Operasi Mengetam di Pantai Pandak Chendering Terengganu

- 30 May 2014. Updated 9 August 2015Bicara santai

Assalamua’laikum. Operasi Mengetam di Pantai Pandak Chendering Terengganu. Ini operasi sulit yang kami adik-beradik buat masa cuti balik kampung minggu lepas. Punyalah seronok walaupun operasi dalam keadaan gelap! Korang pernah sertai operasi mengetam?

tempat mandi pantai menarik di terengganu chendering

Pantai Pandak Chendering yang aman damai. Syok mandi wooo! Antara tempat menarik di Kuala Terengganu.

Operasi mengetam di Pantai Pandak Chendering

Mengetam bukan mengeram yer. Jangan korang salah baca dan salah faham. Mengetam atau tangkap ketam. Musimnya hampir serentak dengan musim candat sotong. Operasinya waktu petang pun boleh tapi biasanya ketam-ketam tak tak banyak waktu petang. Segan agaknya sebab cerah. Jadi, waktu paling best nak mengetam ni pada waktu malam.

Peralatan untuk mengetam? Mudah sangat pun. Ada 4 benda jer korang perlu sediakan sebagai pengeras kepada ketam-ketam comel ni.

  1. Batang buluh yang dipotong dalam setengah meter panjangnya.
  2. Kepala ayam sebagai pengeras untuk ketam-ketam (umpan).
  3. Lampu suluh yang berfungsi.
  4. Baldi untuk letak ketam-ketam comel tu nanti. Kalau tak nak, korang boleh letak dalam seluar korang (itupun kalau korang tak nak kena kepit! hahahaha)

Cara-cara tangkap ketam atau mengetam?

  1. Korang ambil kepala ayam tadi dan cucuk pada batang buluh tu. Kalau ada banyak kepala ayam, lagi bagus sebab lagi banyak ketam-ketam comel yang bakal korang dapat nanti.
  2. Pacakkan batang buluh tadi dalam air pantai tu. Pacak pada kedalaman air paras lutut korang jadilah. Jangan p pacak sampai paras pinggang. Itu nak tangkap binatang lain!
  3. Dah siap pacak, korang tinggalkanlah buluh-buluh tu. Jangan korang tunggu tercegat kat situ. Segan ketam nak datang gigit kepala ayam tadi.
  4. Dah agak-agak 2-3 minit, pergilah tengok batang-batang buluh tadi. Bawak lampu suluh dan suluh dalam air. Tengok ada tak ketam sedang bergayut-gayut kat kepala ayam tu. Kalau ada, korang tangkaplah ketam tu dengan tangan korang. Pepandailah nak tangkap macam mana, janji jangan kena kepit!

Hasil operasi mengetam kami malam tu!

tempat menarik di kuala terengganu tangkap ketam

Ketam-ketam yang siap sedia untuk dingap!

Tak banyak tapi puas hati dan gembira sebab dapat luangkan masa bersama adik-beradik. Berkumpul ramai-ramai memang best!

@hafizmd – Punyalah lama tak update blog ni. Dah rasa kaku minda. Takpe, kadang-kadang baguih jugaklah tak update blog. Baik ambe ‘diam’ daripada ambe tersalah tulis bukan-bukan dalam blog ni

{ 28 comments… read them below or add one }

Hazmin Hamudin May 30, 2014 at 4:44 pm

Ketam kecik2 tu boleh makan ke bro? Macam best je

Reply

hafizmd May 30, 2014 at 4:50 pm

Boleh bro. Kecik2 tp sedap woo..hehe

Reply

Shah Danial May 30, 2014 at 5:15 pm

Bestnya bro dpt luangkan masa riadah gini rupa kat perkampungan nelayan, tingat kampung aku lak, pantai jg..

Kuala Terrngganu mmg bnyk port cantik la.

Nanti ada masa nak ke sana g candat sotong and tangkap penyu lak la :D

Reply

hafizmd May 30, 2014 at 6:28 pm

Mmg best bro!

Petang2 lepak smbil layan anak2 mandi pntai. Malam p tgkp ketam pulak.

Pagi joging kat pantai.

Sotong boleh bro…penyu no no no…hahahaa

Reply

Bahrain May 30, 2014 at 5:48 pm

Tak tau pula ketam kecik-kecik ni boleh makan, biasanya makan time ketam dah besar.

Reply

hafizmd May 30, 2014 at 6:31 pm

Ni kecik2..kurang isi..tp rangup2…sodap!

Reply

zik May 30, 2014 at 7:24 pm

Nampak comel pulak ketam2 nih.. Boleh tahan hasil tangkapan nih.. Hehe

Reply

akubiomed May 30, 2014 at 8:17 pm

Banyak hasil tangkapan ketam. Belum pernah ada pengalaman menangkap ketam selain pengalaman mengutip kerang. :-)

Reply

Denaihati May 30, 2014 at 10:21 pm

wah, masak sambal sedap ni. tambah pulak hasil tangan sendiri

Reply

Ustazah Ain May 30, 2014 at 11:31 pm

Comelnya ketam2 tu, kena tangkap banyaklah kalau nak puas makan.

Reply

Hairul Azni May 31, 2014 at 12:33 am

Masak apa ketam2 ni bro?masak goreng pedas ke?
Makan dengan nasi panas mesti sedap ni..

Reply

amirulfaiz May 31, 2014 at 6:39 am

Letak ketam dalam seluar, wah, idea untuk rancangan Fear Factor nih. Haha. :D

Reply

Hafizul May 31, 2014 at 7:58 am

Tak pernah makan lagi ketam ni..sedap ke ketam ni?rasa macam ketam yang besar tu ke?

Reply

Ismail N May 31, 2014 at 3:19 pm

Adehh.. mcm tu rupanya cara mengetam. Nape kecik2 jer ketamnya? Yg besar2 cam ne nak tangkap ehh?

Reply

cyza May 31, 2014 at 10:53 pm

hmmm makan dengan cengkerang dia sekali ke?

Reply

APAN June 1, 2014 at 10:33 pm

jiwaku bukan di laut atau sungai2…
mmg kureng sket bab tangkap ikan dll ni…
tp guna kepala ayam ek…baru tau…

Reply

KKTG June 2, 2014 at 3:34 pm

Ni mcm baby crab yg popular kat restoran seafood di sekitar KK. Selalunya kena goreng tepung & blh mkn cengkerangnya sekali. Rangup & mmg sedap. :D

Reply

Ahmad June 3, 2014 at 4:29 pm

Post yang menarik! Rasa macam nak cuba jugak.

Reply

Hairul Hissam June 3, 2014 at 10:03 pm

comel2 pula ketamnya….
terima kasih atas cara menangkap ketam tu.. :D

Reply

Mummy Dina June 4, 2014 at 12:14 am

oo..camtu ke cara tangkap ketam..baruku tahu..
selama ni tau makan je..hihi

Reply

Hafizul June 5, 2014 at 7:39 am

Huhhh..lama benarnya bercuti..selamat bercuti boh..tak sabar nak baca kisah cuti deme..hehe..mesti ada part2 menarik ni..kan???

Reply

Hafizmd June 5, 2014 at 8:23 pm

huhu..ambe dah balik dah boh..tp sebab perasan sibuk dgn kerja tempat baru..tu yg tak nyempat nak update blog…hohoho

Reply

Kamil Salleh June 7, 2014 at 11:57 pm

Wah…tak sangka kamu pandai tangkap ketam. Saya tak tangkap ketam, takut kena sepit. Saya suka cari remis, kepah kalau pergi pantai kat kampung saya.

Reply

Sop June 12, 2014 at 2:49 pm

lama xmengetam kat pantai chendering
last2 masa bujang dulu..
byk hasilnya tu bro

Reply

NutriBullet June 20, 2014 at 11:43 pm

Cantik tapi belum pernah sampai lagi, teringin juga nak pergi

Reply

faizal June 30, 2014 at 12:08 pm

banyaknya ketam dapat..rezeki

Reply

faizal June 30, 2014 at 12:32 pm

nampak comel ketam tu

Reply

zul November 10, 2014 at 8:50 pm

Nie la namanye ketam ‘ragi’.Bg aku ketam nie lg sedap dr ketam yg besar tu..cuma yg lecehnye kecik sgt..hehe..paling besar pun besar tapak tangan je..dulu pernah tangkap..tp pakai umpan ikan kering…tangkap ngan tangan je…hohoho

Reply

Leave a Comment