Vandalisme Blogging?

Assalamua’laikum.

Vandalisme. Mengikut Pusat Rujukan Bahasa Melayu, vandalisme bermaksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persen­dirian. Tipu kalau kita tak pernah jumpa vandalisme. Tengok saja pondok telefon (kalau masih ada), hentian bas, dinding tandas, kerusi bas, kadang-kadang kereta kita sendiri (ni lagi pedih). Semuanya adalah mangsa vandalisme. Ada mangsa, dah tentu sahih ada pemangsa! Siapa?

Kita. Eh, mana ada. Aku tak pernah conteng-conteng kat dinding bas. Jauh nak cabut wayar telefon awam. Kalau aku cabut, camne nak telefon awek nanti? Ok-ok. Pernah tulis kat mana-mana tak perkataan ni “Tatin was here”. Ada? hehe…Bezanya, ni semua hanya vandalisme kecil-kecilan. Lebih teruk bila dalam arena blogging pun ada unsur-unsur vandalisme.

Dalam blogging ada vandalisme? Mestilah ada sebab ianya jugak melibatkan harta persendirian yakni blog kita. Ke korang tak anggap blog ni harta korang? Sila jawab kat bawah.

Apa contohnya vandalisme blogging? Banyak sangat. Contohnya;

1. Budaya copy paste —> Buat macam harta sendiri tanpa kredit.

2. Komen berbentuk spam —> Komen yang boleh kasi orang marah.

3. Entri tak bertanggungjawab —> Berita belum pasti. Berbau lucah. Fitnah. Gosip melampau dll.

4. Bahasa entri yang dirojakkan secara keterlaluan —> Ada yang kata, ianya unik. Ok, tapi janganlah kita campur aduk sangat.

5. Hackers —> Ni memang buat aku bengang. Kalau nak tunjuk hebat, janganlah susahkan kami.

Itu baru vandalisme blogging. Belum lagi dikecil-kecilkan setiap bahagiaannya. Nampak kecil, tapi ianya satu isu yang besar. Ianya bisa mencemar arena blogging. 100% aku yakin, lelaki kacak bencikan vandalisme. KATAKAN TIDAK PADA VANDALISME!

@hafizmd – ada yang bersosial kerana hobi, tapi kena hati-hati dengan hobi, jangan sampai hilang anak bini =)