Dec 12, 2011

Dah ke belum…

Assalamua’laikum.

Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik seronok layan kartun Gaban, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”

Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik asyik main lastik-lastik, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”

Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik tarik-tarik main kad kereta, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”

Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik berlumba nak turun ke padang bola, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”

Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik ralit mandi sama-sama, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?”

Itulah soalan yang paling banyak Abah tanya iaitu, “Dah SOLAT ke belum?”

Satu ketika dulu yang amat saya ingat ialah ITULAH KALI TERAKHIR KAMI MAIN KAD KERETA & MAIN LASTIK.

Kenapa? Habis semuanya Abah cincang!

® hafizmd – terima kasih Abah!

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

55 komen setakat ini

  • begitulah bila dah jadi abah
    bukan boleh apa yang kita suka tetapi yang perlu kita buat
    selamanya mesti fikir apa yang kena buat bukan nak buat…
    demi anak2…. si anak memang sedar cumanya kengkadang selepas abah dah tiada
    Blogger jeragang´s berkongsi entri terkininya ..bukan mudah aku menutur segalanya

    • Betul tu Jeragang.

      Kita akan fikir apa yg perlu dibuat, ,mana yang penting bukan mana yg kita suka

      Demi anak2, sanggup apa saja. Terima kasih utk Abah kita.

  • dah habis semua kena cincang
    huhu
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Wallet

    • huhu…mula2 sedih jugak, tp sekejap jer, 2-3 hari lepas tu, reka mainan lain pulak…hehe

  • Cerita entry ni ” Dah ke belum ?” (maksudnya dah habis ke belum ? macam tergantung je ceritanya … hehehe)
    Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !

    • Dah habis daaa..

      Sudahnya, habis semua kena cincang =)

  • Abah dan ibu ada 2 orang tok guru yang pertama kita menuntut ilmu sebelum guru di sekolah kita. Lama juga menuntut ilmu pertama dengan tok guru ni start 1 tahun hingga 5 tahun sebelum tok guru tambahan menjelma di sekolah.
    Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !

    • Merekalah guru yg sebenar2nya…

      Guru tambahan tu penting jugak, tampung mana yg kurang

  • Selalunya dalam keluarga abahlah yang paling garang sekali tetapi ada juga ibu yang paling garang … tengok keadaanlah beb !
    Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !

    • biasanya camtulah bro benjy.

      Abah mmg lebih tegas, dan mak lebih lembut

  • Antara skill permainan di zaman kanak2 kampung, skill melastik yang paling sukar sekali bagi si benjy … tak pernah lagi lastik mengena burung kena cermin rumah orang adalah.
    Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !

    • hehe…mmg payah nak kena burung, sbb perasaan kesian tu ada…tu yg tak kena tuh

      mase dulu2, main lastik lembu yg masuk dalam kawasan rumah, tp tetap jugak kena marah, lepas tu terus habis kena kapak =)

  • Namun kita yang mempunyai ibu dan bapa sejak lahir bersyukur berbanding mereka yang tidak merasa kasih sayang ibu dan bapa sejak masih bayi lagi. Syukur kepada Tuhan.
    Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..LIMA 2011 LANGKAWI – BEST !

    • Syukur padaNYA. Sama2 kita berbakti pada mereka =)

  • Itu tanggungjawab seorang ayah…selalu mengingatkan anaj2 mereka akan kewajipan mengerjakan solat…tp kesanya blh dilihat ketika kita dewasa…terima kasih ayah…
    Blogger Nadri´s berkongsi entri terkininya ..Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); RM500-00 Cukup Tak?

  • Skrg nie blh dah jadi ayah, baru tahu bertapa susahnya nak mendidik anak2…
    Blogger Nadri´s berkongsi entri terkininya ..Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); RM500-00 Cukup Tak?

  • Bila arwah sudah tiada tentu teriang-iang di telinga teguran tersebutkan bro?
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Vaseline untuk bibir luka merekah

  • saya suka ending cerita ni. Nampak macam lucu, tapi sebenarnya nasihat untuk ibu-bapa dan juga untuk anak-anak juga.

    Cara orang dulu tak sama dengan cara orang sekarang, tetapi niat mereka tetap sama. Untuk mendidik anak.
    Blogger faizul´s berkongsi entri terkininya ..Entri ke-100

    • Niat utama nak didik anak. InsyaAllah boleh digunapakai dgn sedikit ubahsuai

      Endingnya, kalau buat silap byk kali, mmg ada hukuman yg biasanya sgt berkesan

  • wakakak.. marah nampak!
    mau tak dicincangnya kan kan kan.. berbuih mulut abah.. ahaks..

    now’s our turn utk didik anak2 sendiri pula.. ahaks
    Blogger maza´s berkongsi entri terkininya ..Rabu tanpa kata: Pelanun (Pirates of Malacca)

    • hihi..Abah mmg pantang bab solat ni…

      tu yg kena cincang tu…ingat sampai sekarang =)

      betul tu en maza…giliran kita pulak

  • semoga diteruskan ke anak cucu kita nanti…
    kena selalu ingatkan mereka tu…
    Blogger Petua Emak Hot´s berkongsi entri terkininya ..Petua cara berhenti merokok

    • ameen.

      insyaAllah…sama2 kita ingatkan diri sendiri juga =)

  • haha
    abah memang tegas

    • mmg tegas tapi mase kami kecik2 jer…bila dah besar, dah jadi macam kawan =)

      p/s-rindu kat arwah abah

  • disebabkan abah lah kita jadi insan yg berguna sekarang
    Blogger Juan´s berkongsi entri terkininya ..Kelahiranku

    • Betul Juan. Sbb didikan Abah dan lenturan Mak jadikan siapa kita sekarang

  • aku sampai dah besar panjang ni..itu juga soalan yang selalu diorang tanya. hehe..
    Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Hutang PTPTN dah nak habis.

