Assalamua’laikum.
Hampir lupa yang aku kena tag dengan si cantik manis sorang ni. Siapa? Dialah awek pertama aku, merangkap cinta muka bulu pertama dan mengisi hati aku sekarang sebagai seorang isteri dan Mama kepada 2 anak. Dah-dah cukup. Nanti lebih-lebih jadi entri cintan-cintun pula. Maafkan aku atas keromantisan tanpa batasan ini…..yeahaaaa!
Baiklah. Memandangkan ada 10 soalan nak kena jawab, elok aku mula menaip sekarang sebelum matahari terbenam. Terpulang bila anda nak baca, sebelum tidur pun boleh, pagi esok pun boleh (tapi pastikan kita dah baca Quran hari ni….insyaAllah).
1. Kenangan dulu-dulu, kumpulan muzik lama yang mana korang paling ingat? Mestilah kumpulan rock kapak. Isabella, May, Febians. Wonder girls Musim hujan nyanyi ramai-ramai dalam perahu handmade. Rindunya…
2. Antara polis dengan penjahat mana korang rasa paling cool? Kalau kat Malaysia ni, mestilah polis. Naik kereta Evo, moto besar. Perompak apa ada? Tengok filem kita, lepak rumah buruk, naik van buruk kalau nak culik orang. Siapa cool?
3. Antara korang dengan adik/kakak korang, sapa lagi comey? Kalau nak banding dengan adik, memang aku jauh lebih comey, tapi kalau dengan kakak, memang langsung kakak aku tak comey sebab aku takde kakak! huuuuu (Sape nak jadi kakak aku? hehe)
4. Life is beautiful… apa korang rasa? Hidup lebih dari beautiful…tapi blog sorang tu memang beautiful macam tuannya =)
5. Apa nama cikgu sekolah tadika/tabika/pasti korang? Ada sorang yang memang ingat sangat-sangat sebab dia garang sampai aku terus nekad berhenti tadika masa umur 5 tahun. Nama dia Cikgu Zainab (bukan nama sebenar)
6. Pendapat korang pasal cerita gossip kat tv/blog? Aku rasa serabut sebab ada banyak lagi cerita penting berbanding gosip mereka yang tak menjana minda. Opsss…terlebih sudah
7. Filem/drama/ rancangan tv sepanjang zaman korang? Nak sebut 3 pun boleh : Ok. 1. Gaban Z. 2. Anime One Piece. 3. Bread, love & dreams. Cukup tak? Tambah 1 lagi, Naruto….hahahaha
8. Tajuk buku yang korang rasa best dan sesuai untuk di’suggest’kan? Buku Formula Solat Sempurna karangan Dr Zaharuddin.
9. Benda pertama korang buat lepas on pc/laptop? Masukkan password =)
10. Apa makanan pertama korang kalau korang ingat? Sila tanya mak ayah/adik-beradik korang sekarang: Tak ingat tapi tahu iaitu susu ibu tapi memang dah lupa apa rasanya…yeahaaaaaa!
Baiklah. Berjaya juga langsaikan hutang tag ni. Patutnya aku kena buat lagi 10 soalan dan tag anda yang sedang baca ni. Iya, koranglah…tapi aku memang takde idea. Jadi, tunggu saja entri lain kot-kot korang kena tag dengan aku.
® hafizmd – aku dah buat senarai blogger yang nak kena tag, soalan-soalan mudah jer…jangan nak ngelat yer



{ 40 comments… read them below or add one }
Akan ku baca buku best yang anda cadangkan itu.
Baca entri terkini Blogger amirulfaiz´s: Isolating peripheral blood mononuclear cells (PBMCs)
sama2 kita..ameen
mak ai..banyak betul soalan..hehehe
Baca entri terkini Blogger nizam´s: Ketabahan Lebih Mudah Dikenal Pasti Ketika
soalan yg byk, macam exam daa
sesekali bolehlah jangan selalu
Baca entri terkini Blogger jeragang´s: ya Allah tidak kau jadikan semua ini sia-sia belaka
betul3…mau pening dibuatnya…hehe
gaban? seronok nya..tp time chii kecik2 dulu mmg layan ar citer2 camni..cybercop la..kesatria baja hitam la..power rangers la..tp karang ni..layan wonder pets ngan upin ipin je la :p
nampaknya, kita dalam era yg sama…hehehe
sekarang boboiboy jer…
Perompak sekarang dah canggih ada yang pakai Alphad, BMW dan sebagainya tetapi semuanya kereta curi.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Wordless Wednesday # – Stopping time
baru nak tulis yg tu.. tul..tul..tul.. silap2 kalah kete evo polis..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Wordless Wednesday#6
@ini yg geng2 curi kereta mewah ni…heeee
@AB, berlagak ngn kereta org…mntak jauhlah
ko jangan tag aku haa..haha..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Komisen ke 5 dari Bidvertiser
nasiblah nanti ko titan…keh3
adui.. harap2 tak kena lah.. bro blog nih kena hack ker…
Baca entri terkini Blogger zik´s: Anugerah BolaSepak Kebangsaan 2011 (100 PLUS FAM)
ingat mula2 kena hack, sekali ada lagi fail hackers yg pihak hosting tak buang mase 1st time kena dulu…cuak sungguh aku jadinya…huuuu
bagus dah jawab.. tak leh tag saya balik tau.. haha.. tima kasih atas apa yg ditulis kat atas tu..
nasib baik blog dah ok kan.. tak yah tunggu2 lagi.. mulakan tugas..haha
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Wordless Wednesday#6
hehe…mestilah jawab sbb soalan2 menarik betul…
tugas pe? tukar ke? keh3
agak2 mana ler jadinya kalu tak jawap tag bini sendiri.. ahak ahak… parahhhh kot..
Baca entri terkini Blogger Dulu Lain Sekarang Lain´s: Soalan Dan Jawapan Akta Pekerjaan 1955
hehe…takde parah bro…jawab face to face pun boleh…hehe
sesekali main tag2 ni seronok juga
tapi kalau selalu, banyak soalan pulak
jenuh nak pikir
haha
Baca entri terkini Blogger tehr´s: Peristiwa Di Bulan November
sesekali mmg seronok cikgu, tp kalau byk kali, naik pening nak jawab…hehe
Banyak sangat soalan nak di jawab tu. Siap ada ulasan lagi. Dah macam exam SPM lak.
Baca entri terkini Blogger faizul´s: GIMP – Efeks foto Lomo dan Klasik
Kalah soalan exam…hehe
haha…gaban pujaan hatiku
Baca entri terkini Blogger Pacifista´s: Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…
gaban….wakaka wakaka gaban…yeahhhh!
patut tambah soalan “permainan yang disukai ketika dizaman kanak2″:
main tutup botol dengan gasing…weee =)
Baca entri terkini Blogger ahmad kamil´s: Radio Frequency Identification (RFID)- Projek kumpulan ILLUMINATI
haaa…idea tuh…hehe
tudung botol=cepi
gasing tu kurang, kami main laga buah getah…hehe
Blog hubby pasal coins and banknotes..malas nak kacau…baca jauh sekali..hehehe blog sendiri pun jarang update…baby ni karang tak suka menghadap komputer kot..
Baca entri terkini Blogger Zezebel Lair´s: WW : Kurung Cotton For Kids Code ZZB
hhee…bawaan baby ni….
bila due nye zezebel? moga selamat semuanya yer..ameen
wahh, rajinnya main tag-tag sekarang ye.
Baca entri terkini Blogger levelsatu´s: 3 Cara untuk memudahkan anda semak saman.
Dah kena tag, kenalah jawab…best jugak sesekali
Hahaha..bro pun rock kapak juga ehh??? Sama la kita nih…hehehe
#Asal jagan bro tag aku dah lerrrr….huhuhu x lalu dah aku nak menjawabnya…:)
Baca entri terkini Blogger yas´s: 10 Tag dari Fiezaradzi
mesti kapak punye…heheh
siaplah bro yas…keh3
Hahahaha…suda siap suda….:)
Baca entri terkini Blogger yas´s: Proton Champion APRC 2011
@yas, akhirnya lepas fikir 1 hari…hehe
amboi2..berjiwang plak dia ye..hehe
boleh ke kalau sy nak jadi kakak angkat?haha. kakak angkat muda..kuang kuang
keh3…kuang kuang
tak reti jiwang2 adele =)
tak aci lah.. nama cikgu zainab tapi bukan nama sebenar..
Baca entri terkini Blogger ciksembang´s: Umur 60 memang tak berminat
hehe…tu nama samaran jer tuh…ehehe