Oh! Ayam Panggang…
Assalamua’laikum.
Hari Isnin. Ada yang bersemangat ke tempat kerja dan ada jugak yang bermalasan. Nak bangun mandi malas, nak pilih baju lambat, cari kunci moto tak jumpa, nak padankan tudung tak berapa nak kena, nak cari stoking sama dengan baju tak jumpa. Pendek kata, semua serba tak jumpa dan tak kena. Penangan hari Isnin. Sekarang dah sampai waktu makan, takkan masih lagi tak bersemangat? Ambe (saya) kalau kurang bersemangat atau tiba-tiba hilang semangat, ambe cari cerita-cerita kelakar. Kasi mood kembali ceria. InsyaAllah, semangat naik balik. Untuk hari ni ambe kongsikan cerita kelakar oh! ayam panggang…
Tempat: Restoran Special Semua Kena Panggang, Banting, Selangor.
Bobby seperti biasa singgah di restoran kegemarannya. Kalau tak singgah dua hari sekali, mesti tuan kedai akan telefon. Sampai begitu sekali sayangnya tuan kedai kepada Bobby, pelanggan setianya. Hari tu, Bobby macam biasalah, pesan ayam panggang seekor. Iya, Bobby memang handal dalam acara makan ayam panggang. Lepas 5 minit, seekor ayam panggang terhidang depan mata Bobby. Bobby menatap dari hujung leher sampailah ke hujung kaki ayam. Demi mengelakkan air liurnya meleleh lebih laju, Bobby menyentap peha ayam lalu makan dengan penuh berselera. Sedang Bobby enak meratah paha ayam, tiba-tiba muncul seorang pekerja restoran yang mukanya sedikit ketakutan.
Pekerja restoran: Maaf Bobby, sebenarnya ayam panggang yang kau makan tu bukan kau punya!
Bobby: Eh, kalau bukan aku punya, pasai apa letak atas meja aku? Aku dah bayar, dan aku tengah makan ni…
Pekerja restoran: Bobby, kau nampak tak mamat badan sasa kat meja hujung tu. Ni ayam dia. Aku dah salah hantar tadi. Ayam ni, last stok yang kami ada. Tengok-tengok, dia dah datang sini…
Bobby: Takpe-takpe. Rileks…kasi aku handle… kau diam-diam sudah…
Mamat badan sasa: Budak, itu ayam aku yang punya. Kau jangan berani nak makan lagi…
Bobby: Ok. Masalahnya, saya dah makan peha ayam ni. Lagipun dah bayar. So, kiranya ayam ni saya punyalah. Maaf yer…
Mamat badan sasa: Baik kau berhenti sekarang. Apa saja yang kau buat kat ayam tu, aku balas balik kat kau sekarang. Kalau kau potong lagi sebelah peha ayam tu, aku potong kaki kau. Kalau kau belah perut ayam tu, aku belah perut kau. Ada berani?
Bobby: Ok. Bagi saya peluang terakhir untuk menikmati ayam panggang ni.
Bobby tanpa menunggu jawapan mamat tu, terus membawa mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut.
Mamat badan sasa: ??????
Pekerja restoran: Bobby ni memang carik nahas… (berkata dalam hati….)
@ hafizmd – Semoga ceria! Cerita ini takde kaitan dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal. Harap maklum…
bagi la sama rata. Kan lebih syok makan berdua dari makan sorang-sorang.
Itu yg lebih baik…ni nak cari gaduh jer, sekali bobby buat helah ni..hohohoho
Haha.. Cerita yang menceriakan hari Isnin 😀
cerita lain dri yg len..huhu
@Jo, harap boleh ceriakan sikit hari Isnin ni =)
mmg boleh bro.. 🙂
@JO, hehee..serba bolehkah? =)
@anif, harap2nya camtulah..hehe
Toing!
Fikir dulu sebelum cabar orang.
Ye..betul…
Kadang2 kita ingat kita kuat tanpa fikirkan org lain
hoho..aku tak faham wehh..
biar betul titan x paham..ke wat2 x paham ni
@chii, titan mmg sengaja buat tak faham…hahahha
betul, percayalah..gua tak fahammmm..
@titan, lua nak gua belanja cendol dulu kaaa??hehehe
puasa tu, belum kena cendol, tu tak faham kot…
@fieza, kurang booster cap cendol..hehe
Ko memang sengaja buat tak faham…hohoohh
jangan marahh aa..
@titan…hehhe…org kacak mana boleh marah…hahaha
terbayangkan bobby yang kehilangan sebelah kaki sambil bontotnya dijilat oleh mamat berbadan sasa..ahahaha..
lepas tu tokei kedai taknak lagi call bobby..
hahaha….jauh tu bayangannye bro…hahahaha
bobby dah tinggal kenangan lepas tu…hehehe
Gila kalau badan sasa tersebut sanggup menjilat punggung Bobby. 🙂
hahaha…mmg nak kena belasahlah.. =)
hahaha..sakit perut dibuatnya..adeh..mmg lawak..sanggup ke mamat badan sasa lg jiwa kental tu :p
kedai tu xde jual cendol eh..da dkt ngan area titan tu :p
OH noooo Bobby!!!! hakhakhkahka…ngeri pulak kalo imagine apa yg berlaku seterusnya…
hahahahah…bobby nekad…tak kisah apa jadik lepas tu…
jgn imagine yer…hohohoho
Buruk betui perangai bobby ni.hahahah
hahaha…geram agaknya…
Hehe…memang makan sungguh la bobby tu…bagaimana la rupa paras bobby tu..hehe
hahaha…rupa terpaksa dirahsiakan demi keselamatan rakyat banting….hehehhe =)
berani ke mamat sasa tu buat macam tu? haha.. agaknya bobby makan sorang ayam tu kot kan…
@fieza, sahih mamat tu larik…haha
alamak.. ayam panggang… lamanya tak dapat..
choiiii.. tak senonoh ler bobby..
eh tugu bulan pose blh bli kt bazar nnti eeeee
@Suri, boleh saje, tp jgn lupa, jgn membazir =)
@nur, bulan puasa ni mesti penuh
bobby dah nekad tak nak kongsi =)
He he he terbaikk.. ceria hari selasa kawe.. sori lambat sampai.. traffic jam 😀
hehe…nanti ambe carik citer lain pulak…hehhe
terima kasih singgah sini walaupun jam =)
aku tak nak bontot ayam hehehe
hahaha…tp ada yg buat satay tu bro
suka reka dialog ek..hehe…
hehehe…biasalah…suka benda2 spontan =)
haha
terpaksa la mamat ti jilat bontot bobby
terlajak peahu oleh diundur
dah terlajak kata…
Pengsanlah mamat tu nanti…hahaha
untung bobby…ada orang nak jilat bontot dia nanti. haha…jngn jilat guna kaki sudah….
jangan masuk kes liwat yer heeee
@Suri,wooooo…tak tau pe jadi kat Bobby…hehehe
Rasanya lebih ke arah kaki kot?hahahha
Aku senyum je…
ayam panggang madu mmg sedap hrrr
@Suri, mmg sedap! bulan puasa mmg byk yg ‘digolek tepi jalan’
senyumpun dah kira ok… =)
Bila bro nak belanja ayam panggang kat penang plak ni. Ehehe
turn melaka dulu ar baru achi heee
@Suri, hehee..kalau dapat jumpa ramai2 sekaligus, lagi bagus… =)
@PH,haaa..tu nak kena carik tempat dulu…..hehehe
Sedap ayam panggang tu. Cerdik sungguh Bobby. Ada berani Mamat Badan Sasa?
dah makan hbis heee dia tka blh ckp apa..
@Suri, hehehe…bobby mmg dah nekad…hohooh
@Kak Long, tak pasti lagi…agaknya mamat tu tgk fikir dulu…hahhaha
tak mo kongsi ta syok heee ar…potong stim tol
Bobby mmg nekad tak nak kongsi…hooo
Alamak, dah abes ke? ape jadi kat bobby? badansasa? peniaga? wakakakaa
Semua boleh buat ending sendiri…hehehe
Bobby? Aku rasa dia selamat hari tu..hahahaha
hehehe, mesti x berani
So bobby kena belasah ke atau badan sasa tu nangis tak dapat makan ayam..
Rasanya, badan sasa tu menangis tersedu sedan….hohoho
ohh ayam panggang.. antara juadah memang kerap beli nanti time berbuka hehe
Juadah wajib ke bro?
ayam madu sedap..tpi klu balik kg pekena ayam percik ayah peh,,mmg tak akan lupa mkn smpi esoknya..
Belum lagi beli ayam percik mahupun golek
org puasa blh cari ayam percik yg sedap2 yg penting jgn mmbazir
Betul, yg penting yg membzir
saya tersenyum sendiri membaca entri ini.
hehe…senyum takpe, jgn byang sudah…hehhe