879 Sebab Kenapa Air Kosong Bagus untuk Kesihatan

Assalamua’laikum.

Air kosong. 879 Sebab Kenapa Air Kosong Bagus untuk Kesihatan! Tu dia. Sampai 879 sebab kenapa air masak ni lebih bagus dan terbaik untuk kesihatan kita berbanding air-air lain. Nak tahu? Jom kita mengaji.

khasiat air kosong kuruskan badan

Kenapa air kosong bagus untuk kesihatan?

1. Zero kalori! Apa lagi yang lebih bagus berbanding air kosong yang zero kalori. Memang sesuai sangatlah untuk lelaki-lelaki mahupun gadis-gadis termasuklah pakcik makcik yang cuba untuk turunkan berat badan sekilo dua. Tekniknya senang saja. Gantikan air manis yang biasa kita sebat setiap pagi, dengan segelas air masak. Nak lagi power, campur dengan sesudu madu!

2. Air tolong kekalkan keseimbangan cecair dalam badan! 60% badan kita ni komposisinya air. Logik sangatlah kita kena minum air kosong paling kurangpun 2 liter sehari untuk lebihkan power proses penghadaman, proses nak angkut nutrien ke seluruh badan, kawal suhu badan dan macam-macam lagi fungsi. Pendek kata, air liur pun boleh kering kalau kurang minum air!

Itu baru 2 sebab utama kenapa kita jangan culas minum air masak. Teringat kawan-kawan Chinese masa study dulu-dulu. Mesti tak pernah gagal bawa sebalang air setiap kali masuk kelas. Patutlah, otak ligat semacam jer.

Nak baca 877 sebab lagi baru nak rajin minum air masak???

Kalau macam ni gayanya, memang kita akan sentiasa tertinggal kat belakang.

Orang lain dah lama buat, kita masih sibuk cari 1001 macam sebab dan alasan untuk mula ambil tindakan.

@hafizmd – hafizmohd.com tinggalkan entri ni untuk kita semua berfikir….