Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41

- 25 March 2014. Updated 19 November 2015Bicara santai

Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41. Exam bertulis s41 pegawai arkib makin hampir. Dah buat persediaan rapi? Tahniah jika anda adalah salah seorang calon Pegawai Arkib.

contoh soalan peperiksaan bertulis pegawai arkib s41

Ada contoh soalan dan jawapan esei BM & BI juga.

Namun, adakah anda sudah mula membuat persediaan? Saya kongsikan contoh soalan peperiksaan bertulis Pegawai Arkib untuk anda. Semoga anda mempunyai serba sedikit petunjuk untuk menghadapi exam bertulis ini nanti.

Contoh soalan peperiksaan bertulis Pegawai Arkib S41 2014

Peperiksaan bertulis Pegawai Arkib S41 dipecahkan kepada 4 seksyen utama iaitu A, B, C dan D.

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia & Alam Sekeliling (40 minit, 50 soalan).
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Soalan Karangan Bahasa Melayu
  4. Seksyen D – Soalan Karangan Bahasa Inggeris

Untuk melihat contoh soalan Seksyen A dan Seksyen B, anda boleh terus ke pautan entri di sini; “Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Seksyen A dan Seksyen B Pegawai Arkib S41″

Di bawah antara contoh soalan Seksyen B yang menguji kemahiran perangkaan.

download contoh soalan peperiksaan bertulis pegawai arkib s41

Contoh soalan kira-kira bagi ujian bertulis Pegawai Arkib S41

Untuk entri ini, saya kongsikan contoh soalan karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk soalan peperiksaan bertulis Pegawai Arkib S41.

Contoh soalan dalam Seksyen A

Paling penting untuk calon peka dengan jawatan Pegawai Arkib, jabatan, skop tugas dan yang berkaitan dengan tugas Pegawai Arkib S41.

1. Rekod merujuk kepada

  1. Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat.
  2. Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
  3. Pelan, lukisan, gambar foto, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
  4. Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.
  1. I dan II
  2. I, II dan III
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

2. Rekod tidak aktif merujuk kepada

  1. Rekod yang tiada kepentingan dalam pentadbiran kerajaan.
  2. Rekod digital berkaitan sejarah dan peristiwa penting negara yang tidak lagi menjadi rujukan utama.
  3. Rekod yang tiada tindakan lanjut dikehendaki diambil ke atas rekod itu atau rekod yang tidak lagi dikehendaki untuk pentadbiran harian di jabatan/agensi kerajaan.
  4. Rekod semasa yang pernah digunakan dalam sidang akhbar-akhbar utama negara dan kini sudah tidak digunakan lagi sebagai rujukan utama pentadbiran kerajaan.

Ini sekadar contoh soalan peperiksaan bertulis Pegawai Arkib. Bukan soalan ramalan yer. Kalau calon nak baca lagi contoh soalan, boleh terus ke pautan di bawah;

Baca contoh-contoh soalan exam bertulis Pegawai Arkib S41

Contoh soalan karangan Bahasa Melayu Pegawai Arkib

Berikut ialah contoh soalan yang boleh dikemukakan kepada calon pegawai arkib s41;

  1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.Bincangkan

Soalan yang dikemukakan kepada calon memerlukan calon menulis dengan teratur lagi tersusun, kreatif dan kemungkinan juga ada soalan berkaitan dengan Jabatan Arkib Negara. Tiada had panjang karangan dan ini memberikan ruang untuk anda menulis isi-isi penting karangan dengan lebih banyak. Kurangkan juga kesalahan tatabahasa.

Saya amat menyaranakan bakal calon exam bertulis Pegawai Arkib untuk melayari laman Arkib Kerajaan untuk membaca  beberapa fakta penting seperti fakta Kabinet Pertama Malaysia, Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan lain-lain sejarah penting negara.

Contoh soalan karangan Bahasa Inggeris Pegawai Arkib

Antara contoh soalan esei Bahasa Inggeris ialah;

  1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.
  2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than face-to-face contact for its main means of communication?

Paling penting ialah kurangkan kesalahan grammar dan tiada had karangan. Tulis isi penting dan cuba huraikan dengan menyertakan contoh-contoh terbaik bagi setiap isi penting.

Panduan Khas Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41?

Buat kesekian kalinya, Tim InfoKerjaya berjaya mengeluarkan satu panduan menjawab soalan peperiksaan bertulis bagi calon Pegawai Arkib S41.

contoh soalan peperiksaan bertulis pegawai arkib s41 2014

Ramai calon Pegawai Arkib S41 yakin dengan Tim InfoKerjaya & dah tak sabar mendapatkan panduan ni.

Rekod cemerlang Tim InfoKerjaya di dalam menyediakan contoh format soalan dan jawapan telah banyak membantu calon-calon peperiksaan bertulis dalam banyak sesi ujian. Antara yang ditawarkan oleh panduan soalan peperiksaan bertulis ialah;

  1. Format ujian bertulis S41 Pegawai Arkib
  2. Contoh soalan bagi setiap seksyen
  3. Contoh jawapan bagi setiap seksyen
  4. Cara menjawab dengan tepat bagi soalan yang memerlukan logik
  5. Cara menjawab dengan cepat soalan-soalan matematik asas
  6. Contoh soalan dan jawapan bagi soalan esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Cara mendapatkan Panduan Contoh Soalan Pegawai Arkib S41

  1. Daftar/dapatkan di sini –> Download Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib s41

  2. Semak emel anda (termasuk kotak spam). Pengesahan akan dihantar terus ke kotak emel anda.

  3. Ikuti langkah-langkah yang diperlukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan anda terlepas/tersalah langkah mendapatkan panduan berharga ini.

Akhirnya, saya mendoakan semua calon peperiksaan bertulis Pegawai Arkib mampu bersedia sebaik mungkin kerana persaingan amat sengit. Jadilah calon yang bersedia dengan ‘senjata yang terbaik’ dan saya amat sarankan anda untuk mendapatkan panduan khas yang saya nyatakan di atas.

Boleh ke sini sekali lagi untuk mendapatkan contoh soalan peperiksaan bertulis S41 Pegawai Arkib;

Dapatkan panduan S41 di sini –> Contoh Soalan & Jawapan Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41

Selamat berjaya dan semoga lulus dalam sesi kali ini.

{ 20 comments… read them below or add one }

Anak Askar Pencen March 25, 2014 at 10:37 am

Advantage untuk siapa-siapa yang pernah jadi pengawas pusat sumber kat sekolah. Nak uruskan dokumen-dokumen lama ni bukan mudah.

Reply

Denaihati March 25, 2014 at 11:15 am

semakin banyak panduan untuk peperiksaan kakitangan awam sekarang, amat bagus dimanfaatkan.

Reply

Hairul Azni March 25, 2014 at 12:47 pm

Info berguna..dan selamat berjaya juga buat calon yang bakal mengambil peperiksaan ini..

Reply

Zufar March 25, 2014 at 1:59 pm

tgok tren skang makin byk org yg kongsi psl peperiksaan utk staff awam..bagus2…taderlah gelap gambo sgt nnt nak masuk dewan. :)

Reply

aku penghibur March 25, 2014 at 3:59 pm

sangat berguna entri ini, semoga berjaya kepada mereka yang akan mengambil peperiksaan

Reply

titan March 25, 2014 at 6:52 pm

tak ramai rasanya calon kali ni..

Reply

Hafizmd March 25, 2014 at 7:16 pm

Betul tu..tak seramai yg sblum ni….hoho

Reply

UmmiKami March 25, 2014 at 8:55 pm

Assalamu’alaikum….dah makan ke belum….lama Kak Ummi tak ziarah ke sini….apakhabar adikku Hafiz….semoga sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga tercinta….. :)

Reply

Hafizmd March 26, 2014 at 6:53 pm

Wa’alaikumussalam kak ummi.
Alhamdulillah sihat2 ajer..terima kasih kak ummi atas doa…sama jugaklah..moga kak ummi sihat dan gmbira besama famly tsyg

Terima kasih kak singgah sini

Reply

ajumohit March 25, 2014 at 10:48 pm

panduan berguna buat mereka yg berkenaan, good luck

Reply

Pendekar Berkuda March 26, 2014 at 1:21 am

Banyak juga yang main affiliate ni ya.

Reply

Hafizmd March 26, 2014 at 6:51 pm

Main affiliate smbil berkongsi info

Reply

profhariz March 26, 2014 at 5:10 pm

Saya tengok pun berminat nak beli. hihihi

Reply

Hafizmd March 26, 2014 at 6:08 pm

Belilah…belilah…hehehe

Reply

Khir Khalid March 26, 2014 at 7:09 pm

Semoga memudahkan sesiapa jua yg berkenaan utk berjaya.. in shaa Allah…

Reply

Hafizmd March 26, 2014 at 8:29 pm

Itulah yg diharapkan…moga calon dpt hint utk ujian bertulis peg arkib

Reply

hafiz March 27, 2014 at 1:28 pm

kali ni calonnya dengar tak ramai, maka peluang tu tinggi

Reply

Hafizmd March 28, 2014 at 7:01 am

Buat pulak hari selasa….

Reply

Hafizul March 31, 2014 at 11:30 pm

Kecewa ahh yang ni..langsung tak ada CLICK..hahaha

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:34 pm

Calon tak ramai boh

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }