Sedikit perkongsian Ramadhan 1431H..

InsyaAllah, dalam beberapa jam saja lagi, kita dan seluruh ummat Islam tak kira di mana-mana saja akan menjalani suatu ibadah yang mana mampu mencanai diri kita yang serba kurang dan lemah ini untuk menjadi insan yan terbaik disisi Allah. Apa lagi kalau bukan puasa di bulan Ramadhan.

Sempena tu juga, saya ingin sekali berkongsi satu panduan ataupun Ramadhan Handbook yang kawan saya emailkan pagi tadi. Moga perkongsian ini meng’refresh’ dan mungkin meng’format’ kembali memori kita (saya khasnya) pada kemuliaan dan keberkatan yang terkandung dalam bulan Ramadhan.

Ini sedikit gambaran yang ada dalam Ramadhan Handbook ni. Kalau ada yang rasa mungkin berfaedah, bolehlah sama-sama untuk mendownload dan sebarkannya kepada sesiapa saja yang mahukannya. Sharing itukan caring. Moga ada keberkatan di dalamnya.

"fadhilat kelebihan syarat rukun puasa solat terawih"

Ini link untuk download handbook ini.

>>Ramadhan Handbook

Andai ada sebarang kesalahan fakta dalam handbook ini, harap sama-sama maklumkan yer..

® hafizmd – mungkin kita juga sudah berkira-kira kat mana nak beli lauk pauk, kuih-muih, ayam panggang upin ipin, ayam golek, nasi beryani dan segala macam juadah untuk berbuka..tapi kita kena ingat juga, ADAKAH KITA ADA PELUANG UTK PUASA TAHUN DEPAN?