Oct 13, 2011

Entri pertama selepas beku…

Assalamua’laikum.

Lama tak bersiaran. Kaku dan beku. Tak tahu mana nak mula. Cerita apa yang nak ditulis dulu. Sekali lagi, aku kaku dan beku tapi bukan malu.

Dalam diam-diam, hampir sebulan juga aku tak menulis apa-apa di sini. Hanya sempat bermain dengan kanvas baru untuk blog ini. Konon nak kasi naik motivasi untuk berblogging, dan rasanya aku berjayalah juga. Dalam ‘mood’ baru nak elok, tiba-tiba semalam sekali lagi server di JomHosting alami masalah. Kalau ikut yang ni, memang banyak kali juga blog ni ‘down’. Nasib baik tak ‘kiok’ saja.

Untuk menaikkan kembali semangat dan sengat masing-masing, aku umumkan mereka yang sentiasa rajin dan singgah di sini walau aku tak ada ‘update’ apa-apa entri pun. Terima kasih pada semua (aku tahu ada yang datang tapi tak tinggal komen, aku amatlah hargainya..). Terima kasih semua. Aku dah kembali!

  1. "blogger terbaik bulanan"en. dnobiz
  2. pn. surihatiku
  3. pn. bEe
  4. pn. suri
  5. en. tehr
  6. en. akubiomed
  7. pn. mama murai
  8. en. DLSL
  9. en. maza
  10. cik adele

Untuk 3 yang teratas, aku sertakan link rss blog anda di bahagian kanan blog. Bolehlah aku terjah selalu ke sana. InsyaAllah, aku rasa patut ada ganjaran yang lebih baik untuk anda semua.

Terima kasih buat semua yang tinggalkan salam takziah. Sesungguhnya kehilangan ini sesuatu yang amat memberi kesan pada kami sekeluarga. Namun, semuanya adalah milik Allah jua. Dialah Pemilik segala isi alam ini.

® hafizmd – insyaAllah, akan gasak karya anda semua….tunggu….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 komen setakat ini

  • Selamat kembali ye :-)
    Jika rasanya berblogging boleh menghilangkan sepi, berbicaralah sepuasnya dlm blog krn itulah kepuasan hakiki hehehehe ;)

    • Terima kasih :D

      Alhamdulillah..dapat juga meluah apa yg dirasa…

      • :-)
        Yg pntg happy kan ;)
        Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Renungkanlah!

        • betul tu bEe :D

          janji kita sentiasa hadiahkan doa utk mereka

  • Oppsss terlupa!
    Apa khabar org di sana…. ;)

    • hehe…alhamdulillah….sihat wal’afiat

      terima kasih bEe :D

  • macam tu lah kita.. kadang2 tak terjenguk blog bukan sbb tak hendak .. ada saja yg menghalang.. tapi tak pe semangat kita masih kuat utk blogging dan menyambung silaturrahim
    Blogger ciksembang´s berkongsi entri terkininya ..Hilang separuh kerisauan

  • selamat kembali.. apa lagi.. bila nak tukar ….?hehee
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Kembalilah Ke Pangkuanku

  • Selamat kembali mengaktifkan diri berblog :D
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Bajet 2012 – Dari 12% ke 13%

  • Good to comeback again. :-)
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com

  • Welcome back my friend
    Blogger Andy´s berkongsi entri terkininya ..Learn about the simple questions to ask during an interview

  • waa terima kasih , tak sangka saya di tangga 3 teratas juga ..eh rajin juga saya komen2 rupanya hihi..

    jom blogging sampai lebam , blog lah jangan beku2 ..tulis setiap apa yg terlintas .. lagi2 blog personal lagi senang nak tulis kan :)
    Blogger puanbee´s berkongsi entri terkininya ..Siapa Lebih Sibuk ni

    • eh silap pandang ..malu hahahaaaaa
      Blogger puanbee´s berkongsi entri terkininya ..Siapa Lebih Sibuk ni

      • hehe…maaf jugak puan bee…buat termalu pulak…..hehehhehe

        p/s-terharu juga blogger sehebat puan bee rajin singgah sini…terima kasih :D

    • insyaAllah…selagi ada isi dan idea…akan dikongsi bersama :D

      terima kasih kembali puan bee singgah sini :p

  • Oh patutlah jarang nampak.
    Okay selamat kembali berblogging ;)
    Blogger nizamghazi´s berkongsi entri terkininya ..Berapa Kerap Update Artikel Untuk Beloved Readers?

    • Terima kasih Nizam…

      Kembali seronok dan hilang sikit kebekuan

  • mula-mula aku pelik gak. Lama gak menghilang. Tapi bila tau sebabnya. Faham-faham ajelah. APapun, selamat kembali. :)
    Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Edisi Siasat – Buat Duit dengan CPM.biz

    • titan, terima ksh selalu singgah :D

  • Kawe faham perasaan bro. Tahun ni jugak kawe kehilangan org yg paling kawe sayang. But life goes on bagi mereka yg masih hidup. Itu hukum alam. Apa-apa pun “welcome back”. Semoga rajin berbloggin lepas nie.
    Oppss… kureng 3 komen utk kasi kalah bEe.. cissss! :D
    Blogger Dulu Lain Sekarang Lain´s berkongsi entri terkininya ..Elemen Penyebab Dan Kesalahan Dalam Undang-Undang Tort

    • Itulah lumrah ketentuan Allah.

      Cuma macam rasa rindu tu kdg2 tak leh nak tahan bro

      p/s-bulan ni kasi pintas bro…hehe

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri