Selamat Hari Guru 2010

- 16 May 2010. Updated 25 April 2013Keluarga

Agaknya, ingat tak lagi ‘time’ kita kena denda dengan guru masa sekolah-sekolah dulu? Masa kita cuba ‘mengelat’ masa jawab periksa? Masa kita cuba calarkan kereta cikgu sebab tak puas hati dia ngorat aweks kita rotan kita? Masa kita seludup masuk rokok dalam asrama dan jadi tokan? Masa kita buli junior sebab kononnya kita senior yang otai padahal petai?

"tema selamat hari guru 2010"

Selamat Hari Guru

Oh! Banyak sungguh dan melambak perkara yang ‘menyeronokkan’ waktu kita dulu-dulu, masa kita seorang pelajar dan ada guru yang sentiasa menegur dan sedia membimbing kita. Sekarang? Semuanya mungkin sudah berlalu, tapi jasa guru-guru, pasti takkan pudar dari ingatan.

Percaya atau tidak, mungkin lebih separuh dari hayat yang sudah kita lalui, kita habiskan dengan bergayanya dibangku sekolah. Sejak tadika sampai universiti mahupun sekolah tinggi. Percaya atau tidak juga, saya masih lagi ingat salah seorang guru tadika saya. Namanya Cikgu Zaiton. Memang cukup garang (pada pandangan sayalah, pada masa tu). Sampaikan, pada satu hari, saya nekad tak nak pergi tadika.

Di tangga rumah, saya duduk tak bangun-bangun. Bila mak tanya kenapa? Saya selamba saja cakap, tak nak pergi tadika dah. Takut cikgu garang. Seingat saya, memang mak pujuk, tapi saya memang sudah nekad..huhu..Akhirnya, saya terus berhenti dan sambung kembali tadika seusia 6 tahun. Cikgu tadika masih lagi sama tapi nasib saya baik, sebab dapat kelas tingkat atas. Jadi gurunya juga bukan lagi Cikgu Zaiton. Sungguh nostalgia bukan? hehe..

Apapun yang berlaku, jasa dan peranan guru cukup besar dan signifikan dalam mendidik dan membimbing kita. Saya rasa, bukan semua orang dilahirkan dengan bakat sebagai seorang pendidik yang sejati. Mungkin sebab itu juga, kita kadang-kadang terdengar berita yang kurang manis. Guru kena tangkap khalwatlah, guru cabul pelajarlah dam macam-macam lagi. Mereka ini memang tak layak bergelar guru. Guru itu mulia.

Tahu apa tema sambutan tahun ini? Tema yang saya rasa cukup tepat, “Guru Pembina Negara Bangsa”. Moga tema ini memberi guru-guru suatu semangat yang lebih kuat untuk terus menyumbang bakti mendidik anak bangsa.

Pasti anda semua ada pengalaman menarik untuk dikongsi bersamakan?

® hafizmd – selamat hari guru buat semua guru-guru terutamanya guru di SKC, SMAM, KOSPINT, KMM & UPM. Moga cikgu semua sentiasa diberkatiNYA..haa..tak lupa juga buat Cikgu Rohaizad dan Cikgu SmartZul ya..

Kredit: Laman Web Sambutan Hari Guru

34 total views, 2 views today

{ 20 comments… read them below or add one }

Lp Lum May 16, 2010 at 12:07 pm

Salam~

hehehe.. kenangan msa sekolah dlu memang best sgt2… :)
xpernah di lupakan… sebabnya kata otai… :))

selamat hari guru jua wat semua pendidik… :)
.-= Lp Lum´s last blog ..Kenangan Aku : Sejarah Aku Menceburkan Diri Dalam Bidang Penulisan =-.

Reply

hafizmd May 16, 2010 at 8:44 pm

mmg takkan lupe sampai bile2kan?terima kasih buat smua guru..selamat hari guru

Reply

suri May 19, 2010 at 1:24 pm

@hafizmd,
suka panjat pokok sblm nak g taska..heheh3

Reply

hafizmd May 19, 2010 at 3:36 pm

wow…ni kes ikut abang2 ke?biasenye begitu..hihi

Reply

hafizmd May 16, 2010 at 8:46 pm

hehe..memang manis betul pengalaman tu kan?kalau jumpe lagik cikgu2 tuh, mesti rase nak tergelak ajer..hihi

p/s – yg paling tak tahan, ramai ceweks yg try tackle bro ek?mesti gempaklah..hehehe..

Reply

sangilapi May 16, 2010 at 9:35 pm

tanpa dijangka kita berkongsi guru yang sama-cikgu paling sempoi,cikgu rohaizad :)

*selamat hari guru pada ijad :)*
.-= sangilapi´s last blog ..impian aku =-.

Reply

hafizmd May 17, 2010 at 12:09 pm

@sangilapi, betul bro..mmg sempoi..selamat hari guru bro ijad :D
.-= hafizmd´s last blog ..Selamat Hari Guru 2010 =-.

Reply

Hidier May 17, 2010 at 1:18 am

hari pertama masuk sekolah, tak pandai mengira mengeja..
namum cikgu begitu tabah, mengajar kami sungguh2..
kami ingt sepanjang masa..jasa guru mendidik bangsa..
terima kasih cikgu…
.-= Hidier´s last blog ..Fail To Plan, is Plan To Fail? =-.

Reply

hafizmd May 17, 2010 at 12:10 pm

@Hidier, mmg anak murid yg terbaik..guru yg terbaik melahirkan anak didik yg terbaik..terima kasih cikgu
.-= hafizmd´s last blog ..Selamat Hari Guru 2010 =-.

Reply

hafizmd May 17, 2010 at 12:12 pm

@ci shiqa, selamat hari guru buat smua guru..thanks shiqa singgah..
.-= hafizmd´s last blog ..Selamat Hari Guru 2010 =-.

Reply

azman May 18, 2010 at 10:04 am

Selamat hari guru gak..smlm dpt berita dari melaka cikgu aku meninggal sebab kena H1N1…terperanjat dan sedih gak xsangka orng yg kita pernah kenal dipanggil Allah melalu virus nie…moga rohnya dicucuri rahmat Al-Fatihah

Reply

hafizmd May 19, 2010 at 3:45 pm

Al-Fatihah utk guru kite yg dah kembali menemui Allah..moge dalam rahmat Allah jua..ameen

Reply

suri May 19, 2010 at 1:23 pm

salam..
maaf le tuan rumah sb dah jarang jeguk ke sini..adeh byk plak entri yang suri dah termiss..kje byklah bro..huhu ni pun curi jap 15 minit pas solat nak bt kje balik..

cerita hafiz mmg klkr skli..tapi rasanya klu kita dok ke tadika pasti kita tak megal huruf abc..123..+-rm kan..hehehe

selamat hari guru..walau terlewat jasamu seringku kenang..ceh :)

Reply

hafizmd May 19, 2010 at 3:38 pm

salam..
thanks suri sudi singgah dan tinggal komen..mmg terbaik..

betullah..mase kat tadikalah cikgu ajar kite kenal abc..123..tima kasih cikgu!!

Reply

engineering consultant May 20, 2010 at 12:13 pm

Warga SMTM Bukit Piatu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka atas kesudian untuk turun padang.

Reply

hafizmd May 20, 2010 at 4:44 pm

@engineering consultant, Bagusnye..macam nilah yg kita mahukan..moge sentiasa turun padang..
.-= hafizmd´s last blog ..Kenapa manusia makin ‘lupa’ dan ‘buta’ =-.

Reply

cane furniture May 24, 2010 at 3:03 pm

hai..i dah follow u..mailah follow saya

Reply

cane furniture May 26, 2010 at 7:33 pm

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia terutamanya cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya sama ada yang baik mahupun yang garang ;) Dan lebih utama ucapan ini ditujukan kepada isteri saya yang juga seorang guru yang disukai pelajar-pelajarnya hehe.

Reply

cane furniture May 27, 2010 at 12:39 pm

suka la tulisan jawi tu..masih asa skill tu tau..teringat cikgu shaari kat skolag ugama dulu..hehehe :-)

Reply

spas with accommodation May 27, 2010 at 1:05 pm

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia terutamanya cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya sama ada yang baik mahupun yang garang ;) Dan lebih utama ucapan ini ditujukan kepada isteri saya yang juga seorang guru yang disukai pelajar-pelajarnya hehe.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge