DiGi iPhone 4 Real
Sekarang aku persembahkan entri ketiga untuk pertandingan DiGi iPhone for the Win ni.
Walaupun sedikit macam terlambat, lebih baik terlambat dari aku tak persembahkan apa-apa. Macam yang aku cakap dalam entri pertama DiGi iPhone 4 Me, selain aku mencabar kebolehan diri untuk mengupdate 4 kali dalam masa yang singkat, dapat juga aku update blog ini dengan harapan mood untuk kekal dengan entri-entri yang baru dan terkini akan berkekalan ![]()
Kalau tak perasan, aku tak tahulahkan. Pertandingan kali ini adalah antara kerjasama Nuffnang dan juga DiGi. Maka, selepas aku selidik punya selidok (ingat! acara menilik adalah haram di sisi Agama Islam!)…aku dapat simpulkan beberapa perkara yang aku rasa plan yang ditawarkan oleh DiGi melalui DiGi iPhone 4 Plans atau iDiGi Pospaid Plans sungguh menarik untuk dimiliki. Antaranya ialah…
Entri 2 – DiGi iPhone 4 Play
Masih ingat lagi dengan entri DiGi iPhone 4 Me? Kalau tak baca lagi, aku cadangkan bolehlah klik dan baca apa-apa yang patut. Mana tahu, ada juga yang memang teringin nak iPhone tapi tak cukup duit dan suka benda-benda percuma! Macam akulah tuh..hehe..
Demi menyahut cabaran Nuffnang dan DiGi iPhone 4 ni serta mencabar diri sendiri dengan perlunya aku siapkan 4 entri dalam masa yang aku rasa teramatlah singkat. Mana tak singkatnya, minggu ni…tup-tup boss aku mintak pergi bengkel 4 hari pulak. Nak tak nak, kena jugak pergi…kang bad record pulak..hohoho
Dengan masa yang amat terhad ni, aku siapkan baki 3 lagi entri tapi untuk hari ni…aku keluarkan dulu entri untuk hari kedua. Entri untuk hari ketiga dan keempat akan menyusul kemudian..lagipun aku tak tulis apa-apa lagipun untuk 2 entri tu..macam mana nak publish?hehehehe…
Kalau dah biasa dengan iPhone (atau baru belajar nak suka-suka..), mesti bila dah tengok beberapa Apps ni…pasti rasa nak rembat jer satu. Dalam banyak-banyak Apps yang ada, ada beberapa yang memang cukup aku suka. Jadi, aku kongsi kat sini yer…
Akhirnya Lin Dan tersungkur di tangan Lee Chong Wei
Amaran Kerajaan: Ini hanyalah entri ringkas yer..hehe
Baru saja habis layan perlawanan akhir Badminton Super Series Terbuka Jepun. Memang puas hati dapat tengok Dato’ Lee Chong Wei kita tewaskan seteru utamanya, Lin Dan. Dato’ menang selepas bermain 3 set, 22-20, 16-21 dan menang pada set penentuan 21-17.
Memang puas hati! Walaupun Dato’ baru saja pulih dari kecederaan..memang nampak kesungguhan beliau setiap kali menangkis serangan dan tipu helah Lin Dan.
Tahniah Dato’ Lee Chong Wei yang merangkul Juara Terbuka Super Series Japan dengan permainan yang cukup bertenaga.
Tahniah Dato’ Lee Chong Wei
p/s – satu lagi perlawanan akhir juga melibatkan beregu No 1 negara iaitu Koo Kien Kiet-Tan Boon Heong vs Fu Hai Feng-Cai Yun akan berlangsung sebentar lagi!
® hafizmd – tahniah juga pada Dato’ Nicol David atas kejuaraan dunia yang kelimanya…tahniah!
DiGi iPhone 4 Me
Samada kita perasan atau saja-saja buat tak perasan, iPhone 4 jap saja lagi akan menjengah tiba! Bagi sesiapa saja yang ‘hantu’ gadget, pastinya iPhone akan jadi idaman kalbu.
Pasti aku juga tak terkecuali walaupun bukanlah ‘hantu’ sangat bila tiba bab-bab gadget ni, tapi yang satu ni…kalau dah hampir tiap-tiap hari dan sudah hampir bertahun sejak ia datang kat Malaysia ni…hati aku ni pandai juga memberontak..tangan terkadang ketar (tapi bukan parkinson yer). Kadang-kadang sakit juga mata tengok dia asyik dengan iPhonenya tiap kali kami outstation.
Memang dia cukup asyik dengan iPhonenya. Itu belum cerita lagi iPad yang seorang lagi baru rembat. Berbulu jer tangan aku ni tengok. Bukan jelous, tapi geram. Aku bukannya tak mampu nak beli, tapi banyak benda lain lagi yang aku perlu utamakan (cehh..alasan jer ni..padahal memang takda duit..hehehe). Kang, aku terbeli iPhone ni, silap haribulan ada jugak yang makan mee meggi cepat dimasak tu tiap-tiap hari..hehehe..
Disebalik Popeye The Sailor Man puppuuuu….
Ingat lagi cerita Popeye dan si aweknya Olive Oyl yang kurus? Pasti juga si Bluto yang tak habis-habis cuba mengorat awek Popeye dan akhirnya dibelasah teruk oleh Popeye walaupun pada mulanya Popeye yang kena belasah!
Rasanya, sesiapa saja yang lahir sekitar tahun 80an dan ke atas, pastinya tak ketinggalan setiap kali cerita Popeye ke udara. Mungkin tidak segah kartun Voltron, Suria Perkasa Hitam, mahupun Gaban Z potong 3! Namun, setiap kali Popeye dah kena balun dengan Bluto yang obesiti tu, memang tertunggu-tunggu…bilalah Popeye nak makan makanan penguat dia tu kan? Ada ingat tak?
Haaa…spinach atau sayur bayam atau nama saintifiknya ‘Spinacia oleracea’. Kenapa watak Popeye terus jadi kuat bilamana satu tin bayam ditelan rakus si Popeye? Habis setin, otot-otot tangan Popeye terus berketul-ketul mencanak naik bak traffik yang mencurah masuk dan takkah kita terfikir..kenapa bukan sawi? lobak? atau kobis? atau kangkung mak limah? atau mahkota dewa?
Jom! Kita sama-sama teliti dan fahami, adakah pembawaan watak Popeye yang secara tiba-tiba menjadi kuat dengan hanya setin bayam…benar atau dusta semata-mata? Ini dia entri Mythbuster versi aku..hehe..
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...







