5 cara untuk belai komputer…

Assalamua’laikum.

Didoakan semua sahabat sekeluarga dalam rahmat dan lindungan Allah jua. Ameen.

Ok. Cuba kita renung sejenak, bila kali terakhir kita ‘servis’ komputer peribadi@laptop kita? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas?

Atau belum pernah walau sekalipun? Kalau pernah, jangka hayat PC anda pasti lebih lama dan jika belum pernah, sekaranglah masanya untuk cepat-cepat buat mana yang mampu. Jika tidak, simptom demam, semput dan kurang bertenaga pasti akan terbit nanti. Jangan salahkan PC anda kurang berkuasa, tapi kita salahkan diri sendiri yang kurang peka. Boleh?

Jom pakat baca 5 cadangan mudah yang mungkin boleh memanjangkan jangka hayat PC kita:

1. Kemaskini Windows – Penting untuk sentiasa kemaskini sebarang ‘service pack’ terkini untuk tingkatkan kestabilan dan keselamatan –> tapi saiznya besarkan? apa kata anda? perlu ke?

2. Kawalan keselamatan Microsoft – Malware dan kawan-kawannya ada di mana-mana. Maka, kena ada antivirus dan yang mudah ialah download percuma Microsoft Security Essentials: KLIK UNTUK LAMAN DOWNLOAD. Tapi, cara yang baik ialah dengan cara ‘safe browsing’ —> Jangan nak masuk laman web merepek dan tak selamat…tahukan?

3. ‘Back up hard drive‘ – Senang cerita, sediakan payung sebelum hujan. Sila buat ‘back up hard drive’. Buat salinan semua data-data penting contohnya ke dalam ‘thumbdrive’ atau guna cara ini: CrashPlan

4. Bersihkan semua fail sementara – Dengan membuang fail-fail sementara mampu memberikan ruang yang lebih kepada PC untuk ‘bernafas’. Nak senang, guna saja benda ini: CCleaner

5. Lakukan ‘complete uninstall’  – Setiap kali kita ‘uninstall’ program, biasanya akan ada sisa-sisa yang tertinggal kesan dari proses tadi. Maka, untuk meningkatkan kelajuan PC kita boleh acu cuba try test Revo Uninstaller versi percubaan: Revo Uninstaller

Antara perisian di atas, ada yang sesuai untuk semua jenis platform, tapi kebanyakkan untuk pengguna Windows.

Kesimpulan : Selamat mencuba dan ingat yer, kalau sayangkan komputer, rajin-rajinlah servis mana yang patut!

® hafizmd – bulan Ramadhan, bulan untuk servis rohani dan jasmani kita (kita? pakat sumbat perut penuh-penuh!)

Ini adalah entri ~98% bersumberkan artikel ini: Yahoo