’9S’ Akhlak Nabi Muhammad SAW Yang Patut Kita Cakna!

- 20 January 2014. Updated 10 March 2014Agama

Assalamua’laikum.

Kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW memang sewajarnya sentiasa kita pupuk dalam diri kita. Barulah senang untuk kita tunjukkan, didik anak-anak dan isteri kita. “Melentur buluh, biar dari rebungnya” memang tepat yang amat sangat. ‘Demam’ dan kehangatan Maulidur Rasul minggu lepas jangan sesekali kita biar ia hilang macam tu jer. Terutamanya kepada anak-anak kita. Usia bukannya satu halangan untuk didik anak-anak kenal siapa DIA Pencipta dan siapa pembawa rahmat sekalian alam!

akhlak nabi muhammad

Nabi Muhammad SAW Rahmat Sekalian Alam

Akhlak Nabi Muhammad. Al-Amin. Ini antara gelaran yang diberikan khas kepada Nabi Muhammad SAW. Amanah antara sikap terpuji yang ada dalam diri Rasulullah SAW sejak Baginda kecil lagi. Apa benda dan tutur Nabi SAW, semuanya amanah dan takde tipu-tipu. Semuanya ditunjukkan penuh amanah. Jom kita sama-sama hadami ’9S’ lagi keperibadian Rasulullah SAW. Moga-moga, khasnya untuk diri saya sendiri akan lebih berusaha untuk mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan.

’9S’ Akhlak Terbaik Rasulullah SAW

1. Salam – Ucapan “Assalamua’laikum” sentiasa Nabi SAW praktikkan setiap kali berjumpa para sahabat. Setiap kali pulang ke rumah. Nabi Muhammad SAW sentiasa jadi orang pertama yang beri ucapan Salam. Hinggakan, ada sahabat yang sembunyikan diri semata-mata nak jadi manusia pertama yang berjaya beri Salam kepada Nabi SAW, tapi tetap gagal. Nabi Muhammad kekal menjadi manusia yang sentiasa kepertama memberi ucapan “Assalamua’laikum.” Bagaimana kita? Ada hampir-hampir nak sama dengan akhlak Nabi Muhammad?

2. Senyum – Takde manusia yang sentiasa manis wajahnya dengan senyuman selain Nabi Muhammad SAW. Hinggakan ada satu peristiwa bilamana seorang Arab Badwi merentap selendang yang Nabi SAW pakai, hinggakan merah leher Baginda. Nabi SAW tetap rileks dan membalas dengan senyuman serta memberikan sesuatu kepada Arab Badwi tu. Kalau kita, agaknya macam mana responsnya?

3. Syukur – Nabi Muhammad SAW dijanjikan Allah SWT syurgaNYA. Tapi, Nabi Muhammad SAW tetap juga bangun solat malam hingga bengkak-bengkak kaki Baginda. Kenapa? Dalam Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah, Baginda SAW menjawab, “Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?”

4. Senda gurau – Nabi SAW bukanlah seorang yang serius sepanjang masa. Nabi Muhammad SAW bukan setakat seorang Ketua Negara, tapi Nabi SAW juga seorang bapa, seorang menantu, seorang suami. Baginda SAW pernah main lumba lari dengan Siti A’isyah dan Baginda SAW pura-pura kalah untuk menceriakan hati isterinya. Kita? Takkan asyik serius 24 dengan anak isteri? Ce kita renung sejenak! Ada tak kita cuba tiru akhlak Nabi Muhammad SAW?

5. Sedekah – Perbanyak sedekah. Banyak benar keistimewaan bersedekah. Dari Amru bin Auf RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Sumber JAKIM)

6. Silaturrahim – Antara amalan untuk masuk syurga ialah mengeratkan hubungan silaturrahim. Maka, takde ruginya kita menjaga tangan dan lidah kita dalam hubungan silaturrahim. Jangan sebab tak sebulu idea politik, kita senang-senang jatuh hukum dan caci maki sesiapa saja. Ate, kata nak jaga silaturrahim!

7. Sabar – Tengok jer peristiwa masa Nabi Muhammad SAW kena baling batu dengan penduduk Thaif. Baginda sabor jer. Takde nak balas balik, sebaliknya Baginda berdoa untuk kebaikan mereka. Kita? Tepuk dahi, tanya diri kita sendiri. Jauh benar rasanya diri ni….huhuhu

8. Solat – Bab solat. Nabi Muhammad SAW dalam khutbah akhirnya juga menyebut tentang solat lima waktu. Sama-sama kita jaga dan perbaiki mutu solat wajib dan tambah dengan solat-solat sunat yang lain. Takde benda lebih penting berbanding solat kita. Allahuakbar!

9. Sayang – Nabi Muhammad SAW dalam menunjukkan kasih sayangnya kepada kita memang tak terhingga. Kepada anak-anak yatim juga begitu. Sabda Rasulullah SAW, “Saya dan penjaga anak yatim berada dalam syurga begini, dan baginda menunjukkan dengan jari telunjuk dan jari tengah dan baginda merenggangkan antara kedua-dua jarinya.” (Riwayat Sahal bin Sa’ad RA)

Inilah antaranya ’9S’ akhlak Nabi Muhammad SAW yang memang wajar sangat kita usahakan untuk beramal. Kalau bukan Nabi Muhammad SAW yang kita jadikan ikon utama, takde maknanya hidup kita.

Kita mengharapkan syafaat Nabi Muhammad SAW di Padang Mahsyar, tapi kita takde usaha untuk beramal dengan sunnahnya. Tak logikkan?

Makanya, saya menasihati diri sendiri terutamanya untuk meningkatkan usaha mengenali keperibadian Baginda Rasulullah SAW. Bacalah kitab dan buku-buku sirah Baginda SAW untuk kita lebih kenal siapa insan mulia rahmat sekalian alam. Dialah Muhammad SAW!

Nota: Ustaz pesan, jangan lupa baca Doa Mohon Syafaat Rasulullah SAW! Ustaz pesan lagi. Berarak itu penting, tapi PENGHAYATAN itu lebih penting.

@hafizmd -  Seronok tengok anak-anak terbawak-bawak pagi petang baca sholawat. Lebih-lebih lagi lepas berarak petang semalam. Moga berpanjangan. Ameen.

{ 24 comments… read them below or add one }

maza January 20, 2014 at 12:56 pm

kalau maza tambah satu lagi menjadikan sepuluh, boleh?

Syukur!

hehehehe…..

Reply

sohoque January 20, 2014 at 3:06 pm

syukur dah ada di no 3 ;)
Baca entri terkini Blogger sohoque´s: Sepetang Bersama Blogger 2014 Sudah Hampir

Reply

eXplorasa January 20, 2014 at 3:07 pm

sama-sama kita amalkan 9S yg diamalkan oleh Rasulullah…
Baca entri terkini Blogger eXplorasa´s: Restoren Nasi Berlauk Wau Bulan Bandar Baru Selayang

Reply

suri January 21, 2014 at 11:27 am

idola sepanjang zaman yang perlu ikut dan teladani
Baca entri terkini Blogger suri´s: Buku Fizikal English Itu Mudah – Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

Reply

Mohd Azrin bin Abu Bakar January 20, 2014 at 3:48 pm

Mudah2an kita mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w .
Pasti bloggers pada sekarang ini telah memperkenalkan Rasulullah s.a.w kepada anak-anak kita .In shaa Allah
Baca entri terkini Blogger Mohd Azrin bin Abu Bakar´s: VOLKSWAGEN ON TOUR

Reply

TehR January 20, 2014 at 11:35 pm

siapa yang dapat buat semua ni
bahagia la hidup selamanya
dunia dan akhirat

insyaallah
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Beregu

Reply

suri January 21, 2014 at 11:27 am

ayuh bro tehr dan rakan blogger kita rebut banyak-banyak ini masa kita cari masa sihat dan kuat
Baca entri terkini Blogger suri´s: Wow 5 Sebab Harus Milik English Itu Mudah

Reply

hafizmd January 24, 2014 at 7:13 am

InsyaAllah. Janji Allah pasti. Mencintai Rasulullah takde ruginya, cintanya pasti berbalas =)

Reply

titan January 21, 2014 at 4:06 am

ya, marilah senyum selalu setiap hari. :)
Baca entri terkini Blogger titan´s: Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Reply

hafizmd January 24, 2014 at 7:13 am

tak payah pun kan?

Reply

suri January 21, 2014 at 11:25 am

benda baik mesti buat kalau tak baik sah tak dapat pahala.semalam saya komen tapi sayang padam pula laptop sedihss…
Baca entri terkini Blogger suri´s: Wow 5 Sebab Harus Milik English Itu Mudah

Reply

hafizmd January 24, 2014 at 7:12 am

Betul tu Suri. Ikutan yg terbaik

Reply

Hafizul January 24, 2014 at 1:59 am

InsyaAllah…semoga perjalanan untuk hari esoknya akan dihiasi dengan 9S ini..aminnnn
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Tips Pujuk Anak Mandi

Reply

hafizmd January 24, 2014 at 6:55 am

ameen…gitulah hendaknya

Reply

Denaihati January 28, 2014 at 12:44 pm

Jom kita baiki mana-mana yang kurang atau mana-mana “s” yang belum ada…
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Kisah benar kehebatan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW

Reply

hafizmd January 30, 2014 at 1:37 pm

Betul tu. Kita ikut sunnah..insyaAllah bahagia

Reply

blog amir June 2, 2014 at 6:58 pm

terima kasih.

insyaAllah. saya cuba praktikkan.
Baca entri terkini Blogger blog amir´s: Kenapa ‘wajib’ buat bisnes?

Reply

Aishah Ahmad September 1, 2014 at 9:18 am

Susahnya nak dapat lelaki mcm Rasulullah..

Reply

Hafizmd September 5, 2014 at 8:28 pm

Memang dah takde yg macam Rasulullah, tapi insyaAllah ada yg beramal dgn sunnah2nye tu =)

Reply

nanang October 7, 2014 at 2:37 pm

Semoga kita senantiasa bisa mengamalkan skhlak Nabi Muhammda SAW.aamiin

Reply

wahyu January 19, 2015 at 8:04 pm

Junjungan besar kita sebagai seorang moeslem
Baca entri terkini Blogger wahyu´s: Liburan Dan Memancing Ke Karimunjawa Yuk

Reply

Ani Haryani June 2, 2015 at 12:27 pm

Nabi Muhammad SAW contoh tauladan paling terbaik :)
Baca entri terkini Blogger Ani Haryani´s: Jadual Waktu Sistem Tubuh Badan Manusia Yang Semua Mesti Tahu!

Reply

ade sutisna November 7, 2015 at 12:47 pm

ahlak yang harus di contoh terimakasih sangat bermanfaat
Baca entri terkini Blogger ade sutisna´s: Harga Sony Xperia C3 Android Kamera Selife Terbaik

Reply

jenis batu alam January 13, 2016 at 10:13 am

dengan mengikuti ajaran Baginda Rosul dg ikhlas, kita sudah membuktikan cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW. yang mana akan membawa kita ke surga Allah..
aamiin…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge