Berhenti Maki Hamun Mereka yang Buat Salah!

- 18 April 2014Agama

Assalamua’laikum. Berhenti maki hamun mereka yang buat maksiat! Membenci pelaku maksiat dengan menghina mereka menjauhkan mereka daripada agama.

tindakan isu tudung fareeda

“Sekali air bah, sekali pantai berubah”

Kita membenci perlakuan maksiat tapi sikap negatif kita membenci pelaku maksiat tanpa disedari menjauhkan mereka daripada agama.

Usah dibenci pelaku maksiat. Bagaimana kita harus bertindak?

Saya bawakan satu kisah Nabi Isa a.s. dan sorang muridnya.

Diceritakan Nabi Isa a.s. berjalan bersama anak muridnya. Tiba-tiba mengikuti mereka masa tu seorang lelaki yang terkenal dengan perangai suka buat maksiat.

Anak murid Nabi Isa a.s. sedar dan tengok ke belakang dengan perasaan benci. Saat tu juga dia berdoa, “Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ni.”

Nabi Isa a.s. tiba-tiba terus pandang anak muridnya dan berkata, “Doa kamu telah Allah makbulkan. Allah terima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku.”

Nampak tak? On the spot anak murid Nabi Isa a.s. terus dapat apa yang dihajatinya tetapi menerima balasan yang sungguh merugikan diri sendiri.

Sentiasalah berdoa untuk kebaikan kita semua. Berusaha untuk berubah menjadi manusia lebih baik. Inilah jalan yang lebih baik dan lebih kena dengan seruan agama kita. Bukan maki hamun dan menulis meroyan macam dia sorang tahu semuanya!

Cukuplah sekadar entri seringkas ini untuk saya terutamanya dan korang semua untuk muhasabah diri sendiri. Hentikanlah menulis di media sosial tanpa berfikir baik buruknya.

Jangan sengaja tambah dosa walaupun pahala menggunung tinggi! Takut-takut, di akhirat kelak…habis pahala kita terpaksa diberi kepada orang yang pernah kita sakiti! wanau’zubillah

@hafizmd – Jangan gelojoh sangat nak jadi keyboard warrior!

{ 15 comments… read them below or add one }

azlanvai April 18, 2014 at 9:50 pm

Sedangkan Allah menerima orang yang bertaubat tu seperti kain yang bersih..masakan kita pula yang terus keji orang yang buat salah..

Reply

mrhanafi April 19, 2014 at 1:47 pm

kita tidak boleh menjadi hakim yang tidak bertauliah!

Reply

anif April 19, 2014 at 9:27 pm

Harap supaya dapat dihindarkan daripada sifat sebegini.. Amin.

Reply

akubiomed April 20, 2014 at 1:23 pm

Senario yang kurang manis berlaku media sosial sekarang ini.

Reply

Entri Popular April 21, 2014 at 11:55 am

maki hamun bukan sifat yang baik..

Reply

profhariz April 21, 2014 at 2:30 pm

Setuju dengan artikel bro. Ramai sangat dh keyboard warrior.

Reply

yusri April 23, 2014 at 11:49 pm

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah supaya kita dan umat Islam yang lain sentiasa diberi hidayah oleh Allah SWT.

Reply

Hafizul April 24, 2014 at 10:06 pm

Ya..betul tu bro..jagalah tepi kain diri sendiri…kan bro?

Reply

Ismail N May 14, 2014 at 4:14 pm

Oppss gitew. Kawe check jer entri pilihan ramai ni :D

Reply

Aisyah August 16, 2014 at 2:04 pm

perkongsian yang menarik..

Reply

Mazni Azmi August 17, 2014 at 10:22 pm

Benci pada sikapnya.. bukan pada orangnya.

Selalu kita ingat .. orang yang tak bertudung dan tutup aurat akan kekal macam tu.

Sedangkan hidayah milik Alah swt

Siapa sangka diana amir akan berhijrah dan konsistem memakai tudung labuh ? Irma hasmie?

Sama sama kita muhasabah diri

Reply

nanang October 7, 2014 at 3:06 pm

Saling mengingtakan bukannya membenci

Reply

ikhwan December 18, 2014 at 5:01 pm

sorry seems to be the hardest word.

Reply

Noriza Rahman May 22, 2015 at 8:36 am

Memang ramai yang suka jadi keyboar warrior

Reply

Idm terbaru full Version August 13, 2017 at 5:40 pm

Setuju dengan artikel ini,,,! Gak ada guna juga membuly orang yang berbuat salah. itu dosa

Reply

Leave a Comment