TAK GUNA punya orang ini!
“Sunyi? Anda dipilih untuk menikmati koleksi video peribadiku yang panas & hangat.
Sila balas YA jika anda jika anda tahan menikmatinya….”
Sebenarnya dah banyak kali juga saya terima SMS berupa kurang ajar begini. Kenapa saya rasa si tukang hantar ni kurang ajar, kurang adab, kurang asam, kurang kasih sayang? Sebabnya begini:
- Mana diorang dapat no handphone saya?
- Siapa yang jual no handphone saya?
- Seingat saya, hanya beberapa pihak saja yang tahu no phone saya iaitu bank, kawan-kawan dan juga program affiliate yang disertai. Siapa yang gatal-gatal nak kene penampar edarkan no phone?
- Kenapa masih ada orang kita yang buat kerja tak senonoh ni? Tak malu ke?
- Orang yang buat kerje ni memang bodoh kurang cerdik sebenarnya sebab no phone diorang boleh dikesan jika saya buat laporan, tapi kepada siapa harus saya laporkan?
Mungkin anda juga;
- Pernah dapat SMS begini? atau lebih dahsyat?
- Tahu bagaimana diorang dapatkan no handphone kita?
- Ada tip dan cara untuk mengelak dari perkara sebegini?
- Ada pandangan dan pendapat yang ingin dikongsi bersama.
® hafizmd – jangan kita lupa yang setiap perbuatan kita dicatit dan akan dihitung. Moge kita dilindungi dari bisikan setan yang direjam dan manusia yang zalim dan ..ameen
Bila nikmat sihat diambil seketika
“Abang, jomla pegi klinik, petang esok kita pegi ek..”.Desakan manja si isteri kepada saya bila melihat tangan mulus ni asyik ‘mengurut-urut’ sekitar mata. Saya dengan senang hati membalas ala malu-malu ayam “isk..sikit jer ni, esok pagi okeyla ni”..Mencebik bibirlah isteri saya..sayang betul isteri pada saya, bertuahnya badan.
Dua tiga hari ni, mata kanan saya entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba sahaja sedikit bengkak di bahagian bawah kelopak mata ku yang seksi . Semacam ketumbitpun ada. Teringat saya pada kiasan orang tua-tua bila ketumbit menyerang mata “haa..skodeng sape ni?”. Alamak, saya berfikir juga, anak dara siapa yang telah saya ”terskodeng”?
5 sebab hubungan cinta terjejas
Seringkali kita dengar perihal putus cinta, putus kasih, patah hati dan sebagainya yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Hati dan perasaan memang sukar diduga persis gelora ombak dilautan. Apa yang saya cuba kongsikan diharap sedikit sebanyak membantu kawan-kawan di luar sana mahupun diri saya sendiri untuk mengenal kekurangan dan kelebihan diri dan pasangan. Yang lebih utama akhirnya ialah kesediaan kita menerima pasangan kita seadanya.
Samada kita sudah pun berumah tangga, sedang merancang berumah tangga, sudahpun bertunang, esok nak kahwin atau sedang didesak mencari pasangan, diharap perkongsian tentang 5 sebab mengapa kita sering gagal dalam perhubungan dapat menyedarkan kita tentang apa yang sedang atau bakal kita hadapi. Mana tahu, mungkin kita sedang alaminya tapi tidak sedar. Yang nyata, perkara-perkara kecil juga mampu menggugat hubungan cinta kita. Senang cerita, kalau kita selalu putus cinta atau selalu gaduh dengan pasangan, mari kita sama-sama muhasabah diri, “mana tau kene batang hidung sendiri”.
Mana lagi best, waktu belajar atau waktu bekerja
Semalam, waktu merayau-rayau dengan awek ke blog kawan-kawan atau istilah blogger sekarang ‘blogwalking’, saya begitu tertarik dengan satu kenyataan peribadi sahabat saya di blog ini. Begini katanya;
“Sesungguhnya , situasi bekerja dengan studi, sangat-sangatla tak sama”

seronoknya ke sekolah..lalalala
Sedar atau tidak, semua dari kita berpeluang merasai alam persekolahan. Sudah tentu segala macam pengalaman indah, suka dan duka terpahat kukuh di dalam kotak memori kita (nak kene refresh sekali sekala..kalau tak boleh hilang..adeh..). Namun mungkin ada juga antara kita yang langsung tiada memori alam persekolahan. Samada kurang bernasib baik kerana tidak berpeluang atau banyak kenangan pahit yang mahu dilupakan.
Mungkin ada yang lebih bahagia dan gembira pada masa dia bekerja berbanding zaman sekolahnya dulu. Bagi saya
15 Fakta Menarik Tentang Nyamuk

Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk terjun tiruk, nyamuk tonggeng, semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini. Ada lagi ke antara kita yang tidur berkelambu?
Biasanya, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu apa akar masalahnya. Saya terfikir, perkongsian 15 fakta menarik tentang nyamuk mungkin mampu memberi kita idea bagaimana menyelesaikan masalah nyamuk. Mari kita sama-sama telusuri misteri disebalik seekor nyamuk.




