Biodata Ringkas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman MB Terengganu

Assalamua’laikum. Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang “diturunkan” jawatan. Ambe sebagai rakyat jelata Negeri Terengganu ‘tidaklah terkejut’ mana, disebabkan memang dah dengar khabar angin sejak tahun lepas lagi tentang perjanjian tempoh setahun antara Datuk Seri Ahmad Said dan PM Dato Seri Najib Razak. Benar atau tidak adanya perjanjian sebegini, wallahua’lam.

Isu kenapa Datuk Seri Ahmad Said di’turunkan’ jawatan tidaklah ambe berminat untuk tulis dan cerita panjang lebar di sini. Itu bukan bidang ambe. Anda boleh cari sendiri di blog-blog politik yang lain. Ambe hanya sediakan sedikit snapshot kronologi perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said pada 13 Mei yang lalu.

Cuma satu saje nasihat ambe, baca boleh tapi janganlah percaya 100%. Kalau rasa nak komen, komenlah secara akhlak orang Islam. Kalau nak maki, baik simpan kata-kata makian anda dalam mulut dalam-dalam! Itu lebih baik berbanding anda ‘berhutang pahala’ dengan sesiapa saja yang anda maki!

Apa yang lebih menarik perhatian ambe ialah siapa dia Menteri Besar baru Negeri Terengganu Darul Iman yang ambe sayangi ini. Dia ialah Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Biodata Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman

biodata Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif
  • Tempat lahir: Kuala Terengganu
  • Tarikh lahir: 7 November 1965
  • Sudah berkahwin dengan mempunyai 4 orang cahayamata.
  • Pendidikan: Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir.
  • Menteri Besar Terengganu yang ke-14, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.
  • Beliau juga memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri.
  • Hobi waktu lapang: Baca buku-buku agama.
  • Tempat yang paling ingin dilawati: Mekah dan Madinah

Inilah serba ringkas biodata Menteri Besar Terengganu yang terkini, Datuk Ahmad Razif. Sekadar pencerahan kepada diri ambe dan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui situasi terkini perkembangan politik di negeri Terengganu Darul Iman.

Ambe baca, tengok dan perhati penuh minat dari kejauhan!

kronologi ahmad said letak jawatan umno terengganu bekas menteri besar terengganu
Genap setahun!

Terkini:

  1. Datuk Ahmad Razif akan buat sidang media khas selepas bertemu PM.
  2. PAS Terengganu juga akan buat sidang media khas tentang kemelut politik Terengganu petang ni, pukul 5.
  3. 2.06 petang: Bekas MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kembali sertai Umno. Sebelum itu, Adun Bukit Besi iaitu Roslee Daud juga turut kembali sertai Umno.
  4. Nampak gayanya, kembali seperti asal. Hanya tukar MB Terengganu yang baharu.

Menarik untuk ambe perhati. “Dunia politik memang adakalanya kejam penuh sepak terajang diluar batasan!” & semuanya dalam perancangan Allah jua. Allah sebaik-baik perancang. Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Tinggal kita nak fikir dengan mata fitrah!

Tiba-tiba teringat entri kawan ambe yang ni tentang jasa Datuk Seri Ahmad Said. Boleh baca di sini yer, “Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman.”

@hafizmd – Macam ambe katalah, kalau nak komen silalah komen dengan adab dan akhlak seorang Islam. Bukan setakat di blog ini, malah kat mana pun kita, akhlak tunjang kekuatan kita. Betul dok ning?