Buah mahkota dewa..

Lama rasanya saya tak berbicara bab-bab kesihatan ni. Selepas entri kami sayang Abah, terniat juga berkongsi serba sedikit perihal kesihatan ini. Terutamanya melibatkan sakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, kandungan gula darah. Semuanya berkait rapat dengan satu organ yang cukup penting iaitu jantung.

 Banner

Saya bukanlah seorang doktor, jauh sekali pakar sakit jantung. Namun, yang pasti saya ada jantung..hehe. Maka, sedikit pengalaman yang dikongsi Abah dalam mendepani sakit jantungnya, darah tingginya..kolesterolnya..dan sedikit pembacaan, saya rasa  perkongsian ini mampu membantu sesiapa saja yang mahu mencuba ubatan alternatif.

Kalau bercerita pasal ubat jantung (yang diambil di IJN), hati saya cukup pilu bila terkenangkan Abah yang terpaksa telan juga ubat-ubat ini. Bukan satu jenis, tapi kalau tak silap..ada dalam 6 atau 7 jenis ubat yang perlu diambil 3 kali sehari.

Oklah. Pernah dengar nama buah mahkota dewa?

"buah mahkota dewa"

Namanya saja sudah cukup “gempak”kan?. Mana dapat nama ni? Walluhua’lam..Nama saintifiknya ialah Phaleria Macrocarpa. Buah ini asalnya dari Papua/Irian Jaya di Indonesia. Rasanya, memang agak sukar sedikit untuk mendapatkan buah ini, tapi khasiatnya cukup banyak dengan kandungan bahan yang tertentu. Saya senaraikan di bawah ini.

  1. Alkaloid – bersifat detoksifikasi yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh
  2. Saponin yang bermanfaat sebagai:
    • sumber anti bakteria dan anti virus
    • meningkatkan sistem imun tubuh
    • mengurangkan kadar gula dalam darah
    • mengurangkan penggumpalan darah
  3. Flavonoid yang mampu:
    • melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
    • mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah
    • mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari
    • mengandung antiinflamasi (antiradang)
    • berfungsi sebagai anti-oksidan
    • membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
  4. Polifenol yang berfungsi sebagai anti histamin (antialergi).

Bagaimana cara penyediaan? Cara yang termudah ialah hiris buah mahkota dewa ini (kulit dan isi) nipis-nipis, kemudian jemur sampai betul-betul kering. Kemudian, rebus hirisan tadi dan minum air rebusan.

InsyaAllah, apa yang Abah amalkan untuk kawal darah tinggi..salah satunya dengan meminum air rebusan buah mahkota dewa ni. Alhamdulillah, setakat ni..berkesan, tapi Abah masih lagi ambil preskripsi ubat IJN. Maksudnya, Abah kurangkan sikit kebergantungan pada ubat-ubatan sintetik ni.

Mana nak cari ni? Ini yang saya tak pasti. Kalau tak silap, ada produk kopi mahkota dewa, tapi saya tidak pasti bagaimana cara penyediaannya. Samada dikeringkan dan terus dikisar halus atau dikering, direbus kemudian airnya di’freeze dry’kan. Kalau tak salah, cara penyediaan herba sebegini perlu teliti supaya hanya bahan aktif saja yang kita minum, bukan termasuk serbat-serbat kayu mahupun bahan-bahan tak aktif yang lain.

Apa yang saya dengar, buah ini ada ditanam di Malaysia, tapi saya masih lagi mencari tempatnya. InsyaAllah, kalau jumpa, bolehla saya kongsikan di sini. Saya tahu, ramai antara kita yang mak ayah malah adik-beradik kita ada darah tinggi, sakit jantung, koleterol tinggi dan sebagainya. Harapnya, perkongsian ini sedikit membantu yer..:D

® hafizmd – moga Abah dan Ma sentiasa sihat dikampung..

Sumber: Indonesia Herbal dan Wikipedia