Oct 19, 2011

Blog dan blogger…

Assalamua’laikum. Alhamdulillah.

Ucaplah ia waima kita tak berapa sihat hari ni. Lagipun, tiap-tiap hari DIA kasi kita sihat sampai makanpun ada sisanya. Ucaplah Alhamdulillah (iye, ucap sekarang beramai-ramai :D )

Blog dan blogger. Boleh kata kalau tak jumpa 1 hari, rindunya pasti ada. Ibarat kita punya kekasih hati tapi tak dapat dimanjai (oustationlah ni). Apa jadi? Pastinya rindu tak bertepi. Oh! Indahnya CINTA. Maka, bahagiakah kita?

Blogger dan blog. Ada orang kata tak ada blog tak mengapa. Ada yang bangga punya blog walau biasa-biasa saja. Ada yang rasa dia punya blog…dia punya suka nak tulis apa. Tak kisah pasal dosa pahala. Maka, bahagiakah kita?

Blog dan blogger. Ada yang tulis semata-mata nak nama. Habis berita dicanang merata. Entah fakta atau auta. Janji blognya dapat nama…traffik mencurah tak terkata. Macam dosa pahala bukan kita punya. Maka, bahagiakah kita?

Blogger dan blog. Tak cukup berblogging, bertwitter berfb pula. Pantang ada berita, habis ditweet ditagnya. Tak pasal-pasal penuh akaun kita. Dah jadi spammer pula! Jenuh kita nak men’delete’nya. Kalau ‘remove’, dikata tak setia kawan pula. Akhirnya, kita biar saja. Maka, bahagiakah kita?

Blog dan blogger. Entri kita, wajah kita. Itulah kita. Bukan orang kata, tapi aku yang rasa. Jangan pula entri orang, kita ‘claim’ hak kita. Nanti ada lidah yang bercabang dua. Sudahnya ada yang kata-mengata. Tak pasal-pasal kering pahala yang secoet dua. Ingatlah, ada padang, adalah aturannya. Maka, bahagiakah kita?

Blog dan blogger. Apa saja yang aku kata, bukan benar semuanya. Aku juga manusia biasa. Makan budu…kadang-kadang burger. Banyak dosanya, kurang pahala pula. Maka, yang membezanya…hanyalah amal kita.

Blogger dan blog. Dari meja seorang blogger yang baru lepas makan nasi bersama isteri tercinta.

® hafizmd – maaflah merepek tak tentu pasal yer…tak tahu nak tulis apa…main bedal saja…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 komen setakat ini

  • Blogger yang baik ialah blogger yang beretika…

    Sama seperti kerjaya yang lain, perlu sentiasa menjaga tatasusila dan standard!
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Version 2.0 – Wordless Wednesday #14

    • Setuju!

      Etika mesti ada..insyaAllah selamat

  • blog dan blogger. kisah kehidupan seorang pelajar. malam2 baru boleh buka blog utk balas komen n blogwalking..letih…

    • takpe adele…

      buat 2 kerja sekali mmg penat…jadi pastikan rehat yg cukup

      kalau bosan, kasi smash bola ping pong satu :D

  • Sebelum menulis blog kita sudah tentu berfikir panjang mengenai kesan baik dan buruknya.
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday #14 – I Need A Break

    • Bagusnya kalau semua blogger camni…setuju tak bro?

  • blog dan blogger, menulis sesuka hati je.
    Blogger eiela´s berkongsi entri terkininya ..Kisah Payung

    • biar suka janji semua gembira

  • blog dan blogger itu kacak.
    Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Penjual aiskrim yang kacak tetapi kejam.

    • yg kacak tu akulah yer….hahahaha

  • walaupun bedal tulis tapi ada makna yang mendalam :)
    Blogger puanbee´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday : Strawberry Farm

    • bedal yg memang bedal ni puan bee..hehe

      bagus juga ada makna ni… :D

  • ayat2 yang penuh dengan irama

    blog dan blogger
    penuh beraneka warna
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Apabila Tuhan Memberi Hibur

    • irama yg ada warna
      pasti lebih ceria

      masih belajar lagi ni en tehr

      dan juga amat kagum dgn en tehr :D

  • hehe dah macam seloka plak, tak pun gurindam hehee
    tapi walaupun bro kata entri main bedal je, bagi aku isinya padat,
    penuh sinis dan punya makna..
    Blogger padin´s berkongsi entri terkininya ..Semasa Lah Sangat

    • akupun main hentam ni padin….

      kalau ade isi dan maknanya…alhamdulillah

      p/s-aku suka style bro tulis kat blog…buat pembaca berfikir

      • oh ye ke.. terima kasih, aku pon 2 x 5 je..
        hentam ikut suka..
        Blogger padin´s berkongsi entri terkininya ..Bab 3 : Di Terima

        • padin, sama2 kita hentam keromo janji ada isi :D

  • bedal, tapi de isi dan benarnya.. tepuk dada tanya diri, mana satu kita mahu jadi…
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..5 Cara Kembalikan Semangat

    • bedal bukan sebarang bedal… (bukan sang bedal yer….)

      kita pilih yg mana

  • apapun, teruskan menulis blog. Yehhh :)
    Blogger ohcikgu´s berkongsi entri terkininya ..Live Streaming Malaysia Vs Myanmar dalam VFF CUP 2011

    • terima kasih cikgu…yeahhhh!

  • merepek apa ehhh.. byk makna tu…
    adeh.. kawe ok kan bro? he he…
    Blogger Dulu Lain Sekarang Lain´s berkongsi entri terkininya ..Bus Stand Klang Akan DiTutup Mulai 11hb November 2011

    • bro dlsl mmg sangat terbaik…tak prnah lagi baca entri takde isi…terbaik!

  • macam2 fesyen dan ragam blogger dan blog yg ada sekarang.kalau kita dpt sampaikan ilmu/maklumat yg berguna, ia pasti membawa manfaat semuanya.
    Blogger Mekar´s berkongsi entri terkininya ..Roti Massimo … Keghairahan ala Itali

    • Setuju…

      Jadi, kita punya blog, kita pilih nak tulis apa…kan Mekar?

  • Blogger yg baik ialah blogger yg rajin menziarahi kwn2 ye tak! hehehe

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri