Nak tulis tajuk pun payah!

- 2 January 2017Bicara santai

Assalamualaikum. Nak tulis tajuk post pun payah. Apa lagi nak tulis isinya. Inilah penangan rehat panjang dalam aktiviti menulis. Kalau dulu-dulu, seminggu boleh keluar 2 atau 3 entri, sekarang setahun nak keluar 2 pun sakit. Dah tak layak jadi penulis blog gayanya.

Ok. Buat rakan-rakan blogger yang tersinggah di sini, terima kasih aku ucapkan. Jangan terkejut sebab ada entri baru. Bukan blog ni kena godam. Memang aku sendiri yang sedang menulis sambil ligat berfikir nak tulis tentang apa. Itu yang tajuk entri pun dah memang tak ada motif langsung. Entri ini pasti aku anggap entri pemanas “enjin” untuk tahun 2017. Moga-moga tak berhenti setakat ini dan sambung tahun depan pula…hahahaha

Walaupun blog ni dah lama tak berupdate, aku tetap sayang blog ni. Dengan blog inilah, banyak juga kenangan manis yang berjaya diraih selama mana aku menulis. Paling best, blog ini masih mampu memberi seposen dua hasil dari permainan affiliate beberapa produk yang aku tampalkan pada sesetengah entri yang sentiasa ramai pembacanya.

tips untuk berjaya

Jangan takut untuk terus melangkah!

Jadi, nak dijadikan cerita, bulan ni dah sampai masanya untuk aku renew setahun lagi usia blog ni. Kalau tak renew, tamatlah riwayat blog ni. Antara perkara yang aku buat sebelum menulis entri ni ialah aku tengok statistik blog ni sepanjang tahun 2016. Berapa ramai pengunjung ke sini sepanjang tahun. Kalau dapat dalam 1,000 orang sehari singgah ke sini, dah kira bagus dah untuk blog yang hanya menulis sekitar 1 atau 2 entri setahun. Betul tak?

Statistik blog ni pada bulan November 2016, tak mengecewakan aku. Walaupun tak mencanak, ada kepuasan yang tersendiri yang hadir selepas aku perhatikan top entri yang dilawati pembaca. Semuanya entri yang berinformasi. Moga entri-entri tersebut terus dapat membantu mereka yang benar-benar mencari penyelesaian.

statistik blog

Cukuplak sekadar beberapa kerat untuk entri pertama tahun 2017. InsyaAllah, akan ada lagi entri-entri yang lebih menarik dan memberi sesuatu info berguna untuk kita semua.

{ 31 comments… read them below or add one }

anuar January 2, 2017 at 7:36 am

Hebat.. walaupun dah lama tak update blog.. tapi masih boleh dapat purata 1000 trafik sehari..
Baca entri terkini Blogger anuar´s: Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah

Reply

hafizmd January 2, 2017 at 3:01 pm

harap ehsan entri2 lama jer bro..hahaha
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Nak tulis tajuk pun payah!

Reply

onlajer January 2, 2017 at 1:39 pm

bro punya artikel lama banyak jadi rujukan nih
Baca entri terkini Blogger onlajer´s: Komisen kali Ke 10,11,12 Lazada “U can duit”

Reply

hafizmd January 2, 2017 at 3:01 pm

betul bro..nk harap entri baru..mmg xde dah…nak kena mula balik ni..
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Nak tulis tajuk pun payah!

Reply

Azwan January 2, 2017 at 3:59 pm

Biasa la tu, injin baru nak panas. Tengok lah nanti, berdesup-desup entrinya.
Baca entri terkini Blogger Azwan´s: 7 Formula Menulis Blog Berbahasa Inggeris Bagi Bukan Penutur Jati.

Reply

hafizmd January 2, 2017 at 10:03 pm

harap2nye camtulah…jgn terus tutup enjin..tahun depan buka balik…hahahhaa
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Nak tulis tajuk pun payah!

Reply

titan January 2, 2017 at 5:33 pm

lama sangat hang pi bertapa nih.

mesti dah tahap power ranger nih.
Baca entri terkini Blogger titan´s: Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia

Reply

titan January 2, 2017 at 5:33 pm

lama sangat hang pi bertapa nih.

mesti dah tahap power ranger nih.
Baca entri terkini Blogger titan´s: Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia

Reply

hafizmd January 2, 2017 at 10:04 pm

hahahaha..sikit lagi nak sampai tahap hokage…kah3
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Nak tulis tajuk pun payah!

Reply

titan January 5, 2017 at 5:17 am

takpe.

tak lama lagi sampai la.
Baca entri terkini Blogger titan´s: Minyak Herba Asmak Penawar Asma pada Bayi

Reply

Hafizmd January 7, 2017 at 1:33 am

yeah..harapnye camtulah…mood tu dah nampak jalan pulang dah..hahaha

Reply

titan January 9, 2017 at 11:43 pm

semoga sentiasa nampak jalan pulang.
Baca entri terkini Blogger titan´s: Brainwash – Part 2

sohoque January 2, 2017 at 10:36 pm

steady boh… level sifu dah ni, tak hapdet lama pun menten trafik
Baca entri terkini Blogger sohoque´s: Minyak Herba Asmak – Produk Mesti Ada Di Rumah Maupun Di Dalam Kembara

Reply

Hafizmd January 7, 2017 at 1:36 am

sifu gua adalah boh…hahhaha

Reply

Bahrain January 2, 2017 at 10:37 pm

lama juga dah tak singgah sini rupanya owner dah lama tak update. hehe. hope tahun ni semangat lagi menulis. hehe
Baca entri terkini Blogger Bahrain´s: Post Adarain Paling Popular 2016

Reply

Hafizmd January 7, 2017 at 1:36 am

yup..lama wooo…mood dah hilang masuk gua…

Reply

cik tom January 3, 2017 at 9:23 am

hebat tu tak update still maintain gak trafik 1k sehari…kena cepat2 renew la…rasa seronok kan bila entri kita yang lama2 dpt beri manfaat pada pembaca di luar sana..

ciktom pun pernah masuk ke blog ni masa tgh cari psl sakit perut..thn lps..hihi..

selamat tahun baru 2017..semoga semakin dimurahkan rezeki..
Baca entri terkini Blogger cik tom´s: Ada Apa Dengan Minyak Herba Asmak

Reply

Hafizmd January 7, 2017 at 1:35 am

alhamdulillah..takdelah sampai 1k sehari..nak cecah sikit lagi 1k..

entri sakit perut tu antara entri yg laris kat blog ni..tq cik tom singgah

Reply

akubiomed January 3, 2017 at 11:39 am

Biasalah menulis blog ada pasang surutnya. Bila ada kematangan dalam menulis blog tidak lagi menulis perkara-perkara remeh sekadar menarik trafik.

Kemantangan untuk berkongsi info-info yang memberi manfaat kepada masyarakat bukan mencari masalah dengan menulis posting yang kontroversi.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Bauan minyak wangi deodoran ROMANO pemangkin kuasa sinergi

Reply

Hafizmd January 7, 2017 at 1:34 am

Alhamdulillah. Sentiasa elak untuk tulis isu2 yang kontroversi untuk lariskan blog.

Reply

Hafizul January 5, 2017 at 4:30 pm

Wahhh lama dia lagi bertapa dari kiter.. hahaha…
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Selamat Tahun Baru 2017

Reply

Hafizmd January 7, 2017 at 1:32 am

hahahhaha…ambe bertapa jauh…deme dekat2 jer..hahaha

Reply

raihanah January 6, 2017 at 6:56 am

tulis blog memang ada turun naik juga kan
Baca entri terkini Blogger raihanah´s: Manfaat POLYGANUM CUSPIDATUM dalam VIVIX

Reply

Hafizmd January 7, 2017 at 1:32 am

Itulah cerita saya. Jangan jadi macam saya yer..teruskan berkongsi manfaat

Reply

yazidane January 6, 2017 at 9:34 am

Memang payah menulis ni..semua nak kena ade mood..takde mood memang apa pun tak leh tulis..
Baca entri terkini Blogger yazidane´s: Resepi Coleslaw Mudah dan Cara Membuat Coleslaw

Reply

Hafizmd January 7, 2017 at 1:31 am

Setuju. Kalau tak..tulis save draft..habislah

Reply

uber lejen January 7, 2017 at 12:34 am

lama pergi mengilang nih.

mesti ada barang baik.
Baca entri terkini Blogger uber lejen´s: Berapa UPAH pemandu UBER dapat?

Reply

Hafizmd January 7, 2017 at 1:30 am

ahahah..bertapa tak habis2..

Reply

Hairul HIssam January 7, 2017 at 2:40 am

blog nie mcm brg antik juga.. makin lama.. makin bernilai..
mmg sayang giler kalau tak di renew….
Baca entri terkini Blogger Hairul HIssam´s: 2 Sebab Pakej DVD Cakoi DiTutup Dan Kenapa Ramai Penjual Ebook & Video Belajar Lingkup

Reply

hafizmd January 7, 2017 at 10:05 pm

hahaha..harap2 ade nilainya yg tersendiri dalam memberi info bermanfaat…

alhamdulillah dah renew semalam
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Cara Cepat Mudah Kuruskan Badan dengan 6Tropin Fat Burner

Reply

ajumohit January 8, 2017 at 4:58 pm

hebatlah traffik maintain even x update, baru2 ni blog byr error 404, emm kuss semangat
Baca entri terkini Blogger ajumohit´s: NeuroGain dan Obical supplement untuk ibu hamil

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge