Kini telekung pula ‘bangun’
Selepas beberapa ketika kita dikejutkan dengan fenomena sejadah berdiri dalam keadaan seolah-olah sedang bersolat, kini fenomena itu kembali lagi. Bukan lagi sejadah, tapi telekung sembahyang milik seorang ibu tunggal di Bandar Sunggala, Port Dickson.
Begini kata pemiliknya, Azizah Jalil;
Selepas memakai kain sarung saya terkejut melihat telekung yang sebelum ini dalam keadaan berlipat, telah duduk seperti orang sedang bersolat
Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui. Untuk cerita lebih lanjut, boleh ke halaman ini ya. Apa yang saya ingin sampaikan hanyalah satu soalan ringkas yang sama-sama kita sendiri perlu jawab;
Kalau telekungpun pandai bangun bersolat, KITA yang bernama MANUSIA bila lagi??
® hafizmd – Ya Allah, berilah kami hidayah dan kekuatan dalam melaksanakan suruhanMU..ameen..
Kredit: Kosmo
Lagi kes buang bayi!!!
Nota: Harap maaf. Entri kali ni akan menggunakan kata ganti nama diri “Aku”. Sebab? Sebab aku tengah bengang dan geram! Cuba tengok gambar ni..

Mama, apa dosa saya??
Belek-belek tajuk akhbar hari ni. Ade lagi kes buang bayi di Sungai Choh, Hulu Selangor. Aku memang cukup geram dan sakit hati. Dalam kita semua sibuk-sibuk Kempen Kami Prihatin, ade lagi yang dengan selamba buat kerja tak bertamadun dan tak berakhlak dengan buang bayi. Sudahlah dosa mengandung tanpa nikah belum terhapus, ditambah lagi dosa buang anak yang tak berdosa. Ibarat sudah jatuh tangga, dihempap kren pula.
Kalau dikira-kira dan diambil statistik, aku cukup yakin yang kes-kes macam ni berlambak dan tak menang tangan untuk dikira dan dicatat. Akupun makin keliru dan tak faham, adakah remaja sekarang (yang terlibat) dah takde lagi akal fikiran? atau mereka memang sudah hilang kewarasan? atau sudah menjadi manusia bertopengkan syaitan?
Sudin ‘Ajaib’ sudah hilang ajaibnya
Mempunyai nama panggilan yang unik, Sudin Ajaib membuatkan dua tiga hari ni, dia semakin meniti di bibir rakyat Malaysia lantaran ‘keyword’ namanya yang unik. Di manakah keajaiban si empunya diri ini?
Mungkin keratan artikel ini boleh menerangkan serba sedikit keajaiban yang dimiliki oleh insan ‘ajaib’ ini.
Apa yang kita perlu perhatikan dalam kes ini?
Pernahkah kita didatangi mereka ini?
SITUASI 1
Situasi ini mungkin berlaku sewaktu kita sedang enak menjamu selera bersama kekasih keluarga tersayang di kedai Kak Jah yang memang meletup masakannya.
Si A: “Assalamua’laikum bang..saya dari rumah anak yatim dot dot dot, kami ada jual ubat panas ni..tengoklah bang..”
Kita: “Ubat panas ek, abang dah ade..terima kasih yer dik”
Si A: “Takpe bang, taknak belipun takpe, derma ikhlas pun boleh..saya dari rumah anak yatim dot dot dot..ini ade resit bang”.
Kita: “Kesianlah pulak, nabi pesan, mak aku pun pesan..kene tolong orang-orang susah ni..besar pahala..takpelah..beli jerla..”……sambil membelek-belek dompet yang kembung kerana angin selalu masuk….”dik, ni jer yang abg mampu bagi..”
Si A: “Terima kasih bang, ni resit yer”
Kita: “Alhamdulillah, dapat juge aku bagi derma malam ni”
Apa kita buat bila kita ‘tension’?
Umum rasanya tahu yang warga kota khasnya yang tinggal di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru, hidupnya lebih tertekan berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar-bandar kecil, pekan-pekan mahupun kampung-kampung (ataupun tahap tekanannya sama sahaja?). Beberapa faktor yang sering menyebabkan kita sentiasa tertekan (‘under pressure’) ialah:
- Tekanan di tempat kerja/kuliah- asyik kena marah dengan bos/pensyarah saja. Asal kena marah, itulah kita..
- Tekanan di jalanan – keluar kerja jam 7 pagi, balik kerja jam 7 petang. Mungkin hampir 3 hingga 4 jam dihabiskan duduk dalam kenderaan, sebab jalan yang sangat sesak semasa pergi dan balik kerja. Kalau hari-hari, mungkin tekanan akan bertambah. Satu hari, mungkin juga ada tekanan darah tinggi. Pergilah buat ‘medical check-up’..
- Tekanan bila pulang ke rumah – bila pulang ke rumah/asrama/bilik tempat tinggal, asalnya mahu berehat tapi baru saja nak berehat, sudah ada suara-suara bising mungkin dari jiran, rakan serumah atau sesiapa saja. Macam mana nak rehat kan?
- Tekanan dengan jiran – mungkin ada yang ‘tension’ dengan karenah jiran yang jenis; ‘asal weekend, diorang melalak karaoke bagai nak rak, malam-malam pula bising-bising lagi’. Kita juga yang tertekan..
- Tekanan dengan pasangan – dah satu hari tak jumpa, mungkin bila berjumpa mampu meredakan tekanan, tapi mungkin juga berlaku sebaliknya. Tertekan lagi..
Ini hanyalah serumpun kisah yang menyebabkan kita berada dalam situasi yang tertekan. Tidak dinafikan, bukan kehidupan namanya kalau tiada cubaan dan cabaran. Malah, apa yang lebih penting ialah bagaimana kita menghadapi sebarang tekanan dan cubaan, bukan membiarkannya mempengaruhi kehidupan kita menjadi lebih teruk dan tertekan. Ada beberapa cara untuk kita menghadapi sebarang tekanan dengan jayanya iaitu:
- Yakin sebarang dugaan dan cubaan adalah sebahagian dari rencah kehidupan yang perlu kita lalui
- Sentiasa kembali dan ingat kepada Yang Maha Pencipta bila senang mahupun susah (janganlah bila susah saja baru kita jumpa sejadah berdiri)
- Keluar makan angin bersama keluarga
- Mungkin juga ‘window shopping’ mampu melegakan tekanan (jangan makin tertekan sudahlah, hehehe….)
- Makan dipercayai boleh meredakan tekanan. Betul ke?
- Tidur setidurnya?
- Berjumpa kaunselor yang cantik untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan
- Berkongsi masalah dengan rakan/pasangan
Apa yang saya senaraikan mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan (jika sesuai) bila kita sedang menghadapi tekanan atau sebarang masalah. Anda juga, saya yakin ada teknik-teknik tertentu untuk meredakan ketegangan. Apa kata, kongsikannya di sini untuk kebaikan kita bersama sebagai satu khidmat sosial secara percuma. Boleh?
® hafizmd – saya kalau ‘tension’, biasanya suka keluar makan-makan..





