Mungkin sudah tiba masanya…
Assalamua’laikum.
Buat kesekian kalinya, blog aku dan juga blog-blog lain yang bernaung di bawah satu hosting ni, kena hack! Bila? Malam tadi, dan terima kasih pada Saudara Zik dan Saudara Amirul Faiz yang bertanya khabar . Jujurnya, malam tadi perasaan cuak sudah tak terasa sangat bila blog kesayangan kena hack. Apa dah tak sayang hasil air tangan sendiri ke?
Peraduan Tulis & Menang anjuran si Mawar Merah
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Dapat juga sertai Peraduan Tulis, Teka dan Menang anjuran rakan blogger Kak Long si Mawar Merah.
Hadiahnya bukan mainan 3 hari 2 malam hadiah pemenang Wang tunai, tiket wayang, topup tak ketinggalan Semuanya tersedia menanti si pemenang Continue reading »Blog hafizmohd.com hampir berkubur!
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Selepas melalui satu tempoh yang agak perit (sebab dah beberapa kali kena), akhirnya blog ni kembali pulih selepas 1 tragedi yang aku sendiri tak pasti apa penyebabnya. Hingga saat ni, aku masih lagi tunggu keterangan dari pihak hosting.
Nasib baik juga hanya 1 entri saja yang hilang tapi themes twenty ten yang digodek-godek sebelum ni habis lenyap. Agaknya kalau aku buat child themes, mungkin tak hilang tapi di dashboard wordpress, semua themes takde kecuali twenty ten & eleven. Semua plugin juga habis dinyahaktif.
Viruskah? CPU usage over load kah? Server crash ke? Salah plugin@skrip? Apa kata rakan-rakan blogger? Tahu tak kenapa benda-benda camni berlaku? Boleh kongsi pengalaman tak?
Terima kasih pada hosting yang tolong restore minggu lepas punya backup.
® hafizmd – sayang kat blog ni weeehhhh…
Ceriakan hari anda dengan video ini…
Assalamua’laikum.
Hari Isnin biasanya kita kaitkan dengan Monday blues. Senang cerita, serba-serba rasa tak kena. Duduk tak kena, berdiri tak kena, bersila tak kena, bersimpuh tak kena. Serba tak kena. Kenapa? Apa yang tak kena?
Oleh kerana ke’syok’kan berhujung minggu bersama keluarga, bila tiba saja hari bekerja, terus kena Monday blues. Jadi, sebenarnya diri kita yang tak kena. Kita sepatutnya bermotivasi tinggi untuk mulakan hari yang lebih baik. Salah satu kaedah aku ialah menceriakan diri dengan cara ini.
Ukhwah blogger & Tahniah kepada jurukomen ke 10,000!
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Sedar tak sedar, akhirnya cecah juga komen di blog ni ke angka 10,000. Taklah banyak, tapi cukup untuk buat aku senyum di pagi Jumaat ni. Mana taknya, macam-macam nikmat yang Allah kurnia. Bukan setakat dalam bentuk wang ringgit saja tapi macam-macam ada!
Cumanya, yang tinggal cara kita berfikir dan cara kita bersyukur atas segala nikmat kurniaanNYA. Ingat! Rezeki Allah itu amatlah luas dan datang dalam pelbagai bentuk dan cara.
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...






