Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2
Nota kepala: Untuk membaca Bahagian 1, sila klik di sini yer..
Sedikit pandangan saya bagaimana jika kita melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut, memberikan kita faedah dan manfaat. Ingat yer, ini hanyalah pendapat saya, dan anda berhak untuk tidak setuju mahupun setuju. Banyak contoh yang diberi bersandarkan kepada latihan praktikal. Harap maaf jika ada yang kurang selesa.
1. Jika kita melihat sesuatu itu pada sudut negatifnya saja, akhirnya apa yang kita perolehi akan bersifat negatif. Kalau kita asyik layan game atau sebarang aplikasi di Facebook, dan akhirnya kita lalai. Lalu secara sifir mudahnya, kita menyalahkan pembuat aplikasi. Bukankah sempit pemikiran sebegini?
2. Andai terlampau ‘advance’ melihat dari pelbagai sudut, wujud pula masalah ‘terlebih imaginasi’ sehingga wujud isu seperti isu kasut crocs. Ia seolah-olah melemaskan isu yang lebih nyata seperti lambakan pakaian yang tak cukup kain dijual dan dipakai mahupun isu perbezaan fahaman politik hingga memecah-belah persaudaraan.
Bagaimana kita melihat sesuatu itu..
Saya rasa, sekarang ni student IPTA mahupun IPTS sedang menjalani @ sudahpun selesai sesi latihan praktikal. Tak kisahlah apa namanya, janji anda sedang berpraktikal @ sudahpun selesai. Tempat praktikal? Mungkin disebuah agensi kerajaan yang ternama, mungkin disekolah, mungkin disebuah syarikat swasta yang berjaya dan mungkin juga disebuah kilang yang langsung tak ternama. Tak kisahlah di mana tempatpun kita berpraktikal, pasti ada banyak pengalaman dan ceritanya.
Kalau bercerita pasal praktikal ni, saya teringat tempat saya berpraktikal 5 tahun dulu. Masa tu, saya seorang penuntut jurusan Biotech, tapi disebabkan kurangnya syarikat mahupun agensi kerajaan yang menjalankan kerja-kerja yang berkaitan pada masa itu, ramai di antara kami yang menghabiskan masa praktikal kami di hospital-hospital termasuklah saya.
Aku trauma?
Bila saja kena ‘stay overnight’ atau ‘shift’ malam, macam malam ni (saat tengah tulis post ini ), saya memang terasa semacam. Bukannya takut pada makhluk halus tapi saya rasa gelisah, tak berapa selesa. Nak lelap mata sekejap pun susah, biasanya pantang jumpa bantal mesti terus lena tanpa sebarang alasan dan paksaan. Lagi-lagi kalau ada bunyi pelik sikit, mulalah bangun melilau cari punca.
Rasanya ni bukan kali pertama. Setiap kali bila kena ‘overnight’. Mesti rasa yang sama. Walaupun mengantuk lepas ‘kena belasah’ masa ‘production’, makin cuba nak tidur, makin bulat membujur mataku yang dah macam mata orang jawa ni. Bila saya tanyakan pada isteri, dia kata “Abang trauma kot?”. Trauma apa ke bendanya?
Selamat Hari Guru 2010
Agaknya, ingat tak lagi ‘time’ kita kena denda dengan guru masa sekolah-sekolah dulu? Masa kita cuba ‘mengelat’ masa jawab periksa? Masa kita cuba calarkan kereta cikgu sebab tak puas hati dia ngorat aweks kita rotan kita? Masa kita seludup masuk rokok dalam asrama dan jadi tokan? Masa kita buli junior sebab kononnya kita senior yang otai padahal petai?
Oh! Banyak sungguh dan melambak perkara yang ‘menyeronokkan’ waktu kita dulu-dulu, masa kita seorang pelajar dan ada guru yang sentiasa menegur dan sedia membimbing kita. Sekarang? Semuanya mungkin sudah berlalu, tapi jasa guru-guru, pasti takkan pudar dari ingatan.
Percaya atau tidak, mungkin lebih separuh dari hayat yang sudah kita lalui, kita habiskan dengan bergayanya dibangku sekolah. Sejak tadika sampai universiti mahupun sekolah tinggi. Percaya atau tidak juga, saya masih lagi ingat salah seorang guru tadika saya. Namanya Cikgu Zaiton. Memang cukup garang (pada pandangan sayalah, pada masa tu). Sampaikan, pada satu hari, saya nekad tak nak pergi tadika.
Alhamdulillah…
Alhamdulillah..akhirnya blogku sudah pulih dari serangan virus malware..terima kasih Team Jomhosting yang memang cekap dan tabah..
p/s – saya akan kembali menulis dengan penuh semangat..yehaaa..





