Selamat Menyambut Hari Kemenangan!

Assalamua’laikum.

Pukul 1.57 pagi. Biasalah. Pagi esok kan raya. Mana boleh tidur awal. Banyak juga perkara yang para suami kena ringan-ringankan tangan. Kait buah kelapa, kopek buah kelapa, mesin lagi, potong ayam, potong daging, kupas bawang. Ni semua perkara yang suami- suami super power biasa buat. Ambe yakin bebenor yop, suami sekarang serba boleh!

Mana-mana yang masih bujang trang tang-tang tu, lagilah kena rajin. Kiri kanan atas bawah lega. Takkan nak duduk lenggang jer? hehe. Jadi, ambe ucap syabas pada geng-geng bujang yang ringan tangan tolong mak-mak korang kat dapur. Tu salah satu tanda korang dah ‘ranum’ untuk masuk meminang anak dara orang…hohoho!

Tahun ni ambe beraya di Terengganu dulu sebelum balik ke Penang. Merentas lebih 1,000km dalam cuti raya. Alah bisa tegal biasa. Meriah bila dapat rasa nikmat beratur atas jalanraya (jem perkara biasa..hahaha).

Akhirnya ambe ucapkan SELAMAT HARI RAYA I’DULFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua kawan-kawan maya ambe ni. Moga berbahagia sepanjang bulan Syawal.  Jom kita pakat sebarkan semangat Ramadhan dalam bulan-bulan selepas ni.

@hafizmd- Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahillhamd. Selamat menyambut hari kemenangan! Maafkan ambe jika ada terkasar bahasa dan tersalah kata.