Feb 10, 2012

Benarkah cinta itu buta?

Assalamua’laikum.

Jemaah rata-rata nampak khusyuk mendengar khutbah Jumaat tengahari tadi. Walau jemaahnya bercampur bangsa dan warna kulitnya, khutbah Tuan Khatib dalam bahasa Melayu memang mudah untuk difahami. Bangla, Nepal, India, Cina, semuanya aku rasa faham dengan jelas apa yang disampaikan Tuan Khatib.

Tajuknya memang nice. Benarkah cinta itu buta?

Sekali dengar tajuk memang kena sangat dengan bulannya. Bulan Februari. Bulan yang ada orang kita tertunggu-tunggu nak sambut Hari Valentine@Hari Kekasih. Tiap-tiap tahun benda yang sama akan diulang, tapi orang kita tetap jugak sambut.

Alasannya tetap juga sama. Tak tahu tak boleh sambut! Hadoilah. Takkan Solat Jumaat pun tak pergi kot? Berbuih ustaz ustazah dok cerita yang asal usulnya sambutan ni untuk meraikan kejatuhan Empayar Islam di Cordoba, Sepanyol. Hukumnya adalah HARAM. Tak boleh kita main sedap jer ikut cara hidup orang lain (Kristian) tanpa kita tau apa objektif sebenar.

Takkan tergamak kita nak sambut lagi? Nama dah Islam, kat IC pun Islam. Takkan benda yang macam ni, kita nak pandang sebelah mata jer?

Tuan Khatib diakhir khutbah dengan suara yang cukup lantang membaca statistik anak luar nikah yang didaftarkan di JPN. Puratanya ialah seorang setiap 17.17 minit! Kita tak malu ke kalau kita yang menjadi penyumbang pada angka statistik ni? Wanau’zubillah.

Tuan Khatib mudah menyimpulkan khutbah dengan satu ayat iaitu “CINTA kalau kita tak ikut acuan Allah dan Rasul, memang akan buat kita jadi B.U.T.A.”

@hafizmd: faham dan reti, berbezakan? “….jika benar cinta itu buta….butakah mataku?….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

48 komen setakat ini

  • cinta tak buta, tapi dek kerana cinta, manusia boleh jadi buta, lupa dan lalai..

    bercinta keranaNya, insyaallah, tak jadi buta, lau buta pun, yang fizikal.. bukan rohani..

    tapi takut juga bila tgk statistik anak yang tak sepatutnya tu.. itu yg dilaporkan, yg tak lapor? harap2 generasi kita nanti terjaga akhlaknya
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Selamat dan Selamat Buatmu

    • Wanau’zubillah

      Cinta sesuatu yg indah bila dibatasi dgn syariatnya =)

    • betul tuh…cinta tu x buta..tp manusia tu sendiri yg buta..sebab tu dok teraba2…haishh
      Blogger chii´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday #17 – No Sharing

      • @chii…terbaik! setujulah tuh…buta sampai meraba….haissshhh!

  • Cinta tak buta lah.. Yang buta itu manusia. Manusia buta dalam meletakkan cinta. Bercinta pada yang tak sepatutnya.
    Blogger Cikgu Hairul´s berkongsi entri terkininya ..Berhenti Merokok Dalam 3 Minggu? Kencing lah..

    • Terbaik Cikgu!
      Itulah realitinya. Tidak letak pada yg berhak

  • Benda dilarang lagi ditegah lagi dibuat. Sudah terkena baru hendak tergadah.
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri

    • LAgi tegah, lg buat. tp sekarang ni, kang suruh dibuat, lagi galak….payah2

  • cinta itu buta sebab kadang2 tak mengenal usia, takmengenal isteri atau suami orang..huhu
    Blogger ciksembang´s berkongsi entri terkininya ..Lepak Malam

  • apapun saya memang celebrate tarikh tu sebab hari anniversary
    Blogger ciksembang´s berkongsi entri terkininya ..Lepak Malam

    • selamat hari ulangtahun tuk kak cs dan suami =)

  • Orang yg membutakan cinta sebenarnya :)
    Blogger Azman´s berkongsi entri terkininya ..Sms Scam! Power Root

    • Kita mmg suka membutakan sesuatu =)

  • bhya klo mata plk tetiba buta heeeee…tak patut..

    • Tak patut…mate nak kena jage..hiks

  • tapi cinta pada ilahi tidk sesekli buta sb lgi terang dialah pencipta alam buana

    • DIAlah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  • Aapa guna ada ilmu dan ingatan klu ttp di buat pkra yg d tegah bahaya juga tuh huuu

    • Itulah. Sama2 kita beramal sgn ilmu yg ade

  • semua khutbah tajuk yang sama ke dekat Malaysia semalam :-)

    “CINTA kalau kita tak ikut acuan Allah dan Rasul, memang akan buat kita jadi B.U.T.A.”

    memang ringkas dan padat
    Blogger sabree hussin´s berkongsi entri terkininya ..Sambut Valentine’s Day Cara Islam

    • Mmg padat dan ringkas…sungguh2 tok khatib tu bace..kalau tak dapat jugak…tak taulah

  • buta hati tu bro…
    Blogger apaajanews´s berkongsi entri terkininya ..CONTEST KAROK With Zarul Umbrella Featuring Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz

  • Assalaamu`alaikum Hafiz,
    saya rasa perkataan cinta itu buta sebenarnya hanya untuk memujuk mereka yang telah membuat kesilapan. Hehe… bukankah time bercinta tu, masing-masing sedar apa yang berlaku, malahan semua kegiatan yang dilakukan pada masa itu juga semasa mereka tengah waras. Jadi pada saya bukan cinta itu yang buta, tapi nafsu yang membuta mata hati orang.

    Sekadar pendapat, betulkan mana yang silap.
    Blogger Mama Murai´s berkongsi entri terkininya ..kenaikan gaji anggota tentera

    • em cinta tu sebagai “figure of speech”, dan hakikatnya mmg nafsulah yg buta..
      Blogger adele´s berkongsi entri terkininya ..Top Malaysian Blogger yang ingin aku jadikan BFF

      • @adele,terbaik! itulah yg sebenar2nye

    • @Wa’alaikumussalam Mama Murai,
      Jadinya, kewarasan mereka dahpun kureng sbb nafsu mengatasi segalanya.

      Akhirnya, keindahan sesuatu yg bernama CINTA jugak yg dipersalahkan.

      Terima kasih MM =)

  • Kalau ada juga yg nak sambut …maknanya mmg derang tak paham atau mmg saja buat tak paham…..
    Blogger yas´s berkongsi entri terkininya ..Removal Duplicate Title Tags -

    • Aku rase depa ni faham, tp nak jugak sambut sbb minda dah terlampau terbuka

  • Tak tahu lah orang lain , tapi bab valentine ni dedulu zaman saya sekolah pun dah ada ustaz cerira ingat sampai sekarang .. kalau org yg tk tahu tu .. pelik juga ..
    Blogger puanbee´s berkongsi entri terkininya ..Maybank Visa Debit Kad Untuk Paypal ?

    • Mmg dah selalu sgt diwarkan2 kak. Tp itulah, ramai jugak yg ambil mudah. Sambut jugak. Siap tayang kat wall FB lagi..

  • tak tahu dengan buat buat tak tahu ada perbezaannya.. kebanyakannya buat buat tak tahu :)
    Blogger rahman´s berkongsi entri terkininya ..Gigitan maut

    • mmg besar bezanya…kalau tak tahu, buat jugak…ok
      kalau tau, buat jugak…ko

  • aku rasa..orang lelaki memang tak gemar sambut valentine ni..orang perempuan biasanya yang ketara nak sambut..masa sekolah dulu..selalu aku dapat surat wish benda ni masa hari valentine tu..aku sendiri pun tak tahu apa benda valentine tu..siap dapat coklat lagi..dapat coklat, aku makan la..haha..kekadang, aku memang tak faham orang perempuan ni..semua tarikh pelik-pelik macam ni, diorang mesti ingat..tak faham aku..
    Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Lelaki kacak sedang demam selsema.

    • hahaha….ko ni titan…nanti sampai masanya aku rase ko akan faham sbb apa tarikh2 yg ko rase pelik ni mereka ingat sangat2
      (kecualikan saje 14 feb ni).

      syok bace komen ko panjang2 camni…hehehhe

      p/s-tp ko mesti syokkan dpat coklat byk2??

  • xyah sambut ler, xda pekdah
    Blogger Juan´s berkongsi entri terkininya ..October Sky 1999

    • betul tu juan…byk lagi bnda yg byk pekdah

  • cinta ikut nafsu…bukan cinta kerana-Nya….

    • habislah…kalau nafsu jadi panduan

  • masa kampus dulu2 mmg celebrate..sekarang insaf beb
    Blogger ciksembang´s berkongsi entri terkininya ..Our Soul Knot 19 tahun bersama

    • =) ade mase kita terlepas pandang…tp itu semua tinggal kenangan

      p/s-moga anak2 kita faham situasi ni =)

  • setiap hari adalah hari kasih sayang. xde tarikh2 tertentu. (terutama pasangan yg Halal la).
    Blogger MEKAR´s berkongsi entri terkininya ..Muffin Kiwi Segar ….

    • setuju…hari2 adalah hari kasih sayang…baru ngam =)

  • buta mata x pa..jgn buta hati..
    Blogger Jebeng Otai™´s berkongsi entri terkininya ..Stamina Motorola Razr Droid Maxx

    • JO, setuju…buta hati amat parah sekali…wanau’zubillah

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri