Kisah Seorang Wanita Miskin & Seekor Burung Besar
Assalamua’laikum.
Kisah Seorang Wanita Miskin & Seekor Burung Besar. Arakian bermulalah satu cerita tentang seorang wanita miskin yang tiba-tiba rasa dirinya ‘dizalimi’ oleh seekor burung besar. Burung apa, tidaklah dapat ambe pastikan. Untuk melepaskan rasa terbuku di hati, wanita tadi pergilah berjumpa dengan Nabi Allah Daud. Dengan selambanya wanita itu terus bertanya pada Nabi Daud, “Adakah Allah itu adil?”
Kisah tauladan keadilan Allah
“Ya, Allah sangat adil,” ringkas dan padat jer jawapan Nabi Daud. Nabi Daud sengaja pula bertanya, “Mengapa kamu tanya begitu?”
“Begini. Saya ni orang miskin. Kerja harian saya menyulam kain, kemudian hasilnya saya jual kat pasar. Duit untung itulah saya buat belanja saya dan anak-anak kecil saya,” jelas wanita tadi tanpa segan silu dan terus sambung lagi ceritanya.
“Pagi tadi, entah macam mana, tetiba jer ada seekor burung besar datang dan sambar sehelai kain yang dah siap saya sulam untuk dijual. Jadi, hari ni tak tahulah mana saya nak dapat rezeki sebab kain dah disambar burung,” jelas wanita kenapa dia bertanya tentang keadilan Allah.
Nabi Allah Daud diam sekejap bila dah mendengar cerita wanita tadi. Dalam tak semena-mena, tiba-tiba masuk seorang pengawal membawa 10 tetamu yang berhajat nak jumpa baginda. Salah sorang daripada mereka berkata,”Tuanku, kami nak bagi duit 100 dinar setiap sorang…”
“Apa yang buatkan kamu semua bertindak macam ni?” Soal Nabi Daud. “Begini Tuanku. Kami bersyukur sangat-sangat sebab sedang kami belayar di laut, kapal kami bocor. Kami memang cemas dan hanya mampu berdoa kepada Allah semoga kami selamat. Tetiba ada seekor burung besar terbang rendah dan jatuhkan sehelai kain kepada kami. Dengan kain tu, kami tampal tempat bocor tadi dan Alhamdulillah, kami selamat, Tuanku…” cerita wakil tetamu Nabi Daud.
Wanita miskin tadi terpegun dan tak berkata apa-apa. Lalu Nabi Daud ambil 1000 dinar daripada mereka.
“Nah, ambil 1000 dinar ini sebagai harga sehelai kain sulaman kamu. Allah telah membelinya jauh lebih mahal daripada harga yang biasa kamu jual di pasar,” kata Nabi Daud kepada wanita yang merasakan dirinya malang tadi.
“Terima kasih dan syukur kepada Allah. Sekarang, saya yakin Allah itu Maha Adil,” kata wanita miskin tadi dengan linangan air masa kegembiraan dan kesyukuran.
-Tamat-
@hafizmd – Cerita seorang wanita dan seekor burung besar. Subhanallah. Perancangan Allah jua yang terbaik! Sedarkah KITA?
Rujukan cerita asal: Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak
proses mendidik hati tak akan pernah selesai hingga ke hujung nyawa 🙂
Betul tu Nazra. Nak didik hati bukan senang
setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya…
Betul tu bro PM.
Hanya Allah yang mengetahui…
Allah Maha Besar
Terima kasih bro..terima kasih sediakan artikel yang mencetus rasa keinsafan ni..susah ke, senang ke hidup ini, jangan pernah sesekali lupa Allah..Terima kasih Allah sebab hadiahkan dugaan dan rasa kesedihan ni berpanjangan..Sekurang-kurangnya perkara sebegini menambahkan lagi ingatanku pada-MU…Andai hidup ini dah tertakdir kesedihan mengatasi kegembiraan, aku redha dan pasrahhhh…
* Sory boh..terlebih emosi pulak…hahahaha..renungan bersama..
Betul tu boh. Setiap sesuatu sudah Allah dah siap2 tulis. Apa benda pun, nak kena usaha jugak. Allah yg akan tentukan ganjarannya samada gembira atau sedih.
bereh boh! ambe ok jah =)
Hehe..terima kasih boh..deme meme baik hati…
isk…jange gitu…segan ambe..
Terima kasih di atas perkongsian kisah yang menarik… Semua yang terjadi dalam hidup kita berlaku dengan izin Allah S.W.T…
Terima kasih kembali =)
Nak kena bersangka baik dgn ketentuan Allah
hurm.. setiap apa yang terjadi tu pasti ada hikmahnya.. 🙂
betul tu bro…hikmahnya ada tinggal nak kena fikir dan bertenang
iye! Memang setiap yang berlaku pasti ada sebabnya dan pasti akan ada imbalan disebaliknya. Allah maha mengetahui akan segala-galanya.
Allah jua Maha Mengetahui…thanks azie
Perancangan Allah itu Maha Hebat… kemampuan manusia untuk melihat sesuatu yang tersirat sangatlah terbatas.
Subhanallah. Itu yg ramai KITA lupa
kita sering marah2 padal marah tak bertempat itu akan mengundang rasa buruk dalam hati.cuba fikir yang baik2 syukur semua yang berlaku ada sebab yang tersendiri.
Berfikir sebelum bertindak. Nice tu suri =)
kisah yang menarik untuk manusia yang mahu berfikir
subhanallah
Moga kita sama2 berfikir
setiap sesuatu yang Allah ambil dari kita sebenarnya Dia nak bagi yang lebih baik
Subhanallah. Benar tu Kak Siti.
Allah Maha Mengetahui
benar sungguh bro.. Allah itu maha adil..
jika kita sakiti org lain walaupun anak kita..
nanti akan ada org sakiti kita pula..
cuma masa dan waktu, kita tidak tahu bila..
sebab Allah itu maha adil….
Betul tu bro. Balasannya ttp tiba, lambat atau cepat
thanks bro utk peringatan ni..
Segala yang dirancang oleh Allah adalah di bawah kekuasaanNya..kita sebagai hamba hendaklah redha dengan apa yang telah ditetapkan olehNya..
Redha. Itu yg kita kadang2 payah nak buat
setiap kisah hidup akan ada hikmah dibaliknya, semoga kita bisa mengambil hikmah dan petuah itu untuk bekal menghadi hidup yang penuh ujian ini
Benar tu Rina. Byk yg boleh kita pelajari