HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Raikan kawan, hindari lawan

Assalamua’laikum. Raikan kawan, hindari lawan. Hidup tanpa kawan, ibarat nasi tanpa ulam. Hidup bersulam lawan, ibarat nasi berulam peria sambal belacan. Kita memilih kawan bukan untuk berlawan. Kita berlawan adakalanya demi kawan. Baik akhirnya, lawan jadi kawan. Buruk padahnya, kawan jadi lawan simpan dendam. Proses berkawan ibarat percintaan. Ada manis, ada masam. Manis untuk dikenang […]

Sesi jawab tag si cantik manis

Assalamua’laikum. Hampir lupa yang aku kena tag dengan si cantik manis sorang ni. Siapa? Dialah awek pertama aku, merangkap cinta muka bulu pertama dan mengisi hati aku sekarang sebagai seorang isteri dan Mama kepada 2 anak. Dah-dah cukup. Nanti lebih-lebih jadi entri cintan-cintun pula. Maafkan aku atas keromantisan tanpa batasan ini…..yeahaaaa! Baiklah. Memandangkan ada 10 […]

Blog dan blogger…

Assalamua’laikum. Alhamdulillah. Ucaplah ia waima kita tak berapa sihat hari ni. Lagipun, tiap-tiap hari DIA kasi kita sihat sampai makanpun ada sisanya. Ucaplah Alhamdulillah (iye, ucap sekarang beramai-ramai :D) Blog dan blogger. Boleh kata kalau tak jumpa 1 hari, rindunya pasti ada. Ibarat kita punya kekasih hati tapi tak dapat dimanjai (oustationlah ni). Apa jadi? […]

Entri pertama selepas beku…

Assalamua’laikum. Lama tak bersiaran. Kaku dan beku. Tak tahu mana nak mula. Cerita apa yang nak ditulis dulu. Sekali lagi, aku kaku dan beku tapi bukan malu. Dalam diam-diam, hampir sebulan juga aku tak menulis apa-apa di sini. Hanya sempat bermain dengan kanvas baru untuk blog ini. Konon nak kasi naik motivasi untuk berblogging, dan […]

Berbalang kuih raya 2011 tanda terima kasih…

Assalamua’laikum. Alhamdulillah. Lama sangatlah tuan rumah bercuti. Memang cuti sakan sungguh! Mana taknya, kena singgah dua negeri yang jika dihitung menjadikan jumlah jarak perjalanan melebihi 1,000 km. Demi keluarga tercinta, lautan dalam sanggup kami harungi (tapi mesti naik kapal yer…hehe). Dek kerana nak tinggalkan blog bercuti tanpa entri sepanjang bercuti, sempat juga mencari kata kunci […]

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar & Salam 1 Syawal

Assalamua’laikum. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar & Salam 1 Syawal diucapkan pada semua teman blogger dan seluruh pengunjung blog hafizmohd.com ni. Ampun dan maaf dipinta jika ada tersalah kata dan bicara tinta dari pemilik blog. Sama- sama kita raikan hari kemenangan ni dengan bersyukur pada Ilahi dan bertakbir. Khas ucapan Hari Raya Aidilfitri ni untuk teman semua: […]

Ramadhan dipenghujungnya & Entri pelepas rindu…

Assalamua’laikum. Salam Ramadhan. Pejam celik, dah nak habis dah bulan Ramadhan. Sahur tadi, sahur terakhir untuk kita tahun ni, petang ni, andai Allah panjangkan usia kita, berbuka juga bakal menjadi penamat satu hari berpuasa dalam Ramadhan tahun ni. Mungkin menjadi yang terakhir untuk kita. Jadi, kita beri yang terbaik untuk hari terakhir ni. Sinonim rasanya, […]

Ucapan sms selamat hari raya yang menarik…

Assalamua’laikum. Pejam celik pejam tak celik- celik, bulan Ramadhan yang ditabalkan Allah sebagai bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dahpun makin hampir ke penghujung. Yang biasa didengari dan diperhati, makin hujung…makin lemau, lembam, dan suramlah aktiviti ibadat yang diusahakan. Mana taknya, mood hari raya dah makin mengganas dalam minda dan jiwa. Pusat membeli belah […]