Menang Buku Percuma Sekarang!
Assalamua’laikum.
Kali terakhir ambe berikan buku percuma kepada pengunjung blog ialah pada 21 Oktober tahun lepas. Anda boleh baca entri tu di sini: Jurukomen Bertuah yang ke 10,000. Untuk kesekian kalinya, kali ni ambe sekali lagi kembali untuk memberi buku percuma kepada pengunjung yang bertuah. Bagaimana nak menang? Apa syaratnya? Nak kena buat entri ke?
Sebelum tu, baik ambe jelaskan kenapa ambe dengan sukacitanya nak memberi buku percuma kepada pengunjung blog ni.
- Ambe ada dapat sikit duit hasil affiliate. Jadi, ambe kongsikan sikit hasilnya dengan memberi buku percuma kepada anda.
- Buku yang bakal diberi percuma ada kaitan dengan situasi semasa di Palestin sana. Demi memahami aspirasi dan semangat persaudaraan sesama Islam, ambe suka untuk berkongsi buku tersebut.
- Sekarang, ambe dalam mood cabaran Kontest iPhone 5 Gadget Impian. Inilah saatnya ambe cuba nak perkenalkan blog ambe yang tak seberapa ni kepada dunia blogging yang luas. Ala-ala nak menjenamakan blog gitu.
Cara Menang Buku Percuma!
- Pergi ke entri ini, iPhone 5 Gadget Impian
- Ada beberapa butang di sebelah kiri entri iaitu butang perkongsian sosial: Like Fb, Tweet dan Google Plus (g +1).
- Tugasan anda: Klik salah satu butang (nak klik semuapun lagi bagus…hehe). Digalakkan untuk menekan butang g +1 sebagai tanda sokongan kepada penyertaan ambe dalam kontest iPhone 5 gadjet impian ni.
- Maksudnya, ambe tidak memaksa anda untuk klik g +1. Kalau takde akaun g +1, boleh daftar baru guna email anda. Kalau tak nak klik g +1, boleh klik butang Tweet dan kongsikan dengan rakan Twitter anda atau boleh Like dan kongsikan dengan rakan facebook anda. Mudahkan?
- Tarikh tutup? Jam 11.59 malam, 24/12/12.
- Itu sahaja yang anda perlu buat. Hanya tekan butang perkongsian sosial untuk entri iPhone 5 gadjet impian.
Cara Pilih Pemenang Buku Percuma!
- Bila anda dah klik butang sosial tu, jangan lupa untuk tulis komen di entri ini @ di entri iPhone 5 Gadjet Impian.
- Anda tulis camni. Contohnya, “Saya dah g +1/like/tweet untuk entri ini”. Itu sahaja. Mana-mana blogger yang dah tulis camni, tak perlu lagi ulang proses ni. Ambe akan tulis automatik nama anda semua.
- Automatik ambe akan masukkan nama anda beserta dengan nombor cabutan bertuah anda dalam entri, Senarai Peserta Cabutan Bertuah Buku Percuma (akan dikeluarkan selepas ini).
- Dua kali cabutan bertuah akan dibuat bila-bila masa sahaja dari sekarang hinggalah tarikh tutup 24/12/2012.
- Cabutan bertuah bakal dijalankan oleh tangan ambe sendiri. Jadi, moga-moga nama anda yang naik nanti yer =)
- Seorang hanya layak untuk menang sebuah buku sahaja (kalau dah menang dalam cabutan pertama, kiranya untuk cabutan kedua tidak lagi untuk memberi peluang kepada yang lain).
- Perlu ada blog ke? Tak perlu. Janji ada email (untuk g +1), ada akaun FB (untuk like) atau akaun Twitter. Kalau takde semua? Maaf, tak dapatlah ambe menolongnya kali ini.
- Sesiapa saja boleh masuk. Tak kisahlah anda masuk kontest iPhone 5 gadget impian ini atau tak.
Perhatian: Hanya klik butang sosial di entri iPhone 5 Gadget Impian sahaja yang akan membolehkan anda layak untuk masuk cabutan bertuah.
Kalau ada yang cuba untuk tidak berlaku jujur (contohnya tidak tekan butang tapi tulis dah buat, anda tanggunglah sendiri akibatnya. Itu urusan anda dengan diri anda sendiri yang tak jujur). Noktah.
Buku Yang Bakal Dimenangi?
2 buah buku yang ambe nak kongsikan ialah Buku Gadis Kecil Di Pinggir Gaza dan Perang Arab-Israel 1973.
Tak kisah berapa ramai yang masuk, ambe tetap akan berikan buku ini kepada mereka yang bertuah. Kalau ramai sangat yang masuk, dengan izin Allah, ambe akan tambah lagi buku percuma.
Terima kasih untuk sokongan anda terhadap blog ini. Segala masa dan usaha anda di sini amatlah dihargai. Moga ada kebaikan yang kita dapat hasil usaha dan perkongsian ini.
@hafizmd – Kalau sudi, tinggalkan nama g+1 anda untuk ditambah dalam circle g+1 ambe. Kalau ada nak tanya, silalah tinggalkan komen di bawah yer. Terima kasih.
Ada insentif untuk pengunjung. 🙂
insentif utk pengunjung setia blog jugak
terbaik aa bro.. 🙂
@Jo, terima kasih bro…
eh, bro klik g+1 tak?
yay..rasanya sy yg terawal g +1 untuk entri iPhone 5 tu..hehehe
Terima kasih bro pipoq!
buku tu nmpk menarik lah
Mmg meanrik bro juan!
oooo ok senang jer ni hik
Mmg sengaja dipermudahkan demi 2 buah buku ni..hehe
wahh..siap offer buku percuma lagi tuu..
Serampang dua mata =)
bagus tujuan bro, satu inisiatif yang bermanfaat..
terima kasih bro donny
menarik juga cara bro nie… saya dah bagi +…..
kalau bro ada ebook tentu lagi mudah.. boleh email kat semua org…
ebook ek…cantik jugak idea ni…bolehlah belek2 mana2 ebook yg sesuai utk diberi..thanks bro hairul =)
Wah! hebat kempen.. kalah Obama he he 😀 Apa2 pon don’t woory kawe tetap klik punya ehhh…
hehe…kempen serampang dua mata…
terima kasih bro =)
Gadis kecil di pinggi Gaza itu maza pernah belek2 minggu sudah ketika di pameran buku di KL Library.. memang best, reganya RM18.00
harus dimiliki tu..
Ambe belum baca lagi, tp setakat baca sinopsis mmg menarik. Kalau beli kat sini, dpt 20% diskaun
idea yang menarik. pembaca pun tertarik
Harapnya camtulah…hehe
hidup untuk memberi
semua pihak suka hati
hehe
Mudah-mudahan camtulah..
Lagipun nak juga mendidik bdaya membaca dalam diri
Butang kek sblh kiri tu ke bro??? Yg tu je yg den nampak nih…..bagi la satu….
Butang yg tulah…butang kat entri yg tuh…hehe
So, dah klik belum ni..keh3
hoho..boleh dapat buku la plak ye..
Hidup utk memberi…hehe
ni ko vote aku tak?hahahaha
Saya dah g +1/like/tweet untuk entri ini !!!!!
Mu pon ada jugok! Aduh! Sengit bebetul ni!
Terima kasih MA. Mmg sengit, ambe berkongsi sekadar mana yg terdaya. Tak tau strategi lain sebenarnya…hohoho
tolong sesama blogger 🙂
menarik juga ni.. 🙂
Boleh cuba. Hanya klik mana2 butang saje..hehe
bagus ni..win-win situation..hehehe
Itulah yg cuba dibuat..hehe
Wahhhh… nak buku FREEEEE
nanti join ekk.. i support u 234
Kak Nora dah klik kan?
Terima kasih yer
sebab gua nak menang itu buku..gua sudah komen. sila bagi gua menang. tak payah daaa cabut undi ke cabut uban lagi. boleh? haha..
hahaha..kena kasi cabutan jugak..kalau lu nak..belanja gua cendol patbelas mangkuk dulu…hahaha
alamak dah terlepas..sob3…br bw…
apa pun goodluck pd yg join jgk tuan blog!
Terima kasih cik tom!
aik?apa yang terlepas cik tom?
@Hafizul, entah…cik tom konpius tuh…takde pe yg terlepas…hehe
eh..cik tom dah layak utk masuk sbb klik g+1…terima kasih
hehe..nanti nak check la klik ke dop lagi artikel iphone 5 tu…mana tahu dapat hadiah buku tu..haha
Dah bro. terima kasih dan mungkin ada tuah utk bro nanti..
assalamualaikum
Saya dah tweet untuk entri ini..
Wa’alaikumussalam.
Terima kasih Zafirah. Nama anda akan dimasukkan ke dalam senarai dan jangan lupa untuk cabutan bertuah pada 1 Disember nanti =)
alamak…dah terlepas 🙁