“Abang, Sayang nak buat Wall MakeOver by Na….”

Assalamua’laikum.

Di suatu petang yang indah lagi nyaman. Sementara tunggu waktu nak berbuka puasa, entah macam mana tergatal pulak tunjukkan beberapa keping gambar ruang tamu yang dah siap di makeover by Na pada isteri tersayang. Isteri ambe ni memang suka tengok benda-benda cantik comel macam ni. Isteri orang lain, ambe tak tahulah…hehehe. Belek punya belek, isteri dah berkenan sangat pada satu design ni. Mulalah dalam diam-diam ubi berisi, ambe pasang niat untuk mula menabung untuk penuhi hajat isteri terchenta. 

Wall MakeOver By Na

Cerita tu tak habis kat situ. Ambe kalau dah mula pasang niat, usaha terus kena buat. Malas nak tangguh. Korek punya korek, tup-tup rupanya Blogger NadiaFarahida sedang cari 3 buah rumah untuk dimakeover! Lagi best, ianya PERCUMA! Hati dah mula berbunga-bunga, sama macam design yang isteri berkenan sangat tu. Peluang besor macam ni, bukan datang banyak kali. Peluang yang ‘Official Blogger Manager’ bagi pihak Wall MakeOver by Na tawarkan ni tak mampu ditolak. Mana tahu, ada rezeki untuk isteri ambe. Mahu tersenyum lebar dia nanti…

Tapi sebelum tu, betul ke tawaran ni. Maklumlah, first time singgah blog ni. Habis sejam jugaklah ambe lepak-lepak kat blog ni. Belek-belek entri lama dia. Jelas, Blogger ni bukan calang-calang orangnya. Banyak kali jugak dapat masuk majalah. Bukan sebarang majalah,  antaranya Majalah Mingguan Wanita lagi! Boleh baca di entri INI. Ambe tertarik dengan kata-kata dia yang ni;

“menurut pemilik, keinginan untuk menjadikan kediamannya ini seolah-oleh hotel membuatkannya melibatkan diri dalam setiap pembelian material agar bersesuaian dengan kehendaknya.”

Sudah. Makin tak keruan bila tengok ruang tamu rumah dia. Cantik woo! Ambe yakin, pasti ianya sentuhan Blogger Nadia sendiri ditambah dengan sentuhan Wall MakeOver By Na.

Ini design yang isteri ambe berkenan sangat tu.

design wall makeover by Na

Kenapa design ni?

“Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana memang dah lama sangat nak tukar selera warna cat ruang tamu yang dah makin kusam. Andai terpilih, ini kiranya kejutan paling best sempena ulangtahun perkahwinan kami pada Ogos nanti. Pasti ianya pengalaman sukar nak dilupakan. Tambahan lagi, ada sentuhan pakar!”

Tak reti nak tulis panjang-panjang. Yang ambe tahu, bila dapat buat isteri senyum memanjang, itulah antara saat paling best dalam hidup ambe sebagai seorang suami. Noktah =)

@hafizmd – Wall MakeOver by Na. LIKE entri ni tanda sokongan anda untuk ambe bertuah kali ni =)