Si dia…
Hari ini, hanyalah entri berupa sekeping gambar yang cukup bermakna untuk aku.
Tiada entri panjang-panjang untuk hari ini.
Hanyalah sekeping gambar.
Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop
Akhirnya berjaya juga aku menyertai satu pertandingan anjuran Saudara Anwar Osman. Pertandingan “Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop” ini dah semakin hampir ketemu pemenangnya.
Jadi, setelah hampir berhempas pulas aku berfikir, apakah gambar muka depan dekstop yang hendak dipaparkan…akhirnya aku gunakan saja satu gambar yang aku ambil masa percutian kami berdua ke Cameron Highland dua tahun lepas.
Bagi aku, gambar ini cukup punya kekuatan sendiri sekaligus memenangi hati Bro Anwar untuk menobatkan aku sebagai juara kali ini….keh keh keh….perasan tak ingat dah ni…hehehehe
Malik Mirza tersenyum sambil…
Mesyuarat tergempar yang baru berlalu 30 minit terasa seperti sudah berjam-jam lamanya. Malik Mirza sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke rumah.
“Dahlah aku baru kahwin 2 minggu lepas, boss ni saja…kacau daun betullah…,” Malik Mirza melepaskan rasa tidak puas hati separa berbisik kepada rakan baiknya yang hanya mampu tersenyum nakal. Malik Mirza tahu, memang majikannya sengaja memanggilnya bermesyuarat hari minggu sebegini hanya untuk menyakat pekerja kesayangannya ini.
Akhirnya mesyuarat 2 jam berakhir juga. Malik Mirza seperti singa hilang anak terus melangkah laju menuju ke keretanya. Langkahnya juga sudah tidak seteratur biasa. Hilang sudah segala langkahan bergaya seorang eksekutif berjaya.
“Argggh..tak kisahlah…aku dah tak tahan dah ni…,” Malik Mirza memecut laju keretanya menuju ke istana yang baru saja dibina.
“Darling….tunggu, Bb balik dah ni…”
Kari kepala ikan Malik Mirza…
Alkisah tersebutlah kisah seorang lelaki, Malik Mirza (bukan nama sebenar) yang baru saja beristerikan seorang gadis rupawan lagi jelitawan, berkulit putih melepak bak cendawan butang yang baru dibasahi hujan. Jodohnya dengan si gadis ini sungguh tidak disangka berakhir dengan sekali lafaz akad sahaja.
Seperti pasangan yang lain juga, hari minggu pertama mereka begitu santai dan sudah tentu dipenuhi dengan sesi suaikenal. Almaklumlah, segalanya masih baru dan malu-malu itik. Sesudah menikmati makan pagi yang menunya sedikit diluar kebiasaan, maka si Malik Mirza dengan tersenyum simpulnya berbisik sesuatu kepada isterinya yang sungguh menawan…
3 cara Malaysia boleh menang lawan Vietnam…
Assalamua’laikum dan Selawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.
Lambat pula kali ini proses kemaskini blog dengan entri terkini. Bukan sengaja menyepi diri, tapi agak sibuk menguruskan aktiviti luar yang memerlukan keutamaan. Berbanyak terima kasih kepada teman blogger dan semua yang sudi singgah di blog ini. Tanpa kamu semua, memang kosong dan sunyi sekali.
Dalam ramai yang mengutuk dan tak habis-habis merendahkan pasukan kebangsaan, rupanya masih ramai lagi yang menaruh kepercayaan kepada skuad muda Malaysia.
Logiknya, memang siapa tak marah, perlawanan pertama Piala AFF Suzuki kalah 5-1 dengan Indonesia. Mana tak angin satu badan, tapi kita harus faham yang itulah namanya bola sepak! Sedangkan Real Madrid pun boleh kena ‘lauk’ dengan Barcelona 5-0.
Jadi, apalah sangat nak kita hairankan? Inikan bola sepak. Apa-apapun boleh jadi. Sebab itulah, saya fikir dengan 3 cara ni, pasukan Malaysia boleh menang bila lawan Vietnam malam esok. Apa caranya?
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- yas: Bukan rezeki harimau muda mlm tu nak kutip satu mata….huhuhu
- maszuki mat zin: erm, aksi malaysia x la longlai sgt.. hanya beberapa pemain...
- maza: maza merasakan perjuangan seterusnya menentang Syria harus dipergunakan...
- maza: aku tengok sampai akhri Malaysia vs Bahrain…. sekali lagi, bukan...
- titan: tekaan aku tak tepat. aku harap harimau malaya dan MU menang....






