans (trans fats). Kalau ada darah tinggi, kurangkan makan sodium (garam) berlebihan. Yang penting tengok label. bukan tengok awek cashier!
4. Lemak-lemak degil contohnya di perut perlukan teknik bakar lemak yang betul. Nak lagi best, kita pandai buat kira-kira makanan apa yang kita nak makan. Tak susah pun sebab semuanya ada dalam e-buku ni;
DOWNLOAD PELAN DIET MENJAMIN PENURUNAN BERAT BADAN SEHINGGA 4KG SEMINGGU! MEMBAKAR LEMAK DENGAN PANTAS, TANPA BERLAPAR, TANPA PENGGUNAAN SEBARANG PRODUK, DOWNLOAD PELAN DIET YANG PALING LUAR BIASA BERKESAN – Klik Sini –
Baca lagi –> 7 Petua Kuruskan Badan Kempiskan Perut Selamat tanpa Ubat!
@hafizmd – Tak susah nak kurangkan berat badan kalau tahu cara yang betul dan RAJIN. Sekian.
tak boleh tak makan nasi…hari-hari makan nasi…hehehe…
Hehe..seronok kalau berjaya turunkan berat badan..namun tak semua yang bersungguh-sungguh alamkan tekniknya..nak kurus tapi makan punyalah banyak pinggang nasi..haha..tak faham kadnag2 tu..nak kurus tapi mlam2 bahang burger 2 biji..haha..
ACT MMG KALAU KURANG MAKAN NASI. SERIUS MMG AKN KURUS DAN TURUN BERAT BADAN.
Ptut pum ambo tak kurus, selalu beli barang tengok cashier bukan tengok label.. hehehehe.. alhamdulillah sepanjang bulan puasa ni dah turun sikit.. 5kg.. nanti pagi raya naik balik.. huhuhuhu
kurangkan jumlah nasi dalam setiap hidangan..
Berat badan tak berapa berat sangat sekarang ni…
Saya ada seorang kawan yang dah berjaya turunkan berat badan dalam amount yang sangat besar… Caranya mudah sahaja… Beliau berjoiging pada setiap hari termasuk pada bulan Ramadhan… Kemudian beliau tidak makan nasi, sebaliknya hanya makan lauk dan sayur sayuran sahaja…
Ass salam Hafiz…apa khabar… 🙂
Alhamdulillah kak Ummi pun dah turun 5 kg akibat tak da selera makan……
tips untuk aku juga nih maklumlah macam mangkin maju kedepan je huh
alhamdulillah puasa ni dptlah berat badan idaman, lepas puasa nanti harap2 dpt maintain, yg pening bykkan minum air masak dan kurangkan makanan berlemaks
Nak cari macam mana nak naikkan berat badan
gua tak memilih. gua makan aje. haha..
ada kawan den ni makan ayam je rules dia.. dan sekarang ni dah dapat kurangkan berat badan. salut dengan disiplin dia
tengah berazam nak kuruskan badan..tapi masih berangan2 jek..hahahaha
Makanan ruji rakyat Malaysia ada lah beras. Kalau boleh kurang jumlah dengan mengenal pasti kadar kalori harian terlebih dahulu.
Betul tu… Saya tak makan nasi dan minum cuma air suam je dapat kurangkan berat badan.. Jika minum minuman manis tak kurang berat badan..
bila timbang hari tuh berat den kurang 4kg sempena bulan puasa nih…harap terus menurun sehingga capai berat badan yang ideal…:)
disiplin juga antara yang perlu ada untuk kuruskan badan ni.
den pula kalau kurang makan nasi akan turun berat badan, dah berapa kali dah. sebelum ni, badan den pernah montel. perut pun kurang buncit.haha
hari2 mau joging pun ok gak.. tapi bulan puasa nih… tenaga kena simpan banyak.. hehe
Makan sekadar cukup untuk melapik perut sementara menunggu waktu makan selanjutnya. Setengah yang lain kata makan jangan ikut waktu, makan berterusan tapi sesuap dua cuma. Banyak teknik boleh guna, yang pastinya jangan berlebihan. Cara betul untuk kurus ialah makan dengan cara yang betul. Itu lebih baik berbanding makan ‘ubat’.
ya
sila pastikan betul2 benda apa yang kita masukkan ke dalam perut
itu pun kalau mahu perut yang cantik bebas daripada lebihan lemak
Teman saya ada yang melakukan diet ketat tak makan nasi juga dan dia menggantinya dengan agar2 yang kaya serat…
Kurangkan berat badan tanpa makan nasi dan amalkan buah, protein dan sayur ni berkesan.. saya sendiri pernah amalkan.. cuma… antara nak dengan taknak je teruskan.. sebab kawan – kawan selalu belanja makan.. haha… susah jugak nak teruskan
Itu teknik yang kurang tepat sebenarnya. Makanlah apa saja yang halal tapi tidak lebih dari sepinggan setiap kali.. 🙂
Yg suci lg halal insyaAllah sihat jasmani dan rohani..terima kasih bro utk ingatan
perkongsian yang menarik admin.
saya pun nak share cara turun berat dengan sihat dan berkesan..bukan kurus je, sihat skali..jemput jenguk kalo minat ye..untuk bf mom yg nk kurus tanpa jejas production susu pon ada..proven true n effective! 10kg dalam 4 bulan/kurang berat badan tanpa risiko/formula diet berkesan di http://bit.ly/1f7OeYq
Terima kasih sis fatimah =)
kurangkan nasik mmg berkesan. Saya cuba reduce intake segenggam je nasi. Dlm 6 hari dpt turun 2kg. Tapi perlu jaga pemakanan dan bersenam.