Sehari di #SBB2013 yang Sungguh Hensem & Anggun!

by hafizmd on 27 January 2013

Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Ambe baru saja sampai rumah selepas ‘tertidur’ terus di Hotel Singgahsana sambil ‘melayan’ alunanan nasyid Rabbani dan Dato Syarifah Aini. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 memang meriah, kacak, hensem, cun, anggun, canggih dan yang sewaktu dengannya! Serius, memang tak rugi ambe memberanikan diri tampil ke sana. Kenapa? Kenalah baca sampai habis…hehehe

1. Majlis ni memang dibuat khas untuk blogger. Serius ambe cakap, highlight utama ialah blogger. Memang tak ditampilkan sangat Denaihati Network. Ambe sempat bersembang dengan Tuan Amir, Denaihati.com. Beliau cakap, yang majlis ini khas untuk blogger. InshaaAllah, katanya ada lagi 2-3 majlis yang akan berlangsung nanti! Tunggu…

2. Hampir 40 cabutan bertuah telah dibuat! Serius, deretan hadiahnya memang cukup menggiurkan. Ada yang menang iPad mini, basikal, bar emas, pakej istimewa percutian 6H5M ke Kemboja, power bank dan banyak lagi yang ambe tak mampu nak hafal. Semuanya untuk blogger yang hadir semalam!

3. Mini forum. Ini part paling menarik. Forum pertama menampilkan Kak Jie, Ustaz Power (Noehas.com) dan Bang Nara. Banyak yang dikongsikan oleh ahli panel dan tambah menarik ianya dihoskan oleh Abang Ensem. Apa yang dikongsikan oleh mereka? InshaaAllah, akan dikongsi bersama ilmu yang ambe sempat catit di satu entri lain.

4. Pemenang kontest iPhone 5 Gadget Impian. Memang mengujakan walaupun bukan ambe yang menang. Sape yang dapat iPhone 5? Mereka ialah AkmaOmar, Kak Maz, Cikgu Naman (ada 2 lagi hadiah utama yang dia menang…memang terbaik!, Kak Sharidawati, dan Bro Eyriqazz. Memang bertuah sungguh! Tahniah pada mereka.

5. Pemenang SEO untuk katakunci “iPhone 5 Gadget Impian” ialah Cikgu Naman, Akma Omar dan Bro Eyriqazz.

6. Pemenang kutipan tertinggi Google Plus ialah Akma Omar, Pn. Gojes dan Kak Maz, Cheezemaz. Pemenang undian terbanyak ialah Blog Education (ambe kena double check), Kak Maz Cheezemaz dan Pn. Gojes.

7. Peluang duduk semeja dan bersembang bersama blogger hebat seperti Bro AriffShah, Bro Zulkbo, Bro Zul, Prof Hariz, Bro Izzudin, Bro Azmanisma yang menang gold bar 10gram dan Bro Sohoque. Ada beberapa perkara menarik yang sempat ambe dapat daripada mereka!

8. Dah namanya majlis berjumpa blogger, pastilah ada sesi suai kenal dan sesi bergambar. Ambe sempatlah bergambar sekeping dua bersama blogger yang sempat diterjah. Nak terjah semua, ambe pemalu orangnye…hehehe. Antaranya ialah Kak Jie, Kak SweetKurma, Puan Bee, Tuan Amir, Abg Ensem, Bro Zulkbo, AkuBiomed, 3 Blogger Indonesia, Karl Shafik(pengerusi majlis), Bro Titan pun ada dan dot dot dot…Nanti ambe kongsikan di entri lain juga. Excited!

9. Produk terbaru Denaihati Network. Apa tu? Yang pasti, ia memang satu langkah yang cukup besar dan impaknya pasti lebih ummmph! Rasanya, Tuan Amir akan umumkan di blognya nanti.

10. Ambe ada berniat, 3 blogger pertama yang ambe nampak di majlis #SBB2013 akan diberi review blog secara sukerala. Blog dan blogger mana?

@hafizmd – Sepetang Bersama Blogger 2013 memang terbaik! Serius terbaik! Gambar? Kena tunggu entri lain. Terima kasih Denaihati Network!

{ 72 comments… read them below or add one }

Affan Ruslan January 27, 2013 at 1:40 pm

Wah menarik, jeles betul dgn yg dpt join.
Harap ada lagi majlis seperti ini pada masa akan datang. Hajat di hati nak datang, apakan daya belum berada di Malaysia.

Tahniah kepada para pemenang.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:53 am

Mmg menarik bro. Kalau dapat jumpe bro, lagilah best!

Reply

UmmiKami January 27, 2013 at 1:54 pm

Salam Maulid..

Meriahnya….nampaknya Ummi kat alam cyber jer .. :D
Baca entri terkini Blogger UmmiKami´s: Pantun Peringatan..

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:53 am

salam Maulid kak ummi,

Mmg meriah, moga ada kesempatan pula utk bersua kak ummi =)

Reply

anif January 27, 2013 at 2:05 pm

Tahniah kerana berjaya menghadirkan diri! :D
Baca entri terkini Blogger anif´s: Perkara Negatif Boleh Berjangkit

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:52 am

Itulah pencapaian terbaik ambe hari tu

Reply

suri January 30, 2013 at 12:24 pm

he akan dtg mesti tak miss lagi heee
Baca entri terkini Blogger suri´s: Konijntje

Reply

papa mifz January 27, 2013 at 3:03 pm

fuh cabutan bertuahnya boleh tahan menarik-menarik yer…tahniah pada mereka yang menang…
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:52 am

Mmg menarik. Betuah badan sape yg menang

Reply

suri January 30, 2013 at 12:25 pm

aik bro tak der menang satu brg ker?
Baca entri terkini Blogger suri´s: Reput Fros

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:36 pm

@suri, ambe tukang bawak balik jer..hehe

Reply

titan January 27, 2013 at 8:08 pm

gua tahu..lu mesti cari gua punya. haha..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Komisen ke 4 dari PanduanBajuKurung.com

Reply

hafizmd January 27, 2013 at 8:52 pm

hahahahaa…lu kan glamer…gua cuma kecewa satu benda jer bila jumpe lu….
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Sehari di #SBB2013 yang Sungguh Hensem & Anggun!

Reply

titan January 27, 2013 at 10:16 pm

haha..ramai lagi yang kecewa. haha..
Baca entri terkini Blogger titan´s: #SBB2013 – Gua kena tangkap.

Reply

Ladfe Amir January 28, 2013 at 7:10 pm

@titan..lu mesti lagi kecewa ngan gua. belum panas punggung kat kerusi sudah kena terjah
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Aksi Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:47 am

@LA, dia serius jer hari tu…tak puas makan cendol kot?hahaha

hafizmd January 30, 2013 at 9:49 am

@titan, hahaha..gua tau nape ramai yg kecewa…hahahhaa

Reply

akubiomed January 27, 2013 at 8:53 pm

Nasib bro kenal saya. Memang saya tidak perasan langsung kerana gambar Avatar dan yang sebenar tidak sama langsung.

Tak dapat jumpa kakak anak bro untuk bertanya soalan Nujun Pak Belalang dengan beliau. :-)
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013

Reply

Ladfe Amir January 28, 2013 at 7:11 pm

saya sudah kenal bro hafiz kerana melihat gambar di fb. cuma isteri bro hafiz sahaja yg saya kurang cam
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Aksi Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:46 am

@LA, hehe..ambe terus cam sebab bro cakap nak pakai baju arsenal..hehe

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:50 am

@AB, hehe..biasalah…avatar zaman muda remaja…nak kena tukar dah ni..

Kakak kat atas masa tuh..moga ada peluang utk jumpe bro lagi lepas ni

Reply

suri January 30, 2013 at 12:26 pm

ho bro hafiz dtg bujang rupanya patut kacak katanya heee
Baca entri terkini Blogger suri´s: Reput Fros

Reply

suri January 30, 2013 at 12:27 pm

ha pic gambar avtar mmg tak sama bila dah bersua nnti heee
Baca entri terkini Blogger suri´s: Ikut Kepala Dia Sahaja

Reply

Izzuddin Fauzi January 27, 2013 at 9:05 pm

Huwahahaha… Siapakah yang awal2 jumpa tu… :)
Baca entri terkini Blogger Izzuddin Fauzi´s: Wordless Wednesday #WW1

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:50 am

hahaha..siapakah mereka? bro ke?

Reply

TehR January 27, 2013 at 9:12 pm

macam tak sabar pula nak tengok gambar sahabat blogger yang hadir
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Pantun Gelisah

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:50 am

Cikgu boleh layankan gambar2 yg ambe dah tempek..thanks cikgu singgah

Reply

pipoq January 27, 2013 at 10:24 pm

nampak SBB 2013 ni lebih meriah dari yang tahun lepas..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Air dicincang takkan putus

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:49 am

Memang meriah…best!

Reply

ajumohit January 28, 2013 at 2:02 am

hai jiran, tak sangka kecil sungguh dunia ini ye…siapakah yng bertuah tu? tungguuu
Baca entri terkini Blogger ajumohit´s: Majlis Sepetang Bersama Blogger [SBB2013]

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:49 am

hehe…hai ajumohit…ingat mula2 dulu bro…rupanya sis..sory yer..

siapa?nanti ada entri khas..hehe

Reply

sohoque January 28, 2013 at 7:53 am

hahhaha. akhirnya dpt kenal bro di dunia nyata. sib baik duduk sblh bro. leh sembang rancak. kalau tak mati kutu gak aku masa awal2 sampai tu.. semua org aku tak kenal. nak tegur malu… heheheh
Baca entri terkini Blogger sohoque´s: Menjelang Sepetang Bersama Blogger 2013

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:48 am

Terbaik! Best dapat sembang2 ngn bro…moga ada peluang utk jumpe lagi lepas ni

Reply

zool January 28, 2013 at 8:26 am

wah.. baca pun dah seronok..
Baca entri terkini Blogger zool´s: Review Majalah Niaga 23

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:47 am

hehe..dapat pergi lagilah seronok bro…

Reply

hanafi abdullah January 28, 2013 at 11:25 am

tumpang seronok dengar orang cerita pasal blogger
Baca entri terkini Blogger hanafi abdullah´s: Teknik Gempak : Tulis Entri Blog Secara Offline

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:47 am

Sama2 kita berkongsi keseronokan =)

Reply

azman January 28, 2013 at 3:27 pm

Memang demo nampak lain dari avatar tu,jumpa juga kita yer,tahun depan kena rajin jalan2 sikit lah :)
Baca entri terkini Blogger azman´s: Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:47 am

hehe…avatar tu avatar muda…hahahaha

inshaAllah..kena rajin lagi lepas ni

Reply

iAwani January 28, 2013 at 9:02 pm

tahniah kepada pemenang. Saya juga tidak berkesempatan pergi sana. Mungkin di lain kali sahaja.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:46 am

InshaaAllah…moga ada peluan bertemu iAwani

Reply

grosir jilbab murah January 28, 2013 at 9:55 pm

gembira dong kumpul-kumpul bareng bersama apa lagi jika menang wah tambah sukacita :)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:43 am

Mmg meriah dan sukses!

Reply

Denaihati January 28, 2013 at 10:04 pm

terima kasih kembali kerana dapat hadir bro, meriahkan majlis dan juga entri khas ni.
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Sepetang Bersama Blogger 2013 Terima Kasih Semua #SBB2013

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:43 am

Terima kasih kembali atas penganjuran ni tuan DH.

Reply

Kujie January 28, 2013 at 10:42 pm

……………. baru sempat nak jejalan intai entri #sbb2013

terimakasih ye…dapat kenal dapat bual mesra
Baca entri terkini Blogger Kujie´s: #SBB2013 Bebel Si Kuda Belang

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:43 am

Alhamdulillah. Kak Jie dah selamat sampai.
Terima kasih kembali sudi layan kami =)
Tak puas baca entri update rakan2…hahaha

Reply

Nadot January 29, 2013 at 12:37 am

Tq Hafiz yang baik tegur saya dulu.. Berguna juga saya letak header yang penuh dengan gambar dan entry yang lagi penuh dengan aksi bukan-bukan sampai ada yang kenal.. hahahah…

Semoge ada rezki dapat jumpa lagi Hafiz & isteri kalau ada event apa-apa lagi.. (^_^)
Baca entri terkini Blogger Nadot´s: Tolong Balut Sebelum Baca

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:42 am

hehe..itulah..ambe dah belajar trik ni mmg berkesan..nak buat jugaklah…hehhe

inshaaAllah, moga ada event lain yg dapat ambe join nanti

Reply

hatiputera January 29, 2013 at 12:49 am

Ruginya HP tak dapat pergi kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
Baca entri terkini Blogger hatiputera´s: Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:42 am

takpe HP..moga ada peluang lagi nanti..

Reply

donnyien January 29, 2013 at 7:23 am

meriah sungguh majlis sepetang bersama blogger 2013, rugi saya tidak datang, harap terus di adakan pada masa akan datang.
Baca entri terkini Blogger donnyien´s: Aaron Aziz Meriahkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:41 am

Mmg meriah. Moga dapat ketemu bro Donny lain kali

Reply

Hairul Hissam January 29, 2013 at 8:04 am

Tahniah kepada yg menang.. tentu meriah kan.. :D
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitaw

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:41 am

Mmg meriah bro. Kalau bro datang promosi produk bro amatlah cantik sangat =)

Reply

cikgu naman January 29, 2013 at 8:04 am

Hehe

Tak sempat lah nak berbual-bual selepas majlis kerana majlis habis lambat kan?

Mungkin next time kena datang awal borak² dulu tepi² tangga..;p
Baca entri terkini Blogger cikgu naman´s: iPhone 5 Berbaloi-baloi

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:40 am

Itulah. InshaaAllah moga jumpa kat mana2 lepas ni..hehe

Reply

wandisini January 29, 2013 at 9:53 am

ramai blogger yang hadir. memang cukup meriah dan bertuah kepada yang hadir
Baca entri terkini Blogger wandisini´s: Ranking #1 di Google

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:40 am

Mmg meriah. Terima kasih kat Denaihati Network

Reply

hairulafiz January 29, 2013 at 1:31 pm

dapat tak menang apa2 hadiah…
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Nasi Tomato

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:40 am

Ambe tak menang apa2, my wife menang emas 1gram =)

Reply

afif January 29, 2013 at 1:35 pm

memanh xtahan dengar senarai hadiah ni..thniah kepda yang dapat..
Baca entri terkini Blogger afif´s: Segmen Bloglist Syaifuddin Alias

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:38 am

Mmg hadiahnya power!

Reply

Hafizul January 29, 2013 at 4:04 pm

Haha..seronok baca artikel kawan2 pasal #SBB2013 ni..untung la dapat jumpa dengan blogger terkenal..saya masih malu dan segan silu nak berhadapan dengan semua..haha..ehh betul ke ada majlis lagi lepas ni..kena buang jauh2 perasaan malu nih..tahniah buat pemenang..korang memang layak..haha
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: How To Change Nickname In Website Alexa

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:25 am

Ambepun malu gak bro..tp blogger2 lain semuanya sporting datang kat meja lepak2..best!

Mmg mereka layak bro Pk…tak tidur malam…fuh!

Reply

hazman aka species1980 January 29, 2013 at 6:43 pm

Bro… tahun depan kena naik stage …. temankan bro Zarul nyanyi tau…. hehehehe
Baca entri terkini Blogger hazman aka species1980´s: HAZMAN vs FOOD – Restoran Sup Urat KETIN Bangi

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:23 am

Naik stage? Lagu nasyid boleh?hehehehe

p.s. kalau bro naik…ambe beranilah…hehehehe

Reply

munir ardi January 30, 2013 at 12:17 am

senangnya dapat bertemu bro yang begitu ramah dan murah senyum harap ukhuwah akan selalu terjalin melalui blog
Baca entri terkini Blogger munir ardi´s: Pengalaman tak terlupakan di #SBB2013 bagian 1

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:14 am

Terima kasih bang munir. Sempat juga ketemu 3 blogger hebat Indonesia. Ameen.

Reply

suri January 30, 2013 at 12:27 pm

entri tka der pic harap entri akan dtg ada byk pic2 gempak
Baca entri terkini Blogger suri´s: Pertama Kali

Reply

ProfHariz February 23, 2013 at 10:09 am

InshaAllah nanti boleh lepak lagi bro :)
Baca entri terkini Blogger ProfHariz´s: Aku Anak Kuat dan Aku Jatuh Lagi

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:11 am

InshaaAllah. Moga ada peluang nak tnya lebih panjg lagi ngn bro nanti

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: