Pengalaman Live Streaming Dengan TM Unifi!

Assalamua’laikum.

Live Streaming Dengan TM Unifi! Beberapa bulan lepas, ambe kecilkan pakej Astro. Buang saluran sukan yang ambe minati. Hanya tinggal pakej paling asas. Apakah ambe mampu bertahan tanpa menonton aksi menarik bola sepak Malaysia dan juga aksi Manchester United? Semuanya tak bertahan lama. Apatah lagi ambe “digoda” tanpa henti oleh entri ‘berhantu’ seorang blogger sepenuh masa itu. Apakah kesudahannya dan siapakah blogger itu?

Pengalaman daftar dan pasang set TM Unifi di rumah

  • Semuanya berlaku dengan pantas. Dengan hanya beberapa kali email kepada blogger itu, hanya 3 hari diperlukan untuk siap pasang Unifi.
  • Iya, hanya 3 hari bermula pendaftaran TM Unifi hinggalah pemasangan Unifi di rumah.
  • Juruteknik/agen Unifi yang datang pasang pun memang cool dan cepat serta tangkas. Kurang sejam, TM Unifi sudah selamat dipasang dan sedia untuk digunakan dengan lajunya!
  • Paling best, semuanya diuruskan oleh blogger itu. Ambe langsung tak berhubung dengan pihak TM. Hanya emailkan beberapa dokumen, selebihnya dia akan uruskan dari A-Z. Bestkan?

Pengalaman menarik live streaming TM Unifi

  • Ambe langgan pakej VIP5. Cukup laju untuk layan live streaming bola sepak. Download/upload 5 Mbps & download bandwidth 60 GB (sekarang masih unlimited sampailah TM cap)
  • Jadi, selesai masalah “kegersangan” ambe untuk menonton live streaming bola sepak Malaysia mahupun luar negara. Tinggal kena pandai cari link untuk live streaming jer.
  • Ada tersekat-sekat ke masa live streaming? Setakat ni, semuanya lancar. Tiada rasa bosan masa loading.
  • Lebih mengujakan bila isteri memang suka layan cerita Korea. Bila dah penat buat kerja rumah, bolehlah dia lepaskan “kerinduan” dengan mendownload drama Korea tanpa batasan dan tanpa gangguan!
  • Nak lagi? Boleh layan movie dan drama online. Boleh cucuk kat tv, kalau nak tengok lebih puas.

Pengalaman menarik yang lain guna TM Unifi setakat ini

  • Paling best bila time hujan, masih lagi boleh menonton tv. Maklumlah, Astro tak cukup ‘power’ bila hujan.
  • Boleh sembang lama-lama dengan mak di kampung. Maklumlah, ianya percuma! Ia juga menjadi satu sebab utama kenapa ambe pilih untuk pasang TM Unifi.
  • Boleh tonton youtube di tv. Lagi senang nak tengok ceramah Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus dan tak lupa kartun Upin Ipin untuk anak-anak.
  • Masa pasang hari tu, siap dapat sebulan percuma. Sekarang masih ada lagi promosi ni. Sila cepat sebelum terlambat!

Berminat nak pasang/daftar TM Unifi?

  • Sekarang masih ada lagi promosi percuma sebulan
  • Sila terus berhubung dengan blogger aka agen TM Unifi ni. Pasti puas hati dengan khidmat yang bakal anda lalui.
  • Agen TM Unifi terbaik –> Email contact@shakiddo.com  atau layari Blog Shakiddo.com.

@hafizmd – Pengalaman Pengguna Live Streaming Dengan TM Unifi! Bestnya dapat sembang lama-lama dengan mak. Terima kasih TM Unifi, “Connections make anything possible”