Assalamua’alaikum.
Petua Rumahtangga Bahagia:Beri Perhatian Jika Berlaku 4 Perkara Ini. Semua pasangan impikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan aman damai. Sebuah rumahtangga yang bahagia antara dasarnya menuntut banyak perkara untuk dikongsi dan dirai bersama. Kalau masa bujang, makan meggi pun ok, bila berumah tangga perlulah lebih teratur pola pemakanannya. Dulu nak jaga diri sendiri saja, sekarang sudah kena bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak. Dalam perkahwinan, jika ada bibit-bibit 4 perkara ni, silalah cepat-cepat duduk bawa berbincang. Apakah 4 petua rumahtangga bahagia kali ni?
1. 4 perkara di bawah jika berlaku dalam sebuah rumahtangga/perkahwinan, perlulah diberi perhatian secepat mungkin;
- Rutin hidup sudah mula berubah – Kalau dulu, kita selalu keluar makan bersama, tapi tiba-tiba si dia mula keluar makan sorang-sorang. Dulu, pantang nampak coklat terus belikan untuk kita tapi tidak lagi sekarang.
- Komunikasi makin berkurang – Secara tak disangka, masing-masing sibuk dengan hal peribadi masing-masing waima di meja makan sekalipun. Dulu meriah dengan usikan dan gurauan, sekarang senyap sepi tanpa sebarang komunikasi. Hal ini ada diceritakan oleh Blogger INI
- Beremosi - Kini semuanya macam ada ‘password’ antara suami isteri. Setiap perbuatan dan perbualan dipenuhi emosi negatif. Sampai mungkin juga merajuk tidur asing-asing.
- Lupakan tanggungjawab – Ini paling bahaya. Tanggungjawab pada keluarga mula hilang. Seolah-olah si dia kembali membujang sedangkan anak isteri/suami ada depan mata. Sifat pentingkan diri sendiri mula menonjol jelas.
2. Sebelum bersangka buruk, elok kita periksa diri sendiri. Tengok dalam-dalam di mana silap dan kurangnya kita. Mungkin kita yang mula berlaku dingin tanpa kita sedar.
3. Jika 4 perkara ni mula melanda rumahtangga, cepat-cepatlah mencari penawarnya. Jangan biarkan emosi menguasi diri. Anak-anak perlukan kasih sayang seorang ibu dan bapa. Sesi kaunseling rumahtangga dengan mereka yang layak mungkin wajar diberi perhatian.
4. Jika ada masalah dengan pasangan, petua 3 K untuk mengatasi masalah rumahtangga/perkahwinan ini mungkin boleh membantu pasangan suami isteri untuk kembali mengeratkan kasih sayang;
- Komunikasi – Sentiasalah kita berbual. Apa-apa saja topik yang menjadi kesukaan pasangan ada eloknya kita cuba fahami. Barulah perbualan dua hala berlaku. Cakap sorang-sorang mana nak syok?
- Kerjasama – Jangan biarkan pasangan keseorangan. Sentiasalah hulurkan bantuan. Kalau isteri masak, tolonglah potong-potong bawang seulas dua. Kalau dia sedih, jadilah bahu untuk tempat dia bernaung.
- Kompromi – Jangan asyik nak ikut cara kita saja! Hargailah pendapat dan pandangan pasangan. Carilah titik persamaan. Kalau ada percanggahan, cari jalan keluar dengan berbincang elok-elok. Letak tepi soal ego tinggi!
Dapatkan 40 Tips & Panduan Rumahtangga Bahagia
+ 27 Koleksi Doa Kebahagiaan Rumahtangga Hanya RM27 !
Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Jom kita pakat berusaha untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangga dalam misi melahirkan generasi yang benar-benar mampu membanggakan agama, bangsa dan negara!
@hafizmd – Petua Rumahtangga:Beri Perhatian Jika Berlaku 4 Perkara Ini. Apa perkara pun, mengekalkannya memang mencabar!
Bacaan Tambahan...



{ 47 comments… read them below or add one }
petua 3 k memang bagus senang utk diikuti oleh semua orang
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Lion XII
senang dan mudah, tapi tak semua ikut tau…
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Jom Buat Senaman
@fieza, tinggal kita amal
itu bru petua bro bukan kwin 4 eh..
Baca entri terkini Blogger suri´s: Di Bawah LangitMu
eh manalah tau ada rezekikan suri..
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Wordless Wednesday #17 : Sabar menunggu
aceh.. de hati gak tu hairulafiz.. hehe..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Review Buku | Mustafa Kamal Ataturk
@fieza, dia main2 jer tuh..hehee
@hairul, keh3…kate org rezki jgn ditolak? hahahhaa
@suri, bukan2..jgn salah sangka..hehe
@hairul, tau dan kenalah beramal utk dapatkan kesannya
saya nak bahu tu… tapi sekarang ok je.. saya tak sedih.. haha.. saya gembira..
tima kasih atas perkongsian ini. sama-samalah kita semua ambil panduan utk kehidupan laki bini mak ayah ni..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Jom Buat Senaman
Bahu ni sentiasa tersedia utk awak =)
hurm..sy jenis tak reti diam.klu meja mkn anak2 diam sy ckp.klu sy ckp anak2 becok. tpi klu sy lapar slu sy mkn tgri hujung mgu mkn dg anak kt dapo.tpi klu dia bli sy mkn juga tpi skit. klu tak sy minum jer tpi akan temankan dia..ckp..dan terus ckp..
bila biasa ckp smpi satu saat sy akn diam. bila tya asal awk ni diam.sy akan ckp sb ada org tak buatkan air milo ombak rindu utk sy haaa..
Baca entri terkini Blogger suri´s: HL Terbaik Sepanjang Zaman
hhee..baguslah lau camtuh…komunikasi penting dalam rumahtangga
wah..ombak rindu tu! terbaik
sebenarnya dlm perkahwinan ni tak blh terllu sedih,gmbra atau tension sgt2 mesti ada senda dan bergurau..pujuk rayu barulah best he.he…klu msing nak menang , makn pun sorg2, buat hal sndri baik tak pyah kawin kan heee
Baca entri terkini Blogger suri´s: Rajuk Membawa Hati
Setuju. Apa2pun nak kena fikir perasaan pasangan
As Salam..
Entahkan mati dimakan ular,
Mulalh mencari merata pelusuk;
Tanyalah hati perbanyakkan sabar,
Muhasabahlah diri minta petunjuk.
Baca entri terkini Blogger UmmiKami´s: Pantun Airmata Sedikit..
As salam Kak ummi,
Terima kasih kak utk pantun penuh makna ni.
4 signal sudah membayangkan rumah tangga bakal bergelora. Tindakan perlu diambil untuk menjamin keharmonian rumah tangga.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Rumah tradsional melayu di kampung Morten
Kadang2 ada yg buat tak tau jer..bahaya
tepat sekali!
anyway reminder yg sgt bagus utk diri sendiri dan pasangan
Baca entri terkini Blogger sha´s: Jangan Baca Buku Ini !!
Itulah. Nak2 macam2 cabaran yg ada sekarang
terbaiklah petua2 ni. insyaAllah sebagai peringatan, maklumlah…kata Tun Mahadir, melayu mudah lupa…banyak kebenarannya.
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Philips Modern Man – Bagaimana Ariffshah Mengalahkan Top Blogger Lain?
Ameen. Kena byk ingat2 diri sendiri…
Set minda, set minda, set minda.. sebelum mengamalkan petua di atas, kena kahwin dulu.. ok.. hehe..
Baca entri terkini Blogger Aretikz´s: Syiling, Beras Dan Ikan Yang Hampir Busuk
kata prof muhaya, kena jugak reset minda =)
kahwin dulu dan beramal..cayalah!
masih banyak kena belajar bab rumah dan tangga ni..
Baca entri terkini Blogger ohcikgu´s: Petua Guru untuk menjadi Guru Cemerlang dan Terbilang dan Kacak.
Elok sangatlah tu..tak lama dah kan?hehe
memang betul keharmonisan rumah tangga harus dijaga bersama supaya tetap tentram bahagia
Baca entri terkini Blogger grosir jilbab murah´s: Jilbab Marisa Belah Samping
Inilah tugas bersama
petua 3 k 2 rujukan terbaik untuk hadapo masalah nie…
Baca entri terkini Blogger topijerami90´s: Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan TM 2013
3K tu mmg petua terbaik…kena beramallah
petua 3k
memang terbaik tu, bro
apa yang penting ialah mahu untuk ikut petua yang ada
insya-allah
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Liga Super 2013 | Keputusan Perlawanan Ketujuh
InshaaAllah. Ambepun ingatkan diri sendiri yg kadang2 lupa…hehe
tanggungjawab jangan dilupakan..usaha wujudkan mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga baru la boleh dirasakan sakinahnya..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Jangan marah, jangan denda, jangan rotan
Mawaddah wa rahmah=sakinah
Thanks bro
salam..
perghh..nasihat dari orang
berpengalaman nih..terima
kasih
Baca entri terkini Blogger Bro Zulkbo´s: Terkenang Semasa Dulu Zaman Rambut Belah Tepi
Mana de bang zulkbo..
Ambe berkongsi dari pembacaan jer..ambe pun baru nak beramal..hehehee
terbaik perkongsian ini, bagai baca tulisan pakar motivasi keluarga dah
Baca entri terkini Blogger cikgu naman´s: Ambil Gambar Panorama dengan iPhone 5
hehe..ambe baca kat mana entah, renovate sikit dan berkongsi…moga ada kebaikan
eh, pinjam beskal boleh..hohooho
comel sungguh perkongsian ini…renung-renungkan dan memang kena amal…
Baca entri terkini Blogger yusri´s: Wordless Wednesday #25 – Angpow Dari Company
terbaik, yg nak amal tu lah, kena konsisten..
@fieza, inshaaAllah. Moga dipermudah dan diberi kekuatan utk beramal =)
@yusri, renung2kan dan selamat beramal
Semoga kita semua dijauhkan dari tanda2 tu semua. Tapi bagi saya,dl
Perkahwinan ni yg paling penting komunikasi.
Baca entri terkini Blogger Puan Bardboo´s: Kini Kami Berempat
Setuju 100%. Moga rumahtangga kekal bahagia dunia akhirat. Ameen
Seronok baca artikel ni..terima kasih bro atas perkongsian ni..rasanya da satu yang kena dengan diri saya..harap saya dapat perbaiki semula demi menjaga kebahagiaan rumah tangga..terima kasih banyak2 sharing menda macam ni..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Jawatan Kosong Sebagai PHP Developer