    • huhu…biasalah, mereka sayangkan kita sampai bila =)

      tu yg tanya sokmo tuh

  • saya rasa semua ibu bapa apabila bergelar ibu dan bapa..akan ada naluri tu, nak anak dia tak lalai kepada Allah. Bila kita jadi ibu bapa pulak baru kita rasa
    Blogger nuriz´s berkongsi entri terkininya ..Lagu lagu OST dalam Tasbih Putih

    • Betul tu Nuriz. Semua ibubapa nak anak2 jadi yg terbaik. Tu yg tanya sini, mintak kita itu ini…bukan mereka tak suka apa yg kita buat, tp ingatkan kita apa yg benar2 perlu kita buat

  • bab raket badminton, cerita kita hampir sama cuma raket saya bengkok aje kena hempas di dinding. :)
    Blogger faizul´s berkongsi entri terkininya ..Entri ke-100

    • hehe…adui…ni msti kes tak dgr cakap ni…hehe

      ajaran yg kadang2 perlu tegas dan konsisten, betul tak bro faizul?

  • Yang paling best,… ayat yang orang tua dulu pakai memang POWER,… simple dan mudah ingat…
    Blogger shraqs´s berkongsi entri terkininya ..Topik Blog Yang Kekal Evergreen

    • tul tu..ckp org dulu memang berkesan di ati..
      tapi kalo skrg ni, memang lambat lekat di ati kan..

      mesti akan kuar ” kejap ”
      Blogger chii´s berkongsi entri terkininya ..Kasih Si Kecil

      • huhu…agaknya ada yg tak kena tu

        tp betul kate chii

    • Mmg melekat sampailah sekarang

  • “moral of the story” story ni ramai yg sama n dah lalui tapi dengan cerita2 yg berbagai. mesti xboleh lupa punye.
    Blogger Denaihati´s berkongsi entri terkininya ..Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

    • @DH, betul. Itulah jugak yg kita alami sekarang. Kita pulak yg didik anak. Mesti ada teringat punyalah

  • hehe main kad kereta, kada kapal terbang.. memang nostalgia, :D
    Blogger padin´s berkongsi entri terkininya ..Apa Yang Di Cari?

    • ia mengingatkan sy pd permainan SNAP..DONKEY heeee
      Blogger suri´s berkongsi entri terkininya ..Cara Mengatasi Gejala Sihir

      • @suri, hehe…main donkey…hahaha…nostalgia tuuu

    • @padin, mmg suka bebenor main kad tuh…

  • Hehe, abih kena cincang haa. :D Kasihan.
    Blogger amirulfaiz´s berkongsi entri terkininya ..Mandikan anak 8 bulan

    • untungnya kita sb dpt ibu bapa bgtu ambil berat akan hal ank2…makna depa syg kita
      Blogger suri´s berkongsi entri terkininya ..Cara Mengatasi Gejala Sihir

      • @suri, mmg untung dan besar jasa mereka…tak terbalas

    • @Amirul, mmg sedih tp ada hikmahnye. Kami reka mainan lain pulak…hehee

  • kalau tanya budak sekolah..entahla. ramai yang kelengtong..
    Blogger ohcikgu´s berkongsi entri terkininya ..Pemuda PAS kata Kontrak Baru Beban 8,000 Guru GSTT

    • ramai yg main cakap jer…biasa sgtlah tuh

  • layan gaban? kesatria baja hitam pun mesti ada skali kan..

    cam ayah chii dulu.xde plak dia tanya da ke belum..tp dia ajak kami adik beradik solat jemaah reramai..seronok tul…
    time kanak2 je..tp bila da besar. masing2 x amalkan lagi da..emmm
    Blogger chii´s berkongsi entri terkininya ..Kasih Si Kecil

    • itu sudah pasti =)

      biasalah….kalau abah ade, mmg kena jemaah sama2…tp bila abah p kerja, kami adik beradik buat lambat2..tu yg kena tanya selalu tu…huhuhu

      moga sama2 kita perbaiki diri…ameen

  • salam..
    klo lmbat batang paip kena belasah kmi adik brdik eeeeee
    Blogger suri´s berkongsi entri terkininya ..Cara Mengatasi Gejala Sihir

    • @huhu…mau ingat sampai bila2…eeee

  • batang paip hee getah paip ar hee..kena ambil berat klu tdk depa akan jwb kemudian hri huhu
    Blogger suri´s berkongsi entri terkininya ..Cara Mengatasi Gejala Sihir

    • hehe…batang kayu jer suri…

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri