Feb 5, 2012

Rasulullah SAW ikon terbaik!

Assalamua’alaikum.

Salam Maulidur Rasul. Sekarang, saya masih lagi kat kampung. Relaks dan santai bersama keluarga tersayang. Bila dapat duduk lama-lama kat kampung, makan ramai-ramai, aura positif akan lebih segar dan mekar gitu.

Sempena mengingati kelahiran Junjungan Nabi Muhammad saw, ada baiknya kita sendiri teliti dan tengok initisari hidup kita seharian.

Baginda cukup lengkap dalam segenap segi gaya kehidupan. Seorang lelaki, suami, ketua masyarakat, pemimpin negara, kawan, dan lain-lain peranan. Semuanya Baginda ada tinggalkan kita dengan sunnahnya. Bagindalah ikon sepanjang zaman.

Kita sekarang seolah-olah lupa akan ikon terhebat dan terbaik ni. Kita buat lebih kurang jer dengan sunnah dan ajarannya. Kita lebih agungkan teori, fahaman ciptaan manusia dan ikon-ikon barat yang banyak melalaikan. Bagindalah pencetus transformasi sepanjang zaman.

Sama-sama kita ambil Baginda sebagai model teladan dalam apa jua tindakan. Tiap kali kita nak bertindak, cuba fikir dulu sejenak “Apakah Nabi akan buat begini?”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 komen setakat ini

  • Sebagai seorang Islam, inilah ikon yang sebenar yang perlu diikuti.
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Salam Maulidur Rasul

    • Kita ramai yg lupe pade ikon ni…teraba-raba cari role model sebenar

  • Tidak perlu disangkalkan lagi. SAW.

    • Dialah ikutan sepanjang zaman.

  • Salawat dan salam buat nabi junjungan
    Ada ceramah oleh mat saleh kat tv 9 sebentar tadi
    Best
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Kelayakan Olimpik 2012 | Perlawanan Keempat Malaysia vs Bahrain

    • Salawat atas Rasulullah saw.

      Mmg best ceramah ustaz shuibb webb tu. Terang lagi jelas

  • hehe..lelaki kacak yang sukar aku tandingi dari pelbagai aspek tu..
    Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Kekalahan kedua yang tak kacak..

    • Baginda SAW mmg paling kacak yg tiada bandingan

  • penah tgk satu rancangan kat tv mana tak ingat.. tapi ala2 rancangan akhil hayy tu.. cuma org arab yg buat.. de org tu parking kereta suka hati je.. bila ditanya agak2 lau Rasulullah ada, adakah baginda akan buat begini, terus si pesalah tu kata.. tidak, dgn penuh yakin dan semangat sampai pengacara tu terkejut.. huhu..

    maknanya kita tau benda tu salah, tapi kdg2 ambil mudah so buat je, sehinggakan ada pihak yg terasa hati dgn perlakuan kita…
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Selamat dan Selamat Buatmu

    • haaa….kita mmg cam tukan? tau tp ttp jugak tak nak ikut…wanau’zubillah

      Sbb tu, sama2 kita ambil Baginda sebgai ikon dan model utk kehidupan seharian kita…insyaAllah, byk benda yg akan jadi lebih aman dan selamat

  • Rasulullah yang agung sepanjang zaman..

    • Dialah manusia agung ikon sepanjang zaman

  • bukan artis popular yg jadi idola yer hee…org skr byk salah tafsir alahai…

    • itulah…pakat nak jadi artis…hadoilah

  • saya cuti2 tak update blog sb blik kg heeee

    • hehe…saye kalau sempat buat schedule post…adelah entri baru…lau tak…yillek

  • Idola yang tak lapuk dek zaman
    Blogger Mekar´s berkongsi entri terkininya ..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…

    • Setuju. Baginda SAW ikon model sepanjang zaman

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri