Lidah & Lisan, Memang Mencabar!

- 2 February 2013. Updated 2 April 2013Keluarga

Assalamua’laikum.
Nasihat Lisan, Memang Mencabar! Mesti pernah dengar tentang satu maksud hadith Riwayat Muslim ni, “Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” Hari ni….

Di sebuah kedai makan. Ambe, isteri dan dua anak sedang aman bersarapan pagi. Sambil bercerita tentang kartun Eori dengan Kakak, tiba-tiba isteri tersayang bersuara, “Ni makhluk mana pulak yang isap rokok ni.” Isteri ambe memang pantang dengan perokok yang takde sivik, hisap rokok dalam kedai makan.

Mata seksi ambe melilau sekeling, mencari manusia kurang kasih sayang yang merokok. Hidung ambe hari ni kurang mampu berfungsi dengan baik selepas dua tiga hari selsema. Rupanya manusia yang dicari hanyalah meja sebelah kami yang didiami oleh dua orang Pengakap Sekolah.

Menyirap darah perasan muda ambe. Dahlah ambe dulu-dulu Ketua Pengakap. Nak jer jerkah mereka berdua dengan suara serak-serak basah ambe ni. Teringat pada entri ambe yang lepas tentang “5 Tempat Wajib Bebas Asap Rokok.” Ambe makin bengang bila tengok mereka ni masih budak sekolah. Kaya sungguh budak sekolah zaman sekarang. Kalau zaman ambe dulu, member yang merokok ada sebatang dua jer dalam poket. Ni sekotak sorang atas meja.

Taklah budak mana pun. Tingkatan 4/5 rasanya. Ambe perasan, meja belakang ambe pun yang didiami oleh satu keluarga juga macam tak selesa dengan bau asap rokok mereka ni. Merek rileks jer his hembus. Konon cool! Hati ambe rasa nak hempap jer kerusi kat atas kepala mereka, tapi Allah pesan dalam Surah al-Asr supaya berpesan dengan kesabaran. Ambe kasi budak-budak ni habiskan rokok dulu.

Elok ambe tengok rokok dah nak habis, ambe bangun sambil merapati meja budak-budak ni. “Dik, maaf abang nak cakap sikit yer. Lain kali kalau nak hisap rokok, tengok sekeliling dulu tak takut ke tengok abg ada 6 pack ni …ni hisap kat sini tak berapa sesuai….”

“Errr…maaf yer bang,” budak tu sedikit terkejut tergagap menjawab.

“Ingat yer dik. Terima kasih,” ambe terus beredar ke kereta. Dalam hati, inilah kali pertama ambe menegur perokok dengan lisan. Biasanya ambe membebel dalam hati jer. Takpun, kalau berpeluang ambe tiup putung rokok mereka kuat-kuat. Kali ni ambe betul-betul nekad nak tegur.

“Budak-budak ni tak takut ke terjumpa cikgu sekolah mereka? Takpun mak bapak tahu?” Isteri cuba mencari jawapan bagi soalan yang ambe sendiri takde jawapannya. Ambe cuma cakap, “Kalau cikgu pun hisap rokok, bapak pun hisap rokok…macam mana nak takut?”

Nota tambahan:
1. Kalau semua yang tak merokok pakat saling nasihat-menasihati dengan kesabaran, mereka yang merokok dalam kedai contohnya, pasti perokok tak berani nak hisap rokok lagi dalam kedai.
2. Kita semakin “kalah” dalam mengamalkan amar makruf nahi mungkar. Betul tak?
3. Sudah tiba masanya untuk kita berani tegur perkara mungkar yang berlaku depan mata kita. Mulakanlah dengan keluarga kita sendiri. Beranilah untuk menegur anak isteri kalau masih belum sempurna tudungnya. Tegurlah suami yang masih berseluar pendek ke sana ke sini.
4. Moga kita semua diberi kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. Ameen.

@hafizmd – Lidah & Lisan, Memang Mencabar! Memang kita berdebar bila nak buat benda baik. Buat jahat, rileks jer. Astaghfirullah!

{ 69 comments… read them below or add one }

titan February 2, 2013 at 8:33 pm

hoho..berani ek. bagus. baguss..

Reply

fiezaradzi February 4, 2013 at 3:10 pm

saje je dia tunggu aku jauh, baru tegur.. haha..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 10:08 am

@fieza, haha..saje tak nak tunjuk kacak..kang…hehe

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:01 pm

hihi..budak2 bro..kalau tua2..payah jugak ambe

Reply

ichi February 2, 2013 at 9:29 pm

satu langkah yang berani, tp klau org dewasa, lbih kurang sebaya umur, dua kali gak fikir…tegur dalam hati jer yg mampu..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:01 pm

kalau sebaya, ok lagi..tp ni yg dah tua2..

Reply

akubiomed February 2, 2013 at 10:57 pm

Tak kacak hidu asap rokok sisa hembusan perokok.

Reply

suri February 4, 2013 at 12:24 pm

hok..hok..batuk sb terbau asap rokok turun naik bas..tgu bas lagi huu

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:49 pm

@suri, kalau ada jugak yg hisap dalam bas, elok disekeh saje, biar terpelanting keluar bas..huuuh

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:00 pm

Mmg hilang habis kacak…

Reply

Aretikz February 2, 2013 at 11:34 pm

Ada akta menguatkuasakan larangan merokok di beberapa tempat.. cuma tu jer lah.. hanya restoran berhawa dingin jak yang termasuk dalam akta.. namun,. ditempat awam mcm tu.. patut dikuatkuasakan la juga.. huhu..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:00 pm

Harap penguatkuasaan dibuat dgn tegas, kalau tak..takde maknanya

Reply

topijerami90 February 3, 2013 at 8:41 am

hahaha, nak merokok pun tengok la keadaan sekeliling….
jaga perasaan orang2 tua terutamanya….

merokok dah la tak baik, tapi sebab aku nie pun perokok….
kira ok la,wakakaka

Reply

fiezaradzi February 4, 2013 at 3:17 pm

boleh kalau nak merokok juga, tapi macam bro hafiz kate, kena tgk tempat jugak kot.. tak semua org suka hidu asap rokok..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 10:08 am

@fieza, itulah..bukan tak kasi, lagipun tu duit diorang..hisaplah tp tgk org sekeling dulu

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:59 pm

keh3..ambe tak kisah org nak merokok bro.

yg ambe hangin ni bila pakat merokok depan anak2…tu yg hangin tuh

Reply

papa mifz February 3, 2013 at 4:39 pm

ha tergagap budak tuh jadinya…bagus2…

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:57 pm

Tersengih2 bro budak tu

Reply

Sharafie February 3, 2013 at 5:05 pm

cayalah bro..satu perubahan jugak tu dengan menegur..terasa gak aku yang perokok ni..tapi aku nak menghisap, usha dulu keliling..agak² semuanya merokok baru balun..hahaha

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:56 pm

Harapnya ambe konsisten.
Biasalah bro, ambe tak kisah kalau merokok jika setakat ambe saje kat situ..ni ramai anak2 kecik ada..tu yg hangin tu

Reply

Denaihati February 3, 2013 at 5:37 pm

cayalah…konpom serik budak pengakap tu. kalau kedai mamak, ada yg memang letak bekas abu rokok atas meja, susah nak tegur sikit kalau bukan budak sekolah.

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:56 pm

Bab yg ada bekas abu rokok tu yg payah sikit tuh..

Reply

TehR February 3, 2013 at 6:03 pm

tuan kedai perlu juga main peranan
kedai makan yang kami selalu singgah, memang tak benarkan pelanggan merokok walau pun bukan berhawa dingin

Reply

fiezaradzi February 4, 2013 at 3:24 pm

bagusnya tuan punya kedai… patut semua pekedai contohi pekedai ni..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 10:07 am

@fieza, kat KL ni takde kot?

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:55 pm

@cikgu, kalau semua pekedai camni..aman dunia

Reply

UmmiKami February 3, 2013 at 11:22 pm

As salam tumpang lalu… :)

Menurut sumber, asap rokok yang terbit di hujung sebatang rokok itu yang lebih bahaya dari asap hembusan si perokok…apapun kesedaran civic main peranan penting..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:54 pm

As salam Kak Ummi,
Betul tu kak. Memang lebih bahaya

Reply

maza February 4, 2013 at 1:22 am

syabas bro.. cara bro tu rasanya yg terbaik.. syukur masih ada insan perihatin dan itulah cabaran kita utk sampaikan dakwah sesama muslim…

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:52 pm

Alhamdulillah. Tergerak hati nak tegur. Moga ambe konsisten…ameen

Reply

hafiz February 4, 2013 at 2:15 am

cayalah.. berani kerana benar! hehehe ;p

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:51 pm

Moga ambe konsisten

Reply

mie February 4, 2013 at 3:28 am

semua golongan perlu ambil tahu..
baru bleh sama2 nasiha menasihati..
ehehehe

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:51 pm

Kalau semua pakat tegur menegur, inshaaAllah boleh dikwal

Reply

suri February 4, 2013 at 12:25 pm

jika tak der tekad nk stop pyh gak bro huu..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:48 pm

Itulah. Nekad tu penting

Reply

suri February 4, 2013 at 12:27 pm

jika mak ayah tak tegas dn pantau ank2 blh jadi tabiat ni akan menjadi hobi mereka rokok dlm sorok2.. klu ada maslah umh tangga anak2 blh cari kwn utk lepaskan tekanan dg cara sebegini huu..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 11:50 am

Itulah. Kalau sorok2 dgn kawan2, payah sikit jika makayah tak pantau betul2..

Kena tau ngn sape anak2 berkawan

Reply

nurmisnan February 4, 2013 at 1:49 pm

memang wa salut lu brother.. asik pendam jerk
tak sound budak2 mcm tuh esok lusa depa
buat mai lagi.. tonjeng jerk kepalanya.. kah3

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 10:10 am

Itulah kak. Asyik ambe jer yg kembang kempis hidu asap rokok tu..mau pening..

Tonjeng?hahahah…lama tak dgr ayat ni…kah3

Reply

bahrain February 4, 2013 at 2:12 pm

Terbaiklah bro…memang salute….

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 10:10 am

Moga ambe istiqomah..ameen

Reply

Kujie February 4, 2013 at 2:21 pm

bravo….bravo! kena cakap terus terang
kalau buat² muka je, depa bukan perasan pun
tak sensitif dengan keadaan.

kami pernah sound orang buang sampah dari tingkap kereta kat lot parking
selamber je tegur…puas hati

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 10:09 am

hehe..yg penting kita tak pendam dalam hati..

dapat cakap, mmg puas hati..yes!

p.s. terbaiklah kak jie..yg jenis buang sampah kat luar nipun takde sivik..tensen betullah ngn rakyat Malaysia ni

Reply

Katak Comel February 4, 2013 at 3:19 pm

bgtaw polis je dorg isap rokok..
dak bwh umo tu..
huhu

Reply

fiezaradzi February 4, 2013 at 3:28 pm

rasanya lau lapor kat polis, entah terima ke tak.. kes ni konon2nya kecik je.. sbb kes mat rempit kat kampung saya pun, polis buat ringan ye.. huhu

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 10:07 am

@fieza, polis byk lagi kerja yg lebih rumit utk diselesaikan…rasanya kita masyarakat boleh pakat saling nasihat…inshaaAllah, kalau semua kat kedai tu pakat nasihat, tak beraninya budak2 even org dewasa sekalipun nak hisap rokok

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 10:07 am

@KC, haha.kalau aku polis, mmg kenalah budak2 ni..keh3

Reply

fiezaradzi February 4, 2013 at 3:30 pm

harap2 lepas ni budak2 ni insaf la, tak berhenti merokok pun, paling kurang merokok di kawasan sepatutnya… in shaa Allah.. ameen..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 9:55 am

Harapnya…ameeen

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain February 4, 2013 at 3:50 pm

Tindakan yang wajar tu. Kawe setuju sangat ditegur walaupun kawe dulu pun masa skul hisap rokok. Nasib baik tobat masa skul juga dan tak di bawa ke zaman remaja dan hampir tua ni :D
Tapi budak2 mcm kita juga – boleh buat silap. In fact they all lagi banyak silap sebab kureng pengalaman. Terpulang lah kepada orang2 dewasa utk tegur atau lihat sahaja kesilapan itu di buat.

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 9:54 am

Ambe mmg niat tegur utk menasihati budak2 ni…moga2 mereka berfikir keburukan merokok ni..

Kalau bukan kita yg tegur, sape lagikan?

Reply

UmmiKami February 4, 2013 at 11:01 pm

Salam manis dan selamat malam :)

Sekarang ni kan ada rokok letronik, yang dijual dengan macam-macam perisa, lebih kurang macam syisha, wangi dari bau asap rokok nikotin katanya..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 9:14 am

As salam Kak Ummi,
Tapi, dengar katanya e-rokok juga ada bahayanya. Maka, apa jua alternatifnya, berhentilah alternatif paling bijak…ehehe

Reply

Hairul Hissam February 4, 2013 at 11:14 pm

masa zaman saya, kalau ada yg merokok sembunyi2 takut emak bapak tahu… skrg nie dah tak takut dah hisap di khalayak ramai.

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 9:13 am

Itulah budak2 zaman sekarang. Mungkin salah masyarakat juga yg dah ambil berat hal anak jiran2…mungkin sbb takut makbapak sound balik…ermmm

Reply

Qashmere February 5, 2013 at 9:49 am

apa cerita ni rokok, gagap semua kan

Reply

Ladfe Amir February 5, 2013 at 5:05 pm

belum pernah lagi saya menegur mereka yg merokok setakat ini. sebab mereka tidak merokok di tempat yg tidak sepatutnya

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 10:31 am

Baiknya perokok kawasan bro..kat sini, kalau kedai mamak tu..macam tmpat “bunuh diri”…haha

Reply

nazray February 5, 2013 at 5:57 pm

hehe, memang berani tegur, kalau saya tak lah, kang orang tengok malu pulak kecoh2. yang tak boleh bla, siap pakai baju pengakap. alahai, tak ade disiplin.

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 10:28 am

ehhe..ambe tegur hari tu sbb dah tgk budak ni boleh ditegur..

lagipun pakai baju pengakap..hangin ambe

Reply

Hamdan February 5, 2013 at 9:44 pm

Bagus, bagus. Budak2 ni kdg2 kena tegur baru diorg faham, tapi kalau bapak budak payah ler…

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 10:24 am

Itu yg eloknya. Kalau dah tua2 ni, payah sikit..sensitip!

Reply

Hafizul February 6, 2013 at 12:29 pm

Alamak…terketar2 budak tu?hehe..kalau sy, dah menyamar jadi penguatkuasa..baru terkencing diorang..comfirm lepas tu tak smoking lagi tempat terbuka macam tu..hehe

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 10:10 am

Kang kena tangkap, haru bro..hahaha

Reply

hairulafiz February 6, 2013 at 4:10 pm

budak2 sekarang bukannya boleh ditegur ada je jawabnya

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 9:42 am

hehe..budak2..nak kena bentuk..dan kita pulak kena tinggi sabornye

Reply

Mazni Azmi August 17, 2014 at 11:19 pm

Bertambahlah saham ke henseman tuan hafiz di kaca mata isteri.

Hehe..

Bagi takut budak budak ni nak kawan dengan jin

Reply

Nadri Mohd February 12, 2015 at 8:23 am

Isteri aku mmg pantang klu duduk makan sebelah meja org yg hisap rokok nie..mmg merah muka dia menahan marah..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }